Friday, November 28, 2014

KISAH ANEH ILHAM GUAN ENG




Pada Jumaat 14/11 lalu, dalam satu sidang akhbar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan beliau TIDAK tahu mengenai projek banglo mewah D'Residence di Bayan Mutiara yang dimajukan oleh PDC, satu agensi kerajaan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri sehinggalah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang.

Sungguh aneh seorang Pengerusi agensi kerajaan negeri yang melabelkan diri sebagai Cekap, Akantabel.dan Transparen untuk tidak menyedari apa.yang berlaku di dalam agensi yang dipengerusikan beliau sendiri.

Lebih aneh apabila pemajuan banglo mewah D'Residence turut disebut sebagai kejayaan PDC dalam memajukan perumahan di Pulau Pinang dalam laman "Perutusan Pengerusi" dalam Laporan Tahunan 2010 Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sendiri. 

Projek Dedaun di Bandar Cassia Batu Kawan adalah juga projek pemajuan unit-unit banglo.

Bagaimana Lim Guan Eng boleh berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut? Apakah beliau berbohong semasa sidang media tersebut?