Friday, October 12, 2012

PASCA E 13 : PENDEKAR WIBAWA MELAYU ISLAM

PASCA E 13 : YB MAKHTAR TERSINGKIR. ANWAR KEMPEN UNTUK DR PRIPAL DI DUN SG BAKAP


Kain rentang yang dipamer tidak diletakkan stiker kebenaran menggantung dari MPSP. Mengapa ini boleh berlaku?

Padang Awam Bandar Tasek Mutiara , DUN Sg Bakap dijadikan tempat Jelajah Merdeka
Anwar Ibrahim

Parlimen Nibong Tebal dan kesemua kerusi di DUN di bawahnya menjadi kerusi sasaran Pakatan Pembangkang khususnya PKR dan DAP. serangan bertubi tubi dilancarkan pembangkang di seluruh parlimen nibong tebal khususnya di dun sg bakap dan dun sungai acheh. PKR begitu ghairah melancarkan gerak kerja memastikan semua kerusi dun dapat di tawan.

Che gu bard di arah oleh nuar brahim melalui SAMM di dalam menyusun gerak kerja menawan dan menggerakkan momentum ceramah pakatan. Nuar brahim mahukan kehairan pkr dirasai di parlimen nibong tebal selepas tan tee beng keluar dari pkr.

14 oktober 2012 jam 11.30 pagi bertempat di padang awam bandar tasek mutiara , dun sg bakap seberang perai selatan, pkr sekali lagi membuat sentuhan dalam siri jelajah merdeka pakatan rakyat. majlis ini diadakan di hadapan deretan kedai cina dan bersebelahan pasar awam bandar tasek mutiara . jamuan makan tengahari disediakan.

yang peliknya mengapakah nuar memilih Ranting PKR bandar tasek Mutiara sebagai tuan rumah sedangkan jumlah  pengundi di lokaliti  bandar tasek mutiara tak sampai 400 orang. Apakah tujuan anwar ibrahim sebanyak  2 kali turun di ranting pkr bandar tasek mutiara,? siapakah ketua ranting? semua ini terjawab kerana dr pripal singh pemilik klinik wawasan adalah orang kuat ranting pkr bandar tasek mutiara. pelancaran ranting pkr bandar tasek mutiara juga dilancarkan di hadapan klinik wawasan milik dr pripal dan pejabatnya juga terletak di atas klinik wawasan.

Semua orang tahu bahawa pru 13 yb makhtar adun sg bakap sedia ada sekarang bakal digugurkan. yb makhtar selaku ketua cabang pkr nibong tebal bakal digugurkan. belum sempat yb makhtar merasa nikmat exco dalam pru 13, namanya bakal digugurkan oleh pkr sendiri. hubungan yb makhtar dengan mansor  agak kurang baik. nama dr pripal singh pula antara nama yang dikenali sebagai calon yang layak menggantikan yb makhtar.

kumpulan pro agama pula mahukan yb makhtar namun secara total , ahli dan aktivis pkr melihat yb makhtar gagal menyelesaikan masalah rakyat secara total dan nuar sendiri tidak menyukai calon yang terlalu kuat dalam pegangan agamanya.

kehadiran nuar brahim 2 kali di kawasan ranting bandar tasek mutiara adalah kerana ingin mempromosi dr pripal sebagai bakal calon dun sg bakap atau parlimen nibong tebal  ataupun dun machang bubok. dr pripal bakal mendapat gelaran exco sekiranya pakatan menang lagi di pulau pinang.

dr pripal juga mempunyai rangkaian yang kuat dengan golongan bawahan terutamanya dari kaum india. ada yang menyatakan dr pripal ialah singh yang masuk islam dan baik orangnya. nuar telah menyusun sepenuhnya strategi bakal calon yang mewakili  pkr pada pru 13. beliau mahukancalon penganut agama islam yang merupakan pengamal mazhab islam liberal pembawan beliau. istilah mazhab baru dalam pkr.