Friday, December 6, 2013

HOT!!! KERAJAAN NEGERI DAP UNTUNG BERLIPAT GANDA JUAL TANAH


KENAIKAN BERGANDA BAKAL BK KONGSIKAN BERSAMA UNTUK TATAPAN SEMUA. BANYAK SENANG MAU MENIAGA DI PULAU PINANG.JUAL TANAH BOLEH UNTUNG BESAR KERAJAAN NEGERI. TANAH HAK MILIK RAKYAT DIJUAL PADA PEMAJU KEMUDIAN DIJUAL SEMULA RUMAH DARIPADA PROJEK PEMAJU DENGAN KOS MELAMBUNG TINGGI.KHABARNYA DARI PEROLEHAN RM 6.1 JUTA KEPADA KUTIPAN RM 200 JUTA SELEPAS PENJUALAN TANAH BAYAN MUTIARA YANG DIKHABARKAN UNTUK HAMPIR RM 100 JUTA

PERUNTUKAN AGAMA ISLAM DI PULAU PINANG HANYA 11 JUTA SAHAJA???


PETIKAN BAJET 2014 PULAU PINANG :


95. Sesungguhnya kepentingan rakyat beragama Islam akan terus diperkasakan di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dengan meneruskan dasar dan program sedia ada. Untuk maksud ini, sebanyak RM11.17 juta akan diperuntukkan pada tahun 2014 di bawah peruntukan pembangunan agar institusi masjid dan surau serta institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Rakyat di seluruh Negeri Pulau Pinang terus kekal membangun dan berdaya saing. Ini akan melibatkan peningkatan peruntukan sebanyak 9.3% berbanding tahun 2013 iaitu RM10.22 juta. Salah satu projek yang bakal dilaksanakan ialah pembinaan dua (2) buah blok tambahan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang dianggarkan bernilai RM6 juta.

KIRA KIRA MUDAH 

11.17 JUTA - RM 6 JUTA UNTUK KITAB = RM 5.17 JUTA.

CUKUPKAH JUMLAH 5 JUTA INI NAK DIGUNAKAN UNTUK MEMBAIKI SURAU , MASJID DAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PULAU PINANG ? MENGAPAKAH TERAMAT SEDIKIT PERUNTUKAN PEMBANGUNAN FIZIKAL ISLAM SEDANGKAN ISLAM DI BAWAH TANGGUNGJAWAB NEGERI.KERAJAAN PERSEKUTUAN BN TELAH MELABUR BANYAK UNTUK ISLAM DI PULAU PINANG. DI MANA KOMITMEN LIM GUAN ENG? OOO DIA DAP YER. BETUL JUGA DAP ANTI ISLAM.INI YANG AKU DENGAQ .

LAGI GUAN ENG ROMPAK HAK BUMIPUTRA PULAU PINANG


SETIAP TAHUN AKAUN AMANAH BUMIPUTRA AKAN MENINGKAT. GUAN ENG ROMPAK HAK 5% RUMAH ORANG MELAYU KEMUDIAN BUAT TABUNG. DANA DALAM TABUNG TAK DIBELANJAKAN SEMULA UNTUK BUMIPUTRA DAN SIMPANAN SEMAKIN MENINGKAT. YANG MERISAUKAN APAKAH DANA INI KELAK AKAN DIPINDAHKAN KE AKAUN LAIN DAN AKHIRNYA TABUNG INI AKAN DITUTUP ???

Kumpulan Wang ini ditubuhkan sebaik saja DAP mengambilalih Penang. Sebelum ini nilai diskaun Bumiputera 5% atas harga rumah atas 30% peruntukan Bumiputera for unsold Bumiputera units diserahkan oleh developers kepada suatu Kumpulan Wang di Unit Penyertaan Bumiputera. 

tetapi , dalam bulan Jun 2008 kalau tak silap, EXCO Perumahan Penang telah menulis kepada semua developers di Penang supaya stop constributing 5% of total cost of unsold Bumiputera units to Akaun Amanah yang diselenggarakan oleh Unit Penyertaan Bumiputera.

