Tuesday, October 16, 2012

PASCA E 13 : LAPORAN AUDIT 2011. TAMPARAN BUAT KERAJAAN CAT GUAN ENG



KENYATAAN TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG

Pada pendapat saya, pencapaian kewangan Kerajaan Negeri dan tahap pengurusan
kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang boleh ditingkatkan lagi dengan memberi
tumpuan terhadap pulangan/dividen yang setimpal dengan jumlah pelaburan Kerajaan yang
besar dan mengurangkan tunggakan hasil. Selain itu saya juga ingin menggesa Kerajaan
Negeri supaya memantapkan Pengurusan Kewangan di peringkat Jabatan dan Agensi
khususnya dalam aspek pengurusan aset dan inventori

BK : JELAS PENGURUSAN KEWANGAN DAP STATE TIDAK MANTAP DAN BERSIFAT STATIK

ANALISIS KEWANGAN

kedudukan aset yangterdiri daripada wang tunai dan pelaburan kekal tidak berubah iaitu sebanyak RM1.13 bilion. Kerajaan Negeri disyorkan untuk mengekalkan prestasi menambahkan hasil dan mengekalkan perbelanjaan berhemat bagi memastikan kedudukan kewangannya terus baik.

BK : JUMLAH ITU ADALAH RM 830 JUTA SIMPANAN BN PADA TAHUN 2008

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGERI

Secara keseluruhannya, prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-10 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah sangat baik kerana 2,455 projek atau 98.6% daripada 2,489 projek yang dirancang telah berjaya disiapkan. Bagaimanapun dari segi prestasi perbelanjaan didapati kurang  memuaskan kerana hanya sejumlah RM171.05 juta atau 30.7% daripada RM557.25 juta peruntukan dibelanjakan

BK : DAP STATE TIDAK BERBELANJA UNTUK PEMBANGUNAN. PATUTLAH TERUK SANGAT PULAU PINANG. RM 22.5 BILLION SEMUA DARI BN PUSAT

MEMINJAM JUGA DARI BARISAN NASIONAL

Selain itu, Kumpulanwang Pembangunan juga meningkat sejumlah RM19.44 juta antaranya disebabkan oleh kenaikan pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM6.59 juta

PELABURAN

Analisis jumlah pelaburan pada tahun 2011 berbanding tahun 2010 menunjukkan penurunan
sejumlah RM0.6 juta atau 0.1% menjadi RM1,128.06 juta pada akhir tahun 2011, berbanding RM1,128.66 juta pada akhir tahun 2010

AKAUN AMANAH BUMIPUTRA

Pada tahun 2011, baki akaun amanah ini ialah RM33.36 juta iaitu meningkat sejumlah RM12.25 juta atau 58% berbanding  RM21.11 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh terimaan daripada pemaju perumahan iaitu bagi pelepasan kuota Bumiputera pada tahun 2010 sejumlah RM12.25 juta

BK : HAK RUMAH BUMIPUTRA DINAFIKAN. WANG INI TAK DISERAHKAN KEMBALI KEPADA BUMIPUTRA


akan bersambung ...........


PASCA E13 : PAKATAN RAKYAT CAKAP MACAM ORANG MABUK ( MUNAFIQ LA TU )

PASCA E 13 : HAYATI SEMULA PESANAN BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG