Saturday, August 4, 2012

PASCA E 13 : BUKTI KERAJAAN NEGERI MENGANAK TIRIKAN KAUM INDIA PULAU PINANG



belum lagi mendapat mandat untuk mentadbir buat penggal kedua, kerajaan negeri telah menunjukkan belang menganaktirikan kaum india. mereka melihat kaum india sebagai minoriti yang tidak memberikan apa apa kesan kepada undi. dap lebih utamakan kaum cina daripada kaum india dan melayu. dap yakin 80% undi kaum cina akan diberikan kepada mrk dan undi simpati kaum cina kepada pas. lalu, atas faktor yakin yang melampau, kerajaan dap baru baru ini menafikan hak kaum india di nibong tebal amnya dan pulau pinang khususnya.

apa yang menyedihkan permohonan ini dibuat oleh sebuah ngos india yang berkonsepkan kebajikan. keinginan mereka untuk menyewa dewan jawi di tolak oleh pegawai daerah yang mewakili kerajaan negeri dap. dimaklumkan kepada BK, pada peringkat awal mereka telah menerima persetujuan dari pejabat daerah untuk menggunakan dewan tersebut.

atas alasan kononnya, mendapat bantahan penduduk, maka pejabat daerah terus membatalkannya. kalau mcm nilah senang sahaja. lepas ni sekiranya kerajaan dap negeri menggunakan dewan jawi dan pejabat daerah mendapat bantahan penduduk, maka program tersebut perlu dibatalkan.

yang peliknya, apa yang menyebabkan penduduk terganggu kerana dewan tersebut jauh dari kawasan rumah orang. pelik kan ?

senang cerita, sebenarnya sebab mereka kaum india, lalu mereka dinafikan hak untuk menggunakan dewan berkenaan. hanya kaum india yang pro pakatan sahaja yang dibenarkan. alahai kerajaan dap. inilah laungan keadilan pakatan dap.

dewan serbaguna jawi hanya untuk pakatan sahaja. adil sungguh kerajan dap. undi india kami tak mau. india tak boleh pengaruhi undi. undia cina dah boleh menangkan pakatan dap.