Sunday, July 17, 2011

JULIUS CAESAR PEMIMPIN ROME IDOLA ANWAR OTAK GILA

FILEM PERKISAHAN MANUSIA SEJENIS ANWAR

JIKA ADA KESEMPATAN BACALAH.


" Anwar Otak Gila " demikian ulasan sahabat lama anwar sewaktu pertemuan singkat yang teman lakukan dengan beliau semalam. Teman tanya beliau mengapa otak gila ? Kawan anwar yang sama-sama dengan beliau pada era 1969 menyatakan bahawa anwar menggunakan pendekatan otak gila dalam cara kerja beliau. Bermula dari zaman gerakan mahasiswa sampailah menjadi timbalan perdana menteri. Lalu , kawan anwar tersebut memberi contoh kepada teman bagaimana yang dikatakan anwar otak gila. Sebelum itu beliau membuka perbincangan dengan satu persoalan iaitu : " kamu tahu tak julius caesar rom? Pernah tak baca riwayatnyer? Kalau kamu kenal julius caesar kamu boleh kenal anwar? The Green Book , Kisah Julius Caesar dan Protokol Yahudi adalah sinonim untuk anwar sekarang.Terkejut teman bagaimana pula anwar boleh dikaitkan dengan julius caesar. Dengan tidak melengahkan masa teman terus membaca artikel berkaitan julius caesar. Setelah membaca dengan teliti, teman yakin bahawa apa yang dicakapkan oleh kawan anwar itu adalah benar. Julius caesar menggunakan politik wang sewaktu ingin mengambil kuasa di rom. Keadaan ini sama dengan anwar yang membawa masuk budaya politik wang sewaktu melawan Tun Ghafar dan mengekalkan proksinya di dalam UMNO. Budaya politik wang juga di bawa oleh anwar, azmin dan saifudin di dalam PKR. Siapa tak kenal saifuddin nasution sewaktu menjadi orang kuat Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan di bawah kuasa Pemuda UMNO. Punyalah haramjadah saifuddin ini, mentedarah wang yayasan atas nama program pemuda. Teman tak berminat nak mendedahkan siapakah saifuddin. Kembali semula pembacaan kita di dalam kisah julius caesar dan kisah otak gila anwar .

Kebangkitan politik Caesar

Pada 69 SM, Caesar dipilih sebagai quaestor. Pada tahun yang sama isteri pertamanya Cornelius telah meninggal dunia. Caesar yang bercita-cita untuk menambahkan pengaruh politiknya, telah mengambil kesempatan iaitu sewaktu pengkebumian isterinya untuk memuji bapa mertuanya, Cinna dan mendiang bapa saudaranya, Marius. Selepas itu, beliau mengahwini Pompeia, saudara kepada Jeneral terkenal Gnaeus Pompeius atau lebih dikenali sebagai Pompey. Dalam masa yang singkat Caesar telah menaiki tangga kerjaya politiknya.
( kaedah yang sama telah digunakan oleh anwar untuk naik di dalam UMNO dan anwar memaksa ahli PKR melantik dan mengiktiraf beliau sebagai penasihat utama dan sampai mati kot bergelar penasihat.Anwar hebat dalam mengambil kesempatan.Sewaktu team A dan team B wujud, anwar mengambil kesempatan bersama Tun Mahathir.Anwar bijak dalam hal ini dan anwar tahu Mahathir akan menang. Otak gila anwar menyebabkan beliau menyatakan bahawa semua perkara boleh berlaku. Beliau menghalalkan apa jua cara untuk mendapatkan sokongan daripada pemuda sewaktu melawan jawatan ketua pemuda dari suhaimi kamarudin.Otak gila anwar memaksa semua orang disekelilingnya  mengikut kehendak beliau dan mereka berkempen memburukkan suhaimi. Otak gila anwar menyebabkan anwar mengarahkan sesuka hati siapa sahaja untuk menjatuhkan suhaimi kamarudin.)

SAMBUNGAN KISAH JULIUS CAESAR..............

Bermula pada 65 SM, beliau dipilih sebagai curule aedile, pada 63 SM sebagai pontifex maximus, dan praetor pada 62 SM. Namun Caesar telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengembangkan pengaruh politiknya. Semasa menjadi aedile beliau telah mengelolakan beberapa temasya sukan yang hebat great games untuk menaikkan popularitinya dikalangan rakyat. Selain itu, beliau telah menggunakan politik wang untuk menyandang jawatan pontifex maximus dan praetor. Pada waktu ini, beliau telah menempa namanya sebagai seorang tokoh politik yang disanjungi oleh rakyat Rom. Parti Optimates mula bimbang dengan peningkatan Caesar dan cuba memburukkan beliau. Sewaktu menjadi pontifex maximus, Caesar telah didakwa dalam skandal perayaan Dewi yang Baik Good Goddess. Perayaan keagamaan ini hanya boleh disambut oleh golongan wanita tetapi sewaktu Caesar berkuasa, beliau membenarkan seorang lelaki untuk berada disana. . Selain itu beliau menceraikan isterinya Pompeia yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

