Friday, July 18, 2014

SENARAI PESAWAT AWAM YANG PERNAH DITEMBAK



Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:

21 Februari, 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.

September 1, 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.

3 Julai, 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes. Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.

29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.

17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.

- BERNAMA 

IATA SAHKAN PENERBANGAN MH17 DI LALUAN YANG BETUL DAN SELAMAT

MH17 terbang di ruang udara tanpa sekatan - IATA



SINGAPURA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, dipercayai terbang di ruang udara tanpa sekatan.



Dalam kenyataan dari Geneva, persatuan syarikat penerbangan itu menyatakan: "Berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan."

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal MH17," kata IATA.

Media asing melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya.

KONFLIK UKARINE-RUSIA. TAKDIR KEPADA MH17


BERKECAI SEMUANYA.KOTAK HITAM DI BAWA KE MOSCOW


MOHON SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN BUAT JENAZAH DAN AHLI KELUARGA MANGSA MH17

43 MANGSA MH17 IALAH RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang  dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.

“MAS mengesahkan pesawat MH17 tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Laluan penerbangan itu sebelum ini telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

“MAS sedang dalam proses memaklumkan keluarga penumpang dan krew tentang kejadian ini,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.


Astro Awani

MH17 TERHEMPAS ATAU DI TEMBAK? POLEMIK SPEKULASI





dipercayai" ditembak menggunakan peluru berpandu anti pesawat ini.. Buk air missile. 

ANWAR MAHU MERAYU UNTUK KHALID SAMAD.


ELOK HANG BERTANDING DI JOHOR LA. ADA BERANI?

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi memohon pengampunan ke atas MP Shah Alam dari PAS, Khalid Samad. 

"Kami mempertimbangkan apa yang sultan titahkan. Kami merayu diberikan ruang kepada Khalid untuk menjelaskan kenyataan,” kata Anwar kepada pemberita selepas selepas satu acara di kediaman rasmi menteri besar hari ini. 

"Kami merayu agar diberi perkenan oleh baginda dalam bulan Ramadan yang suci. Khalid seorang MP yang berwibawa dan tegas dalam pandangannya. 

"Jika pendekatan itu salah, kami merayu kepada Sultan untuk memberi ruang untuk pengampunan,” katanya. 

Sultan Sharafuddin semalam menyatakan kemurkaannya ke atas Khalid atas kenyataan MP itu pada bulan lalu. 

Khalid bersama tiga lagi MP PAS, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) and Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) menggesa kerajaan negeri menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor.