Tuesday, August 19, 2014

LUAHAN HATI AHLI PAS : ADA MUSANG BERBULU AYAM DALAM HIRAKI JEMAAH


JK TATATERTIB PAS TIDURRR LENA


Aku mempunyai pendapat sendiri dalam isu Selangor dan hubungan PR umumnya. Sebahagian pendapatku mungkin  tidak sama dengan keputusan yang terkandung dalam mesyuarat 17 Ogos 2014. Namun secara jujur aku katakan bahawa pendapat berjemaah lebih mulia dan tepat daripada pandangan peribadiku. 




Aku terima keputusan mesyuarat ini dengan berlapang dada. Malah aku ucapkan syabas kepada kepimpinan TGHH yang matang dan berpandangan jauh walaupun lawan dan kawan tak habis-habis memperlekehkan ulama tersohor ini.

Dalam satu ruang lain, aku tercari-cari di mana ahli  Jawatankuasa Tatatertertib PAS. Di ruang sebelah riuh-rendah si biadab mengkritik pemimpin secara terbuka tanpa adab. Ada yang bertindak menjadi jurucakap parti menikam parti sendiri. Ada yang membocorkan rahsia parti. Ada yang wala’ kepada pemimpin di luar jamaah sehingga sanggup menghuru-harakan parti sendiri. Dan ada juga yang awal-awal mengambil keputusan sendiri.

Dalam  laman web rasmi PAS, Jawatankuasa Tatatertib tidak dikemaskini untuk rujukan. Siapa pengerusi? Siapa SU dan siapa 3 orang AJKnya? Bukan tiada tetapi ada bagai tiada. Sudahlah tiada namanya, senyap pula Pengerusinya. Patutla si Khalid Samad, Hanifa Maidin dan beberapa kerat lagi ‘golongan-golongan hebat dalam PAS’ tak heran langgar disiplin parti. Mereka tahu kapasiti Jawatankuasa Tatatertib PAS.

Aku ucapkan selamat malam untuk Jawatankuasa Tatatertib PAS. Tidurlah senyenyak-nyenyaknya. Untuk semua, kita tunggu muktamar terdekat. Dan muktamar 2015, kita bersedia menggunakan kuasa perwakilan akar umbi untuk membersihkan AJK PAS Pusat daripada musang berbulu ayam. Sudahkah saudara kenal?

KEJAYAAN BESAR MAT SABU MENUKARKAN PAS KEPADA U-TURN



Luahan "Kita perlu menerima hakikat bahawa dalam konteks Malaysia sekiranya PAS berseorangan sempadan Negara PAS hanya dari Perlis Sampai Terenganu saja.Adat berkerjasama mesti ada give and take.Namun kekadang terpaksa melanggar garis panduan tahaluf siasi bahkan lebih berat lagi hukum Agama. 

Dalam isu terkini hebat diperbincangkan dalam forum maya @kedai kopi. Bagaimana PAS Boleh merestui calon MB wanita dan Apa peranan Majlis Syura ? Jawapan mudah semuanya diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat PAS berdasarkan keperluan Politik semasa.JKP PAS mempunyai hujah-hujah mempertahankan keputusan ini namun ia pasti mencetus fitnah dan persepsi negatif terhadap PAS terutama dikalangan ulamak. 

Disini satu perkara yang perlu PAS fikirkan bahawa betapa dalam cuaca politik semasa , Sudah tiba masanya PAS(asal) bergerak sebagai Jemaah Islam yang diterajui syura Ulama. Manakala satu sayap Parti Politik ditubuhkan.Sekiranya sistem ini berlaku ia akan mengurangkan fitnah .Masyarakat mudah menilai Parti sayap PAS akan mengunakan kebijaksanaan berpolitik sebaliknya sedaya upaya menegakkan keputusan syuara ulamak.Oleh itu, masyarakat akan dapat membezakan pendirian syarak dan tindakan politik ( demokrasi ).Islam Itu Indah namun sekiranya kita tersilap cara Ia dipandang jumud dan kaku. 

Hari,ini telah terpacul dari mulut orang awam betapa Ulama PAS cakap tak serupa bikin,PAS ikut bontot anwar , PAS tak ada telor dsb ? Ucapan ini bukan lagi dari penyokong tegar UMNO namun dari penyokong PAS sendiri & rakan pakatan.Mengapa? kerana orang awam tak dapat beza hukum agama dan kehendak politik.Selagi PAS mengunakan label Jemaah Islam dalam masa sama bergabung dengan parti-parti yang tidak yakin pada Islam pasti lebih banyak fitnah & kekeliruan akan timbul bahkan Apa yang paling saya bimbang apabila bergaduh dalam politik akan terpacul kenyataan yang boleh merosakkan aqidah muslim dari kalangan Ummat Islam yang jahil. 