( sekarang mari kita lihat cara anwar  sewaktu menjadi menteri pertanian, menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Kalu kita amati, anwar amat suka kepada program yang besar dan ramai rakyat akan bersamanya. Misalnya sewaktu menjadi menteri pertanian, program membunuh tikus dilakukan secara besar besaran. Petani mengikut anwar secara beramai-ramai . Anwar dilhat oleh petani sebagai rendah diri disebabkan kerana sanggup bersama petani turun ke lapangan.Semua program anwar mesti dibuat hebahan.Beliau mahu populariti dan setiap ceramah perlu dihadiri ramai orang. Untuk itu, pekerja parti dikerah habis habisan.Jika tak capai sasaran, confirm kena maki. Anwar juga menggunakan politik wang di dalam menaiki takhta timbalan presiden umno dengan begitu cepat. Anwar bersama-sama tun mahathir berhadapan dengan team tengku razaligh. Anwar menggunakan terlalu banyak wang untuk menjatuhkan tun ghafar. Lalu tun ghafar terpaksa berundur secara terhormat. Anwar memberi saham kepada soldadunya . Projek-projek kerajaan diberikan kepada kumpulannya. Itu sebab , selepas dipecat drp umno beliau mempunyai sumber kewangan yang amat banyak dan rakan-rakan yang telah dibantu oleh anwar akhirnya membantu gerakan anwar. Masih ingat rahim ghouse?dimanakah beliau sekarang ? beliau masih lagi bergelar runner anwar di luar negara dan memainkan peranan menyalurkan dana kepada gerakan anwar.Anwar menjadi ternama dikala beliau berjaya menggunakan politik wang untuk naik di persada politik negara.Bukankah ini sama dengan julius caesar?)


SAMBUNGAN CAESAR..........

Cita-cita Caesar untuk menjadi orang nombor satu di Rom masih belum pudar. Pada 59 SM beliau dipilih pula sebagai seorang Konsul dan berkongsi kuasa dengan Konsul Bibulus.( sekarang watak bibulus ialah PAS ) Tetapi Caesar jelas sekali lebih berpengaruh dari rakan sejawatannya, Bibulus sehinggakan konsulnya dikenali sebagai konsul Julius dan Caesar.

Sahabat sekalian. Catitan ringkas sejarah caesar adalah sedikit gambaran tentang cara anwar menggunakan otak gilanya. Sewaktu beliau menjadi menteri pelajaran, tiada yang banyak beliau lakukan.Peninggalan besar beliau ialah menggunakan kuasa menukarkan guru yang menentang beliau . Guru UMNO yang tidak selari dengan beliau di Permatang pauh dan Bukit Mertajam akan ditukarkan ke luar Pulau Pinang. Guru PAS pun sama ditukarkan oleh anwar. Budaya menukar guru ini di bawa oleh anwar sehinggalah anwar di pecat dari UMNO. Namun, pembangkang terlupa bahawa apa yang mereka fitnah umno apabila ahli mereka yang ditukarkan ke tempat lain kerana melawan kerajaan adalah hasil peningalan cara kerja anwar. Mujurlah , sekarang, di bawah kerajaan najib , tiada lagi budaya menukar penjawat awam yang tidak sehaluan dengan beliau.Rakan-rakan ngos yang tidak selari dengan anwar pun ditukar. Anwar sanggup melakukan apa sahaja, demi memastikan musuh politiknya di zaman mahasiswa dan di dalam politik umno di nyahkan dari malaysia. Lalu rakan anwar yang teman temubual menyatakan musuh anwar dalam gerakan mahasiswa ialah GPMS. Lalu, guru yang pro GPMS dan penggerak GPMS ada yang menjadi mangsa ditukarkan oleh anwar.

Sahabat sekalian, sebelum terlupa, caesar juga seorang pemimpin yang suka kepada hubungan seksual. Kita boleh saksikan melalui kisah caesar yang pernah difilemkan.Hubungan seks dengan perempuan cantik adalah hobinya. Wanita yang beliau suka, pasti beliau akan dapat.Keadaan ini pun hampir sama dengan anwar. Dikala anwar berkuasa sebagai penguasa politik, beliau menggunakan eskay dan  nallakaruppan menyalurkan wanita cantik untuk memuaskan nafsunya. Sesungguhnya bersyukurlah kita semua kerana anwar tiada lagi dalam kerajaan. Sedarlah dan bersedialah. Jika anwar kembali menjadi penguasa, maka siaplah penyokong BN yang berada di dalam kerajaan, anda pasti akan ditukar. Silap-silap akan dipecat . Ariffin Man tahu cara nak menukarkan penjawat awam.Berdoalah kita semua agar anak didik JULIUS CAESAR  DI NYAHKAN DARI MALAYSIA.