KENAIKTAN TARIFF LETRIK.FIKIRKAN BIJAKSANA


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili ketika mengumumkan kenaikan tarif elektrik ini menyatakan seperti kenyataan berikut ; 

"Purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89% daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWh kepada 38.53 sen/kWh.Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap KWJ atau 16.9 %, daripada 34.52 sen setiap KWJ kepada 29.52 sen per Kwh"-mStar Online, Disember 3, 2013

 Jika dilihat daripada perangkaan tersebut seramai 4.56 juta pengguna atau 70.67% daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 % atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan rasinalisasi kenaikan tarif elektrik, dalam ertikata lain cuma 29.33% pengguna elektrik di Semenanjung dan 38% pengguna di Sabah dan Labuan sahaja yang terlibat dengan kenaikan tarif berkenaan.

Umum mengetahui, janaan elektrik di Malaysia masih bergantung sepenuhnya dengan sumber gas asli (62%) geo-termal arang batu (The Coal) sekitar 20.9% yang mana, TNB selaku pembekal sumber ini perlu bergantung kepada kedudukan arang batu sedunia dan perlu meneroka dan mencari sumber arang batu di seluruh dunia. Buat masa ini, sumber arang batu Malaysia dibeli daripada Queensland Coal Corporation, Australia (Profile Syarikat : http://www.qldcoal.com/), Indonesia dan Afrika Selatan.

5. Malaysia pada masa yang sama tidak menganggotai Agensi Tenaga A'bangsa (IEA) yang beribu pejabat di Peranchis apatah lagi Malaysia juga tidak menganggotai World Coal Assc. (WCA) memandangkan Malaysia bukanlah negara pengeluar atau pengeksport sumber geo-termal kepada negara luar. 

6. Kedudukan harga arang batu sehingga bulan November 26, 2013 sekitar USD57.25 (RM173.06)/Mt namun begitu laporan daripada Investment firm Deutsche Bank menjangkakan kenaikan harga arang batu pada tahun 2014 menjadi USD85.50 (RM258.45)/Mt dan dijangka meningkat kepada USD89.50 (RM270.54)/Mt pada tahun 2015 walaupun jangkaan awal menunjukkan harga arang batu dijangka meningkat kepada USD91 (RM275.08)/Mt pada tahun 2014 dan USD92.70 (RM280.22)/Mt pada tahun 2015. (Sumber : http://www.platts.com/latest-news/coal/london/global-seaborne-thermal-coal-prices-to-recover-21603031). Manakala data daripada World Bank juga menunjukkan peningkatan harga arang batu sehingga tahun 2020 (lihat sini :http://knoema.com/xfakeuc/coal-prices-long-term-forecast-to-2020-data-and-charts)

7. Sepertimana spekulasi harga petrol dunia, begitu jugalah spekulasi harga arang batu yang sentiasa mengalami turun naik permintaan dan pengeluaran. Negara-negara pengeluar arang batu juga mengalami konflik dalam pengeluaran arang batu yang turut menyumbang kepada kenaikan harga arang batu dunia, seperti banjir besar yang melanda Queensland, Australia (2011), penentangan daripada Kumpulan Pencinta Alam dan tragedi lombong arang batu runtuh di China yang disebabkan oleh pengeluaran yang melampau sehingga menyebabkan lombong mengalami tekanan air yang membawa kepada bencana tragik (lihat sini : http://www.theguardian.com/sustainable-business/china-conflict-coal-fired-plants-water).

***********************

#Penggunaan_Arang_batu

8. TNB dan IPP telah meningkatkan keupayaan bekalan elektrik melalui sumber arang batu daripada 8.8 peratus pada tahun 2000 kepada 21.8 peratus pada tahun 2005 dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 36.5 peratus menjelang penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) (Sumber : Laporan Tahunan TNB 2008)

