Friday, July 22, 2011

SIRI 11 DAP LAKNATULLAH : PROPAGANDA RISALAH

Teman cukup masak sangat dengan cara guan eng dan sekutunya bermain dengan propaganda. Berlakon dan membohong adalah 2 jenis ilmi dalaman dalam pakatan rakyat. Teman nak sahabat sekalin melihat risalah propaganda ala kanak-kanak bermain guli :

katanya ezam nak gulingkan kerajaan? lawak sungguh. Yang nak gulingkan kerajaan ialah dap sebab nak kumpul orang hampir setengah juta di kuala lumpur. ezam dan kawan-kawan cuma berkumpul dan berarak dalam jumlah 2 ribu ke 3 ribu orang sahaja. lagipun nak guling buat apa. nak demo sikit-sikit . nak bagitau guan en lu keleja macam lubang jamban. cakap talak selupa bikin. kasi SAR baru rm 1.75 juta sulah bising satu malaysia. BN kasi rm 925 juta untuk pendidikan pada Pulau Pinang talak bising ma. Inilah propaganda namanya dan pastikan rakyat bencikan ezam dan rakan-rakan ngos.Cuba lihat gambar wartawan yang dikatakan dikasari? siapa kasari siapa? bukankah tingkahlaku wartawan tu yang membuat provokasi kepada peserta demo, lalu peserta demo terpaksa mempertahankan dirinya. kemudian, tindakan mempertahankan diri oleh peserta demo telah dirakam oleh rakan wartawan yang lain. ishhhhh tektik yang digunakan dah lama orang tak pakai. macam tian chua pakai baju  nipis , senang koyak bila polis pegang baju. Tian Chua serang polis, polis mempertahankan diri, jurukamera pakatan haram rakam kata polis nak pukul tian chua. malaun badigul punya lang.

demo ganas ? wah!!!!! ganas bawa bom, parang dan senjata api ker? berapa yang dimasukkan ke hospital , berapa yg telah dikuburkan? berapa yang mengalami cedera parah? kalau tak tahu tulis ayat dalam risalah, belajar dengan murid tahun 6. mereka boleh ajar cara penulisan yang baik dalam risalah. teman ni, lain la budak tadika jer. tulis untuk perjuangan.

GUAN ENG KAU TENGOK BERAPA BANYAK BN BANTU PENDIDIKAN DI PULAU PINANG

  
PERUNTUKAN PENDIDIKAN DI PULAU PINANG RM 925.2 JUTA.

GEORGE TOWN -- Jabatan Pelajaran negeri (JPN) yakin dapat melonjakkan kualiti dan pencapaian pendidikan di sekolah bagi tahun ini ekoran jabatan itu telah menerima peruntukan sebanyak RM925.2 juta daripada kerajaan pusat.
TUAN HAJI TARMIZI PENGARAH JPN PULAU PINANG.

PENDIDIKAN DI PULAU PINANG MAJU SETELAH 54 TAHUN BN MEMERINTAH . WALAUPUN PULAU PINANG DI TADBIR OLEH DAP MULAI TAHUN 2008 KERAJAAN BN TETAP MEMBERIKAN PERUNTUKAN MENGHAMPIRI RM 1 BILLION


Pengarahnya Ahmad Tarmizi Kamarudin berkata peruntukan itu akan digunakan kepada lebih 280,000 pelajar di 150 buah prasekolah, 271 sekolah rendah dan 125 sekolah menengah di seluruh negeri.

Katanya menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) terdapat tiga buah sekolah dalam pembinaan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Kawan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Masyoor (P) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas manakala sekolah Kebangsaan Minden Height dan Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor akan mendapat bangunan tambahan.
"Bagi mencapai sasaran penyertaan prasekolah di bawah sub-NKRA sebanyak 28 buah prasekolah baharu akan dibina selain pembinaan prasarana sukan kepada 12 buah sekolah," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Guru peringkat Pulau Pinang pada Khamis.

Beliau berkata selain itu kerajaan turut memberikan subsidi sehingga RM2,000 sebulan bagi kos utiliti di sekolah-sekolah bantuan kerajaan.( TERMASUK SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN )
Tarmizi berkata, JPN turut menerima peruntukan sebanyak RM462,000 bagi bantuan kepada hampir 11,000 pelajar miskin dari sekolah rendah dan menengah menerusi Kumpulan Wang Simpanan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),"Masalah kemiskinan kini bukan lagi penghalang kepada pelajar meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi," katanya.Sementara itu, empat pesara guru hari ini diberikan Anugerah Tokoh Guru Pulau Pinang 2011 sempena sambutan Hari Guru itu.

Mereka yang bergelar tokoh itu ialah Fatimah Yahaya, 60, S.Marieyapuspam, 74, Hwong Seng (Hwong Seng), 61, dan Mat Daud Ishak ,59.Mereka menerima cenderamata dan sijil penghargaan daripada Yang Dipertua negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

- BERNAMA