Monday, December 3, 2012

PASCA E 13 : JIKA ' YA' PAS MAHU BERSATU DENGAN UMNO?


Ahli Politik UMNO PAS

Kita semua sibuk berpolitik. Kita tuduh pihak lawan kita dan pihak lawan kita tuduh kita. Bentuk tuduhan adalah macam-macam, korup-munafiq-tak tepati janji-pembangunan tak mapan-macam-macam tuduhan. Ini adalah normal dalam aktiviti berpolitik di mana-mana pun, bukan hanya terhad kepada Malaysia.

Namun, disebalik tuduhan-tuduhan yang dilempar dan diterima itu, apa sebenarnya yang dimahukan oleh PAS? Adakah PAS mahukan kuasa, menjadi Menteri atau timbalan Perdana Menteri? Atau PAS mahukan projek-projek, tender-tender kerajaan atau menjawat beberapa jawatan berpendapatan tinggi di beberapa GLC? Apa sebenarnya yang dimahukan oleh PAS?
Ahli Politik UMNO PAS

Kita ketepikan dulu soal politik menang-kalah. Kita lupakan dulu soal pilihanraya. saya tak mahu bercakap soal strategi menyerang pihak lawan dengan isu-isu pilihanraya. Saya nak bercakap soal dasar dan falsafah parti. APA YANG PAS MAHUKAN SEBENAR-BENARNYA?

Jika kita nak kata PAS mahukan kuasa, kenapa PAS tegas menolak Unity Government? Sedangkan kita smeua tahu, jika PAS menerima konsep UG, beberapa kerusi Menteri sudah pasti menjadi milik PAS dan pimpinan-pimpinan PAS sudah pasti diserap ke pelbagai agensi kerajaan atau GLC.

Jika kita kata PAS ni nak menang pilihanraya agar dapat memerintah dan dapat menguasai sektor pelaburan, tender-tender dan sebagainya, mengapa PAS bersikap dingin terhadap UMNO? Sepatutnya PAS "mesra" UMNO agar beberapa pimpinan PAS dapat diserap atau ditarik menjadi CEO atau pemimpin korporat di mana-mana syarikat? PAS tak sepatutnya melawan dan bermusuh dengan UMNO.

PAS menggembar gemburkan bahawa mereka bukannya mahukan kuasa atau wang, tapi mereka mahu memperkenalkan satu "model kehidupan" yang baru untuk manusia. Mereka masuk bertanding dan tak pernah serik bertanding kerana kononnya mereka membawa satu risalah ketuhanan yang memaksa manusia untuk hidup dalam kerangka ugama.

Apa yang saya nak bincangkan adalah bukan soal strategi, tapi soal dasar, apa yang dimahukan oleh PAS. PAS menang atau kalah, itu tak penting. Yang paling penting adalah, adakah matlamat PAS untuk memperkenalkan satu "model kehidupan" baru itu adalah sesuatu yang baik atau tidak baik untuk bangsa melayu. saya mahu kita semua menilai adakah model bernegara yang baru itu adalah sesuatu yang patut diterima oleh bangsa melayu atau tidak.

PASCA E 13 : HAWAT LA PAKATAN BENGONG TAK BACA INI . OPPSSS DEPA TAK BLAJAQ EKONOMI


Kos pemilikan kereta tidak boleh dilihat dalam satu aspek sahaja tetapi perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh termasuk cukai,petrol dan insuran. Jangan kita buat perbandingan harga kereta dan minyak Saudi. Saudi negara super power minyak, semua mereka boleh subsidi. Bandingkan harga kereta dan nilai setara dengan negara asena terlebih dahulu


Harga petrol Gred Ron95 di Malaysia dengan subsidi adalah RM1.90 seliter, lebih rendah berbanding Thailand (RM3.80 seliter), Indonesia (RM3.35 seliter), Singapura (RM5.10 seliter), Vietnam (RM3.60 seliter) dan Filipina (RM3.20 seliter).

Analisis itu juga menunjukkan purata cukai jalan dan insurans tahunan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini, dengan cukai jalan tahunan RM398 dan insurans tahunan RM3,062.

Cukai jalan dan insurans tahunan di Singapura menunjukkan bacaan tertinggi iaitu RM2,756 dan RM7,960, berbanding Indonesia (RM1,837 dan RM4,593), Thailand (RM459 dan RM6,736) dan Filipina (RM306 dan RM2,847).

Hasil analisis itu menunjukkan kos pemilikan kenderaan antarabangsa popular seperti Honda City, Toyota Vios, Honda Civic Toyota Altis, Honda Accord dan Toyota Camry di negara ini berada pada kedudukan terendah berbanding Indonesia dan Thailand.

Antaranya, kos pemilikan kenderaan berjenama Honda City di Malaysia, mengambil kira subsidi petrol, adalah RM126,491, lebih rendah berbanding Thailand (RM147,875) dan Indonesia (RM159,963).

Kos pemilikan kenderaan berjenama Toyota di sini adalah RM125,361, lebih rendah berbanding RM146,475 di Thailand dan RM147,283 di Indonesia.