Friday, September 28, 2012

PASCA E 13 : MEMAHAMI PELAKSANAAN HUDUD DAN PENJELASAN TAKZIR


bagi kes perlakuan di atas , hasyafah memasuki ruang faraj, apakah hukum hudud akan dijatuhkan kepadanya.



Dalam arena politik, PAS mengutamakan Hukuman Hudud dahulu sebagai modal politik mereka. Draf hukuman Hudud yang dirangka oleh PAS menemui jalan buntu untuk dilaksanakan disebabkan beberapa akta yang membantut pelaksanaan Hukuman Hudud.

Bab Rogol.
Apabila kes tertentu ( rogol ) yang tidak dapat dibicarakan di Mahkamah Syariah, PAS mendakwa, kes tersebut boleh menggunakan platform Takzir untuk menghukum penjenayah. Hukuman Takzir pula terkandung didalam perundangan sivil dibawah akta 574 Kanun Keseksaan Seksyen 375 ( Rogol ). Apabila dilihat pada sabitan kesalahan hukuman Takzir dalam akta 574 Kanun keseksaan, seksyen 376 ( Hukuman bagi rogol ), hukumannya lebih ringan dari hukuman Hudud. Sedangkan selama ini, PAS mendakwa Hukuman Takzir itu lebih berat dari hukuman hudud. Itupun kalau PAS memakai pendapat Mazhab Abu Hanifah , dimana, dinyatakan bahawa hukuman Takzir boleh mencecah tahap yang lebih berat dari hukuman Hudud malah sehingga ke tahap BUNUH. Tetapi dalam isu takzir, terdapat khilaf antara ulama mazhab.

PAS nak pakai khilaf yang mana dalam hukuman takzir ?

Kalau PAS memakai pendapat mazhab Hanifah, maka PAS perlu mengutamakan dahulu hukuman takzir dengan membuat draff pindaan bagi akta 574 Seksyen 376 ( Hukuman bagi rogol ).

Bab Mencuri
Mencuri adalah satu jenayah hudud yang perlu dikenakan hukuman hudud iaitu potong tangan apabila disabitkan kesalahan.

Didalam akta 574 seksyen 378 Kesalahan Mencuri dan seksyen 379 Seksaan bagi Kesalahan Mencuri. Disebabkan Seksyen 379 dalam Akta 574 tiada peruntukan memotong tangan apbila disabitkan kesalahan mencuri, maka, hukuman nya boleh dianggap hukuman Takzir. Hukuman yang terkandung didalam seksyen 379 masih boleh dianggap ringan, sedangkan PAS mewar-warkan hukuman takzir lebih berat dari hukuman hudud. Bagi kesalahan mencuri berulang kali, Mazhab Hanifah berpendapat hukuman bunuh juga boleh dikenakan keatas pencuri yang berulang2 sehingga membawa kemudharatan besar kepada masyarakat. Contoh : Pencuri bermotor yang meragut bag tangan wanita yang boleh membunuh mangsa apabila terjatuh.

Kalau PAS memakai pendapat mazhab Hanifah, maka PAS perlu mengutamakan dahulu hukuman takzir dengan membuat draff pindaan bagi akta 574 Seksyen 379 ( Seksaan bagi kesalahan Mencuri ).
PAS menggunakan undang-undang sekadar modal politik untuk meraih undi atau memang berniat untuk menjaga kemaslahatan umah ( dimana kadar jenayah yang meningkat saban hari ) ?.

PAS KENA FAHAM DULU UNDANG UNDANG SYARIAH