Thursday, October 25, 2012

PASCA E13 : SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 10 ZULHIJAH 1434 H / 26 OKTOBER 2012


BADARKHUBRO MEMOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS KE KHILAFAN SEPANJANG MENULIS DI DALAM BLOG. MEMANG PUAK PAKATAN AKAN TERASA . TETAPI, DEMI SEMUA KEIKHLASAN DAN KEBENARAN



BERTAKBIR SAMBIL BERKORBAN.

Perintah melaksanakan ibadah qurban diturunkan oleh Allah Swt. kepada junjungan mulia Nabi Muhammad Saw. dan seluruh umatnya menerusi firman Allah Swt. berikut :

"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad ) nikmat yang banyak (sebuah sungai di syurga). Maka, dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah (nahr). Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, dialah yang terputus”.
Surah Al Kausar (108) : ayat 1-3

Bagaimana mahu melakukannya, dijelaskan oleh sifat amalan Nabi Saw. sendiri serta para sahabatnya, yang salah satunya dinyatakan di dalam hadis berikut :

“Dari Abu Ayyub Al Ansori rhu. ia berkata : Di masa Rasulullah Saw., setiap seseorang lelaki berqurban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”.Hadis riwayat imam Tarmidzi rh., kitab Al Adhahi, Jilid 2 no. 1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Diriwayatkan juga oleh imam Ibnu Majah rh. Jilid 2 no. 2546 (dengan sanad yang sahih)

PASCA E 13 : DEDAH!!! DAP STATE KANTOI : FAKTA SAH !!!! HIBURAN ANTARA CUKAI TERTINGGI DI PULAU PINANG.


LAMPIRAN LAPORAN AUDIT 2011


JENIS CUKAI
ANGGARAN ASAL
ANGGARAN DISEMAK
SEBENAR
BEZA
HIBURAN
6 500 000
6 500 000
11 277 876
4 777 876
TANAH
110 000 000
110 000 000
106 040 814
3 959 186
PARIT DAN TALIAIR
670 000
670 000
666 070
3 930
CUKAI LANGSUNG
190 000
190 000
191 894
1894


ULASAN BK :

TERANG DAN TAK PERLU BERSULUH LAGI. PERTAMBAHAN KUTIPAN CUKAI HIBURAN BERNMAKSUD BERTAMBAH DENGAN BANYAK PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG. PERTAMBAHAN INI TIDAK DISEDARI. NAMUN, DENGAN ANGKA CUKAI, KERAJAAN NEGERI DAP DAH TERKANTOI.

APA YANG PAS BOLEH BUAT. PAS MEMANG RESTU HIBURAN DI PULAU PINANG DITINGKATKAN PENCAPAIANNYA .

APAKAH SELAMA INI ANGKA JUMLAH PUSAT HIBURAN DAN KATEGORI YANG SEWAKTU DENGANNYA SEPERTI YANG DILAPORKAN DALAM SIDANG DUN TIDAK TEPAT?

BANYAK YANG AKAN DIRUNGKAI DAN DIDEDAHKAN. KERAJAAN NEGERI MUNGKIN SEDANG MENYOROKKAN FAKTA SEBENAR KATEGORI HASIL DAPATAN CUKAI HIBURAN.

LAMPIRAN

Laporan Sinar Harian pada 15 April lalu.

TANJUNG – Penduduk di sini merayu supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau dengan lebih ketat premis hiburan di situ kerana ada antara premis yang sesuka hati menjalankan operasi melebihi masa sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Pekerja nasi kandar, Johan Abdullah berkata, adakalanya premis hiburan seperti disko menjalankan operasi dari jam 10 malam hingga 4 pagi.Menurutnya, ia mengganggu penduduk yang tinggal di sepanjang Jalan Penang dan juga beberapa kawasan perumahan kedai lain antaranya Lebuh Campbell.

“Keadaan lebih teruk pada hujung minggu. Kami terpaksa mendengar bunyi muzik yang menyakitkan telinga.“Sepatutnya peniaga pusat hiburan itu kena faham mereka menjalankan operasi di kawasan penduduk,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Bahagian Perlesenan dan Penguat kuasa MPPP mengadakan serbuan mengejut ke atas sebuah premis hiburan di Lebuh Campbell.