9. Walaupun Malaysia dilaporkan mempunyai rizab simpanan arang batu berjumlah 1,938.4 juta tan metrik, namun ia tidak mampu menampung permintaan bekalan arang baru di loji-loji janakuasa kuasa arang batu IPP di Malaysia (Sumber :http://meih.st.gov.my/statistics). Ketika menjawab soalan YB Mohd Khalid Bin Ahmad dalam Parlimen Ke-12 bertarikh Julai 12, 2011. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan jumlah penggunaan arang batu bagi tujuan pengeluaran tenaga elektrik oleh TNB dan IPP untuk tahun 2011 adalah dianggarkan sebanyak 19 juta tan metrik. Harga bagi 1 tan metrik arang batu yang merangkumi logistik, insurans serta kos-kos lain adalah dianggarkan bernilai USD 115 (RM328.12) setiap tan. Ini bermaksud, anggaran perbelanjaan untuk bahan api arang batu untuk tahun 2011 adalah bernilai RM 6.56 billion. TNB sedang mengkaji kemungkinan membuat pelaburan di dalam pengeluaran arang batu di negara jiran. Namun begitu, kaedah lain untuk memanfaatkan sumber arang batu yang lebih rendah kosnya dari negara jiran adalah melalui opsyen grid sambungtara. (Link : http://www.kettha.gov.my/content/yb-tuan-mohd-khalid-bin-ahmad-3).

10. Berdasarkan kepada jawapan Menteri KeTTHA tersebut, menunjukkan kos pembelian dan penggunaan arang batu sebagai bahan sumber tidak konvesional dalam penjanaan elektrik di Malaysia adalah sangat tinggi. Itu belum lagi dihitung kira perbelanjaan untuk kos pembelian bahan api diesel untuk tujuan yang sama. Bahkan juga jumlah keseluruhan tenaga elektrik di Malaysia sangat tinggi berdasarkan Laporan Suruhanjaya Tenaga tahun 2010 menjelaskan Permintaan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010 terus meningkat berbanding tahun 2009 sebanyak 7.8% daripada 94,748 GWj pada 2009 kepada 102,139 GWj. Jualan tenaga pula meningkat kepada 90,770 GWj, peningkatan sebanyak 8.8% apabila dibandingkan dengan 83,411 GWj pada tahun 2009. Ini selaras dengan pemulihan ekonomi negara setelah mengalami kemelesetan 
pada tahun 2009. 

11. Laporan Suruhanjaya Tenaga 2010 juga menjelaskan lagi, Pada tahun 2010, kehendak maksimum di Semenanjung Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 5.8% daripada 14,245 MW pada 2009 kepada 15,072 MW pada 2010 yang dicatatkan pada 24 Mei 2010. Permintaan tenaga harian tertinggi pada tahun 2010 direkodkan pada 25 Mei 2010 sebanyak 311.5 GWj iaitu 7.4% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya. Kapasiti penjanaan terpasang pula tidak merekodkan sebarang penambahan kapasiti dan masih kekal pada 21,817 MW seperti tahun sebelumnya. Daripada jumlah keseluruhan kapasiti penjanaan terpasang, sebanyak 7,040 MW atau 32.3% merupakan kapasiti dari stesen-stesen penjanaan TNB, dan selebihnya dari stesen-stesen penjana bebas. Pada ketika ini, pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia masih berada pada tahap yang selesa di mana margin 
rizab sistem pada tahun 2010 adalah dalam lingkungan 45%. (Sumber : http://meih.st.gov.my/documents/10620/24e31d05-01fa-4dcf-adef-eac0452b24cf)

****************************
#Coal_Production_in_SouthEastAsian

12. Menurut laporan IEA, di Asia Tenggara hanya terdapat dua buah negara yang aktif dalam produsi bahan termal jenaan elektrik arang batu iaitu Republik Indonesia dan Vietnam. Sebagai contoh pada tahun 2011, Indonesia mengeluarkan 296 Mtce (Mega Tonnes of Coal Equivalent) dan Vietnam pula mengeluarkan sebanyak 38 Mtce dan lain2 negara ASEAN hanya mengeluarkan 17 Mtce, keseluruhan pengeluaran arang batu di Asia Tenggara hanyalah 348 Mtce atau 6.3% daripada keseluruhan jumlah pengeluaran arang batu dunia. Harus diingatkan di Asia Tenggara, negara2 yang menjadi pembeli terbesar arang batu ialah Malaysia, Filipina dan Thailand. (Sumber :http://www.iea.org/publications/freepublications/publication/WEO_Special_Report_2013_Southeast_Asia_Energy_Outlook.pdf)

13. Untuk rekod, pd akhir 2o11, Indonesia mempunyai rizab arang batu (Hard Coal) berjumlah 13.5 Billion Tonnes dan Vietnam mempunyai arang batu (Hard Coal) berjumlah 3.1 Billion Tonnes manakala Thailand pula mempunyai rizab arang batu berkualiti rendah (Brown Coal) berjumlah 1.1 Billion Tonnes. 

