Friday, February 21, 2014

PARTI GENBARU .MUJUQ BUKAN PARTI CENCARU


 Parti Genbaru yang diluluskan pendaftarannya pada 28 Ogos 2013 telah menerima permohonan 26 orang anak Kajang yang berusia bawah 40 tahun untuk dijadikan calon.

Menurut Setiausaha Agung Parti Genbaru, S. Gobi Krishnan  tiga nama disenarai pendekkan sebagai calon ialah bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay, 27, atau nama sebenarnya M. Yuktervaran; Mohd. Azim Nordin, 28, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Elizabeth Lee Su Fen, 31, yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Ekonomi.

“Calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri satu proses penilaian lanjut termasuk ujian psikologi dan temu duga akhir yang bakal dijalankan minggu depan.

“Kami akan mengumumkan calon yang dipilih untuk mewakili parti ini di Kajang pada Sabtu atau Ahad depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Gobi, pemilihan tiga calon yang disenarai pendek itu dibuat oleh jawatankuasa penilaian yang diketuai penasihat parti, Dr. Nizam Tahir; presiden, Dr. Azhar Hamid dan dua naib presiden iaitu Adrian Lim dan Kamariah Ali, pada Isnin lalu.