Tuesday, December 18, 2012

PASCA E 13 : CALON PENANTI DIDEDAHKAN.KERUSI DUN PENANTI KERUSI TIMBALAN KETUA MENTERI TETAP PULAU PINANG BAGI PAKATAN

RANKING CALON PERTAMA UNTUK DUN PENANTI
RANKING KEDUA : DR JUANDA PERLIS
RANKING KETIGA : NURUL NUHA ANWAR IBRAHIM
 
RANKING KE EMPAT : DR SALWA
( ISTERI KEPADA ALLAHYARHAM LAWYER ARIFFIN )
 
 
bakal calon dun penanti memang beruntung kerana sesiapa yang menang di dun penanti bakal dilantik sebagai timbalan ketua menteri. apakah hanya wakil pkr sahaja yang layak menjadi timbalan ketua menteri. kalau pas boleh menang 4 kerusi, apakah pas tidak layak menjadi timbalan ketua menteri.
 
 
DSAI tidak bersetuju dengan kehendak guan eng yang lebih berselera melantik malik kassim sebagai timbalan ketua menteri sekiranya pakatan menang dalam pru 13. Namun, DSAI sendiri menolak cadangan guan eng apabila nama malik kassim dicadangkan. anwar mahukan calon tkm yang bakal menggantikan mansor ialah seorang yang tegas dan dapat mengawal guan eng sendiri.lalu, anwar yakin bahawa antara nama yang layak dicadangkan di dun penanti ialah dr asri , dr juanda walaupun orang sabah, anaknya sendiri nurul nuha dan dr salwa isteri kepada allahyarham peguam ariffin. Dr salwa ibunya merupakan orang yang paling rapat dengan wan azizah. LATAR BELAKANG AGAMA DIPERLUKAN UNTUK MENENTANG UMNO DI PULAU PINANG
 
 
antara 4 nama yang di cadangkan anwar, anwar lebih berkenan kepada calon lelaki. wan azizah juga ada disenaraikan di dun penanti , namun bagi anwar, wan azizah tidak layak sebab beliau seorang presiden parti dan tidak sesuai duduk di bawah guan eng. lalu anwar telah berkira kira untuk mencadangkan nama dr asri dan dr juanda.
 
permulaan telah bermula apabila dr asri sejak isu VIDEO SEKS ANWAR , begitu kuat menyokong dsai dan pertahankan dsai. anaknya nurul izzah sendiri menggunakan hujah dr asri dalam kes china dol . dr asri adalah tempat rujukan agama bagi pkr. dr asri juga rapat dengan kumpulan zuraidah dan pimpinan melayu pkr di selangor  
 
 
nama kedua yang dipersetujui anwar ialah dr juanda. walaupun dr juanda merupakan orang sabah, anwar yakin sekiranya beliau diletakkan di dun penanti beliau akan menang kerana anwar terlalu yakin dun penanti ialah kubu kuat beliau. fairus sendiri pun bukan dikenali tetapi oleh kerana diletakkan di penanti, maka beliau boleh menang. justeru, dr juanda telah memulakan konfrantasi dengan kerajaan apabila mahu meletakkan jawatan sebagai mufti dalam kes penyelewengan baitulmal di perlis.
 
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya


bahan arkib :

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dipercayai telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis berkuat kuasa Jumaat lalu kerana tidak gembira dengan pengurusan dan pentadbiran agensi tersebut.
 
Sinar Harian difahamkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada pengurusan tetapi tidak pasti sama ada keputusan itu atau diterima atau tidak.
 
Bagaimanapun Juanda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.Juanda selaku Mufti Perlis dilantik menduduki jawatankuasa secara automatik dan bertindak sebagai ‘penasihat’ agensi tersebut.
“Beliau (Juanda) tidak gembira dengan cara pengurusan, ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.
 
“Selepas teguran dan nasihat tidak diterima, beliau dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti daripada ahli jawatankuasa dan penasihat,” kata sumber kepada Sinar Harian.
 
 
anwar mahukan calon di penanti ialah seorang lelaki kerana TKM mesti mengikut TYT sekiranya beliau melakukan kunjungan ke masjid bagi solat jumaat. atas alasan ini , maka calon lelaki amat diperlukan.
 
nama nurul nuha dan dr salwa juga disenaraikan . pada awalnya anwar agak dingin untuk mencalonkan nama dr salwa, namun namanya di angkat semula sejak 2 bulan lalu. nurul nuha pula dikaitkan dengan umur yang terlalu muda walaupun beliau merupakan anak anwar sendiri.
 
apapun, 2 nama terakhir yang dimaklumkan kepada email BK ialah dr asri zainal abidin dan dr juanda. justeru, jangan terkejut kalau mereka berdua bermain konfrantasi dengan kerajaan BN. dr asri sendiri sedang bermain wayang menyerang ust fathul bari anak didik beliau sendiri yang beliau cadangkan untuk masuk ke dalam umno. apa muslihat kumpulan dr asri ini? kita boleh lihat sekarang dr asri sedang berkonfrantasi dengan ust fathul bari. bukankah ini satu teater seperti di atur karangannya oleh individu tertentu.
 
dr juanda pula terpaksa membuat konfrantasi untuk memastikan beliau mempunyai alasan kukuh meletakkan jawatan mufti lalu peristiwa yang berlaku akan memberi simpati kepada beliau. peristiwa itu pula mesti memberi malu besar kepada umno .itulah sebabnya isu baitulmal dijadikan isu utama untuk dr juanda meletakkan jawatan.
 
apapun yang berlaku, bagi BK, dun penanti adalah dun yang mempunyai kekuatan 50-50 antara umno dan pkr. pas sendiri mahu dun penanti diserahkan kepada mereka semula.kita tunggulah permainan sketsa yang selanjutnya dari dr asri dan dr juanda.
 
 
pssss : khabarnya chot dah packing barang dari pejabat TKM1. kasihan chot . ada pendedahan lanjut berkaitan rakaman tape . tungguuuuuuu email selanjutnya.