14. Malaysia juga mencatat rekod permintaan tenaga utama (Coal-Arang Batu) di tangga ke tiga paling tinggi iaitu 15 Mtoe (2011) selepas Thailand 18 Mtoe (2011) dan Indonesia 31 Mtoe (2011) selau negara penggunaan arang batu tertinggi di Asia Tenggara. (Rujuk sumber IEA diatas).

*****************************

#Memungkinkan_Teknologi_Nukelar_dilaksanakan_diMalaysia

15. Saya fikir sudah sampai masanya untuk Malaysia menggunakan teknologi Nuklear bagi menggantikan penggunaan bahan api Konvesional dan Tidak Konvensional dalam penjanaan elektrik. Bukankah pada tahun 2010, Menteri KeTTHA telah menyatakan kelulusan MPEN bagi mengenalpasti tapak pembinaan Loji Nuklear di Malaysia tetapi telah ditentang hebat oleh masyarakat. Persoalan : Apakah waktu itu rakyat Malaysia tidak boleh menyedari implikasi jangka masa panjang kebergantungan tenaga elektrik menggunakan bahan api Fossil seperti minyak dan arang batu yang bakal mendatangkan peningkatan kos yang tinggi dimasa akan datang ?.

16. Jangan kita lupa bahawa YAB DS Mohd Najib dalam lawatan negara ke Korea Selatan pada tahun 2009 memberikan signifikan dalam pembinaan loji nuklear pertama negara untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik pada kadar yang munasabah, namun idea itu juga ditentang oleh parti pembangkang di malaysia atas alasan Teknologi Nuklear membahayakan nyawa, jika begitulah interpretasinya, rakyat Malaysia semstinya sudah maklumkan akan kenaikan tarif elektrik ini dari masa ke semasa mengikut keberadaan penggunaan bahan sumber ini. Bersedia untuk menghadapi kenaikan ini. 

*****************************
#Menginsafi_Kenaikan_Tariff_Elektrik

17. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang menyebabkan kenaikan tarif elektrik, saya fikir membuat keputusan untuk menaikkan tarif bukanlah satu perkara yang mudah, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat dimana subsidi bahan api masih diteruskan oleh Kerajaan sehingga 31 Disember 2014. Bahkan kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan. Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, termasuk RM155 juta setahun mengikut kategori pengguna.

18. Mengaitkan kenaikan tarif elektrik ini dengan kerancakkan kenaikan harga barang, saya boleh bersetuju tetapi persoalan yang peri penting yang perlu dijawab untuk memastikan kelestarian bekalan tenaga ini dapat dioptimumkan oleh Rakyat Malaysia ?, apakah sudah tiba masanya untuk Kerajaan mempertimbangkan penggunaan teknologi nuklear yang kosnya lebih efisian selain memperkenalkan Tenaga Boleh Diperbaharui yang jelas memakan kos yang lebih tinggi berbanding sekarang ?, atau apakah perlu Rakyat Malaysia berterusan didodoi dengan subsidi-subsidi yang menambahkan perit kantung kewangan negara disamping menambahkan pembaziran tenaga yang sedia ada ?. Ibarat "Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang bertambah", "Bagaikan Kusut Di Hujung, Lari Ke Pangkal". Itu pun belum saya "berceloteh" tentang harga petrol dan gas asli.


Note : 

Mungkin artikel serba ringkas ini boleh menjawab persoalan Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Portal Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/nasional/dr-maza-tarif-elektrik-naik-kurangkan-sakit-apa-1.226998

Lian-lain sumber :

Pembaziran tenaga elektrik oleh Rakyat Malaysia :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penggunakitataktahuhargaitenagaelektrik/Article/

Tidak bosan menaip,
Ustaz Nor Azizuddin Abdul Manan
Sahabat FB BK