Operasi dilakukan kerana penduduk mendakwa bunyi yang terlalu kuat membelenggu mereka sehingga jam 5 pagi.

Dalam operasi yang bermula jam 1 pagi hingga 3 pagi itu membolehkan sistem pembesar suara bernilai hampir RM100,000 dirampas MPPP.

Menurut sumber, ada antara penduduk yang geram sehingga membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memaklumkan seolah-olah ada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dirasuah.

Premis yang melanggar syarat dan undang-undang boleh dikompaun mengikut Undang-Undang Kecil MPPP bagi Akta Pusat Hiburan sehingga RM20,000.

Bagi pemilik kedai makan, Michelle Ong pula berkata, pusat hiburan terbabit tidak membawa sebarang faedah kepada penduduk setempat.

“Kami sudah lama tinggal di sini. Sememangnya sudah banyak pusat hiburan di Lebuh Penang atau Lebuh Chulia.

“Penduduk di sini berharap MPPP dapat membuat operasi dengan lebih kerap dan pantau premis terbabit supaya tidak buat bising lagi. Kami sangat sakit hati bila mendengarnya,” katanya.

PASCA E13 : KERAJAAN NEGERI TAK MAU BERBELANJA UNTUK PEMBANGUNAN RAKYAT . GUAN ENG INGAT INI TABUNG BAPAK DIA KER???


GUAN ENG INGAT DUIT KERAJAAN NEGERI UNTUK MENABUNG MACAM TABUNG DI RUMAH KER????



DUIT KUTIPAN TABUNG CERAMAH PANDAI PULAK DEPA BELANJAKAN. KENAPA TAK BUAT SURPLUS PADA TABUNG CERAMAH


Pejabat Ketua Menteri Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerima peruntukan tertinggi sejumlah RM480.61 juta atau 86.2%

( PERUNTUKAN TERTINGGI TU. SURUH DIBELANJAKAN  UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT. MASALAH PARIT , BANJIR DAN SEBAGAINYA. GUNA DUIT TU BUAT TEBATAN BANJIR DI KAWASAN LUAR BANDAR. PERBAIKI PROJEK PROJEK PEMBANGUNAN. CAT SEMULA RUMAH KOS RENDAH. BAIKI LIF UNTUK RAKYAT. BANTU RAKYAT SECARA MENYELURUH. TAK KAN NAK HARAP KERAJAAN BN SAHAJA?LEMAK LAH KAU GUAN ENG)

Pada tahun 2011, daripada RM557.25 juta yang diperuntukkan kepada 9 jabatan untuk
projek pembangunan Negeri Pulau Pinang, sejumlah RM171.05 juta atau 30.7% telah
dibelanjakan.

(SEMUA JABATAN JABATAN BERBELANJA DENGAN BAIK UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT. KALAU MACAM NI AMBIL PERUNTUKAN KETUA MENTERI MASUKKAN KEPADA JABATAN JABATAN YANG TAHU BERBELANJA UNTUK RAKYAT.)

Pejabat Ketua Menteri Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan menerima peruntukan yang diluluskan pada tahun 2011 ialah RM 480.61  tetapi hanya dibelanjakan  sebanyak RM 101.10 dengan tahap pencapaian sebanyak  21.0 %

( KALAU DAH TAHU TAK MAU BELANJA BANYAK, BAGI PERUNTUKAN YANG BANYAK INI KEPADA JABATAN LAIN. OOO NAK BOHONG PADA RAKYAT. NAK BAGITAU KAMI BERJIMAT CERMAT. PEJABAT KETUA MENTERI BERJIMAT CERMAT. KETUA MENTERI PANDAI BUAT SURPLUS WALAUPUN BEBANAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PUSAT TANGGUNG)

PASCA E 13 : RM 600 JUTA HUTANG KERAJAAN DAP PENANG KERANA MIGRASI AIR


Bayaran Air Mentah

Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah mengenakan caj Bayaran Air Mentah (Raw Water Fee) kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berdasarkan kadar 3 sen semeter/padu dan jumlah yang dikenakan bagi tempoh 3 tahun pertama iaitu bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah sebanyak RM33.85 juta. Pada akhir tahun 2011, baki Bayaran Air Mentah yang perlu dibayar oleh PBAPP adalah sebanyak RM22.95 juta

( TENGOK TU KERAJAAN NEGERI KENAKAN CAJ PADA PBAPP. MANA DIA KEBAJIKAN. SUDAHLAH KENAKAH SURCAJ PADA RAKYAT)

Pada akhir tahun 2011, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM36.72 juta berbanding sejumlah RM687.79 juta pada tahun 2010, iaitu menurun sejumlah RM651.07 juta atau 94.7%.