Satu lagi demi untuk kemenangan dalam politik sesebuah parti politik perlu mengambil orang yang bekarisma,bijak & terkenal yang sebahagiannya agak jahil dalam ilmu agama.Saya mengambil contoh bila 2 orang Adun PAS mengingkari walak jemaah Islam.Ianya adalah satu kesalahan amat berat yang kalau dirujuk kitab fiqh tindakan lebih berat dari kesalahan berzina .Terjebak sistem politik demokrasi perlu kepada dana yang besar meraih undi dan mengerakkan jentera sokongan.Amalan kronisma adalah satu keperluan.Amat malang sekiranya sebuah Jemaah Islam melaksanakan kronisma atau bersama memerintah dengan parti yang mengamalkan kronisma.Amalan kronisma tak mungkin dapat disembunyikan apatah lagi dizaman maklumat cuma di hujung jari.Jadi sudah tiba masanya PAS fokus menjadi jemaah Islam manakala sayapnya sahaja terlibat dalam sistem demokrasi pilihanraya. 

Mari kita fikir sejenak bertapa Imam Hassan AlBanna lebih banyak memfokuskan usaha ziarah & dakhwah dan jemaah Ikhwan pimpinannya hanya meletak sedikit komitmen untuk terlibat dalam piliharaya.Usahanya diakui terbaik dikurun yang lalu.kini ketika tanda2 dunia sudah dipenghujungnya sudah tiba masanya kita meneruskan gerakkerja seperti Imam Hassan AlBanna yang diwarisi dari Para sahabat Rhum dan Nabi SAW. 

Kita semua perlu terima hakikat bahawa sistem demokrasi ciptaan Yahudi dan secara logiknya tak mungkin Islam dapat tertegak melalui demokrasi.Namun pengunaan metode demokrasi secara bijak diyakini akan mempercepatkan tertegakkanya syariat Allah dibumi Malaysia yang pasti berlaku sebelum datang hari kiamat. 

MAT SABU AYAM DAGING BELAAN DAP DAN PKR


"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya semalam 


"PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan 

sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan 

DAP. "Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada 

PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan 

perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.

JAHATKAH UMNO ATAU PERSEPSI JAHAT PAS



Sama ada PAS mahu berada dalam ataupun keluar Pakatan, itu hak mereka. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah Umno? Jahat sangatkah Umno ini?,” soal Ridhuan Tee Abdullah. 

“Walau apa pun berlaku dalam PR, PAS takkan keluar, jika Pas keluar, Umno akan menang,” demikian reaksi Dr. Ridhuan Tee ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda Pakatan Rakyat (PR). 
Soal Ridhuan, benarkah PAS wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam? 

“Adakah kewujuan PAS hanya kerana Umno? Janganlah terlalu memusuhi Umno, tidak mendatangkan faedah kepada Islam. 
“Dalam hal ini, ini bukan soal siapa betul, siapa yang salah. Jika ada kebaikan Umno, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika Umno salah, tegurlah dan lawanlah. 

“Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture,” ujar beliau. 
Menurut beliau, ultra kiasu merupakan musuh utama PAS yang mana ia sudah awal-awal menentang Islam dan perjuangan Islam PAS. 

“Mereka sudah memberikan amaran, jika PAS menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, PAS adalah pengkhianat dan tidak bermaruah. 

“PAS seharusnya dapat tangkap apa yang mereka maksudkan. Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung,” katanya. 

Saran Ridhuan, sepatutnya PAS jawab, “ada aku kisah, nak saman, samanlah”

NIK AZIZ PUN U TURN



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Kota Baharu.

"Saya telah mendengar penjelasan daripada Presiden PAS dan Setiausaha Agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan Jawatankuasa PAS Pusat itu.

"Alhamdulillah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di Kota Baharu.

BK : Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Abdul Aziz telah membuat keputusan menyokong penuh Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

JILBOOBS HARAM TAPI MENARIK MINAT???


Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita untuk mengenakan pakaian muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

BK :Apakah 'Jilboobs'? Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara).