Tuesday, January 7, 2014

DEWAN PEMUDA PAS BERANI REPORT POLIS TS MUFTI. TAAT PADA PADERI NASRANI

KETUA DPPKM

ANAK PRESIDEN PAS BERANI DENGAN MUFTI KECUT DENGAN NASRANI

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 2 Januari 2014 yang dilaporkan di dalam akhbar Berita Harian.

Di dalam kenyataan tersebut beliau dilaporkan mendakwa bahawa peserta himpunan TURUN pada 31 Disember 2013 yang lepas adalah 'bughah' dan halal darah kerana disifatkan sebagai penderhaka kepada negara.

Kenyataan ini sangat serius dan berupa hasutan yang boleh mengundang kepada kekacauan ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara Malaysia.

Justeru DPPM dan DPPK di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014).

Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan beliau itu. Saya juga berharap Tan Sri Harussani akan sedar kesilapan di dalam kenyataan beliau dan menarik balik sesegera yang mungkin agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bertarikh : 6 Januari 2014

GILIRAN NUAR AL JUBURI ( KATA MAT SABU) BALUN TS MUFTI HARUSSANI



 Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.

“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.

Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.

“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.

“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.

Dalam masa sama, kata Anwar kenyataan akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam..

“Nak jatuhkan hukum itu,dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama’, bincang baik-baik, lebih-lebih lagi dalam isu bughah ini.

“Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabka kekeliruan dikalangan umat dan kebencian dikalangan bukan Islam,” ujarnya