Penurunan hutang ini adalah disebabkan pada tahun 2011 pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Pada tahun 2011, proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara telah dilaksanakan yang melibatkan 4 pihak, iaituKerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

( KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN RM 600 JUTA PUN DARI AKAUN NEGERI . APA YANG BERLAKU CUMA PENGAMBILALIHAN ASET SAHAJA. SENANG CARA BERNIAGA. ESOK NAK KURANGKAN HUTANG RM 456 BILLION KERAJAAN MALAYSIA , KALAU PAKATAN MENANG ALIHKAN HUTANG INI PADA IMF. KEMUDIAN CLAIM KATA DAH SETTLEKAN HUTANG.INI MUJUR BAWAH KERAJAAN PUSAT YANG SELAMATKAN)

Pada tahun 2011, pinjaman baru yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM6 juta bagi membiayai Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) dan sebanyak RM0.59 juta untuk Projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bagi membina Indoor Arcade and Seafood Centre di Batu Kawan.

( KENAPA KERAJAAN NEGERI TAK GUNA DUIT UNTUNG SURCAJ YANG MELEBIH RM 7 JUTA PADA PERTENGAHAN TAHUN 2012 . KENAPA PERLU PINJAM DARI KERAJAAN BN PUSAT.

KEMANAKAH WANG SURCAJ DIBELANJAKAN? UNTUK APA? TIADA APA APA PERUBAHAN PUN KERANA SEMUA URUSAN AIR DI PULAU PINANG ASET AIR DAN AMBIL ALIH.)


LAMPIRAN BERITA HARIAN HARIAN 3/6/2011 BERKAITAN ISU MIGRASI AIR DAN  BUKANNYA KERANA GUAN ENG BIJAK URUS HUTANG

Perjanjian dengan Pusat babit pindah milik pajakan RM655.2j kepada PAAB
PUTRAJAYA: Kerajaan Pulau Pinang semalam memeterai perjanjian penstrukturan semula bekalan air dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan pemindahmilikan secara pajakan aset air kerajaan negeri itu bernilai RM655.2 juta kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).
Perjanjian itu menjadikan Pulau Pinang negeri kelima selepas Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis berbuat demikian dan negeri pertama di bawah pentadbiran pembangkang memeterai perjanjian berkenaan dengan PAAB, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap penyertaan Pulau Pinang dalam perjanjian itu akan menjadi pemangkin kepada negeri lain untuk turut serta.

Beliau berkata, PAAB memperuntukkan bajet bagi menjalankan kerja pembangunan atau perbelanjaan modal (capex) lebih RM1 bilion sepanjang 2010 sehingga April 2011 bagi negeri yang terlebih dulu menandatangani perjanjian itu.

“Perkembangan positif dalam penstrukturan semula kali ini menunjukkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih semua aspek perkhidmatan bekalan air negeri seperti keperluan permintaan air, operasi, kewangan dan lain-lain bagi mewujudkan industri air yang berdaya maju, holistik dan cekap,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini, semalam.

Najib juga menganggap kejayaan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang itu sebagai kejayaan kepada rakyat Pulau Pinang.
Majlis menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Pulau Pinang, PAAB dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu disaksikan Najib; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Penstrukturan semula itu membabitkan pemindah milikan secara pajakan aset air kerajaan Pulau Pinang bernilai RM655.2 juta kepada PAAB milik Kementerian Kewangan, manakala PAAB pula akan mengambil alih liabiliti air kerajaan Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan bekalan air pada nilai sama.

PAAB akan menyewa pajak aset air kepada PBAPP pada kadar sewaan tahunan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, tarif air di negeri berkenaan akan ditentukan sendiri oleh kerajaan Pulau Pinang.

"Sememangnya kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi kerajaan. Saya berharap negeri lain di Semenanjung akan segera turut serta dalam pelaksanaan inisiatif penstrukturan semua industri perkhidmatan air oleh Kerajaan Persekutuan supaya dapat meraih faedah yang saya bagi negeri masing-masing.