Sunday, July 10, 2011

PERHIMPUNAN HARAM BERSIH : TAKDIR DAN SEBUAH CATITAN

9/7/2011 telah di tetapkan oleh Illahi bahawa manusia yang ingkar akan terus melawan ketentuan Allah. Lalu kumpulan manusia ini menjadikan hasrat menghalalkan cara sebagai entiti perjuangan melambangkan sebuah kebenaran. termakbullah niat untuk menunjukkan protes kepada kerajaan dan puaslah hati dapat mencipta fitnah baru kepada kerajaan. Dalam perkembangan yang berlaku selepas perhimpunan haram tamat, dilaporkan angka peserta yang ditahan oleh PDRM ialah mencecah lebih 1000 orang dan seorang meninggal dunia . Suami kepada salah seorang ketua wanita cabang PKR yang telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas. Takdir kematian ini sekali lagi menguji pihak PDRM. Sekalian jentera perang pembangkang memainkan isu kematian ini berpunca kepada PDRM. Tindakan PDRM yang mengejar arwah dan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan arwah  menghadapi masalah komplikasi nafas. Teman tak berminat nak menghuraikan perkara ini, kerana ianya melibatkan konsep takdir Allah. Ajal dan maut. Apapun permulaan teman nak lafazkan al fatihah kepada arwah selaku saudara sesama Islam walaupun berbeza fahaman politik.

Yang menarik pada 9/7/2011 ialah hanya 2 kumpulan sahaja yang berhimpun iaitu kumpulan Patriot yang mewakili pemuda UMNO Malaysia dan peserta perhimpunan haram Bersih. PERKASA dan pertubuhan silat menarik diri di saat akhir atas alasan menghormati titah paduka baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Selangor dan Sultan Pahang.Tahniah teman ucapkan kepada mereka. Lakonan perhimpunan haram Bersih yang mengharapkan rakyat berhimpun mengikut target seramai 300 ribu orang akhirnya bertukar kepada tragedi yang memalukan iaitu 10000 orang sahaja. Pelbagai alasan diberikan oleh penganjur. Antaranya mereka menyatakan matlamat perhimpunan gagal kerana gangguan dan sekatan pihak polis.Benarkah ini dijadikan alasan utama ?Bagi teman segalanya ialah catitan takdir yang berkehendakkan perhimpunan ini telah gagal dalam pelaksanaannya. perhimpunan ini seperti tiada hala tuju dan matlamat. apa yang mereka nak cari pun tak tahu. ke hulu dan ke hilir. sekejap nak pi stadium merdeka, sekejap nak serah memorandum dan sekejap nak berarak. Boleh dikatakan tiada matlamat dan seperti kucing mencari anak.

kesimpulan yang teman perhatikan semalam ialah :

1. anwar meneruskan lakonan dimasukkan ke hospital swasta kerana sesak nafas dan dikatakan terkena objek keras di kepala
2. media luar memainkan sentimen kekejaman polis dan kerajaan malaysia dalam melayan kehendak demokrasi
3. media baru pro PR mentakan yang berhimpun seramai 10 ke 20 ribu orang. padahal lebih kurang antara 5 ke 10 ribu orang sahaja
4. lebih seribu orang di tahan polis dan diberi layanan luar biasa oleh PDRM. Bak seperti tetamu hadir ke rumah terbuka PDRM pulak.
5. seorang peserta perhimpunan haram meninggal dunia lalu dijadikan bahan kempen dan perang membenci kerajaan. mungkin akan dijadikan bahan membenci umno dan polis dalam forum peneran
6. KES KEMATIAN SEORANG PESERTA PERHIMPUNAN HARAM DIJADIKAN BAHAN MEMBENCI POLIS DAN KERAJAAN .IANYA SAMA DENGAN KES TOEH BENG HOCK .
7. kejayaan bijaksana DS Najib dalam menguruskan konflik dan kecerdikan serta  diplomasi PDRM. TAHNIAH PDRM.