Wednesday, October 31, 2012

PASCA E 13 : PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID DI PULAU PINANG TANGGUH ATAU PERBAIKI PROSIDING

dipaparkan antara masjid yang status anak qariahnya bertentangan dengan kehendak prosiding pemilihan jawatankuasa masjid qariah adalah seperti berikut :

masjid al islah permatang tok mahat yang terletak bersempadan dengan negeri perak. jemaahnya terdiri daripada penduduk Islam dari kawasan sempadan negeri Perak. Ini kerana masjid ini terletak di antara sempadan pulau pinang dan perak. adalah tidak adil mereka tidak boleh memilih jawatankuasa qariah sedangkan mereka merupakan jemaah yang tetap

MASJID SIMPANG TIGA ,
DUN SG ACHEH
masjid ini juga terletak bersempadan antara negeri perak dan negeri pulau pinang. anak jemaahnya juga tinggal di dalam negeri perak dan berjemaah di negeri pulau pinang.

MASJID SG BAKAU,
DUN SG ACHEH
masjid ini berdekatan dengan sempadan negeri perak. jemaahnya juga adalah terdiri daripada penduduk Islam dari negeri perak selain daripada penduduk tempatan 

TANDA TANYA . PROSIDING YANG AGAK TERGESA GESA

pihak berkuasa agama negeri pulau pinang telah membuat persempadanan semula kawasan qariah masjid . Ini bermakna dengan berlakunya proses persempadanan semula ini, maka ianya akan memecahkan status anak qariah sebelum ini. Persempadanan semula kawasan qariah ini melibatkan alamat tempat tinggal penduduk dan sekaligus membelakangkan sama sekali konsep hak jemaah

bayangkan, seorang yang telah biasa biasa bersolat di sebuah masjid , tiba tiba namanya dimaklumkan merupakan anak qariah masjid lain selepas berlaku persempadanan semula. apakah beliau tidak layak memilih di masjid yang telah pun dia hadir sejak 20 tahun lalu?

proses persempadanan semula ini seharusnya dipaparkan kepada awam oleh pihak berkuasa agama Islam pulau pinang dan tidak perlu dibuat secara tergesa gesa. persempadanan semula kawasan qariah sebelum di wartakan , seharusnya dipamerkan kepada umum dan tidak semestinya jemaah masjid sahaja. paparan umum perlu diletakkan di tempat kunjungan orang ramai seperti pejabat daerah, kompleks kerajaan, pejabat pos, pasaraya seperti econsave, tesco dan sebagainya. selepas di pamerkan dan menerima bantahan, barulah persempadanan semula di wartakan.namun perkara ini tidak berlaku.

JHEAIPP agak tergesa gesa dalam melaksanakan prosiding dan akhirnya memberi kesan tidak baik dalam komuniti islam itu sendiri dan sekaligus jabatan yang diiktiraf oleh jabatan audit bertaraf sangat baik, tiba tiba dilihat agak tidak bersitematik dalam mengendalikan pengurusan dan pentadbiran agama.mungkin teguran BK agak keras , tetapi perubahan amat perlu demi kebaikan ummah.

pendaftaran anak qariah amat baik, tetapi mengapa borang pendaftaran diedarkan semata mata untuk pemilihan sahaja. mengapa tidak diedar sepanjang tahun untuk menaiktaraf sistem data umat islam di pulau pinang. tak kanlah jabatan agama islam pulau pinang tak terpikiaq sampai tahap ini?sistem data nama anak qariah satu perkara yang baik untuk dimajukan dan ianya boleh diselarikan dengan seluruh jabatan kerajaan yang lain.

semalam ( 30/10/12) khabarnya pihak pengurusan tertinggi JHEAIPP bermesyuarat untuk menentukan samada pemilihan jawatankuasa masjid ini diteruskan juga demi memakbulkan niat rakus exco agama dan ydp maipp atau di tangguh untuk penambahbaikkan prosiding pelaksanaan. Jawapan telah ada pada JHEAIPP .

Slideshow Image 2

PERSOALAN APAKAH SEMUA NILAI INI DIAMALKAN UNTUK SELURUH UMAT ISLAM DI PULAU PINANG. DALAM HAL PEMILIHAN INI PUN TAK NAMPAK MUSYAWARAH SECARA MENYELURUH. SEMUA INI BERLAKU KERANA NILAI NILAI MURNI ISLAM INI DI KUASAI OLEH SARAKAH KEJAHATAN BERTOPENG KEBAIKAN SEPERTI DI BAWAH :


Slideshow Image 3


MOGA ALLAH SWT LAPANGKAN DAN LEMBUTKAN HATI PENGURUSAN TERTINGGI ISLAM DI PULAU PINANG. AMIN . BERLAPANG DADALAH WAHAI KAWAN KAWAN ...