Monday, February 17, 2014

KM MELAKA NAFI FITNAH PEMBELIAN NO FLAT KHAS GUNA DAN AWAM




Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) menafikan dakwaan pemerhati jenayah Mywatch yang mempersoalkan kemungkinan beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam. 

Idris sebaliknya berkata, beliau masih "siuman" untuk tidak menggunakan dana awam bagi membuat pembelian tersebut. 

"Mana boleh dana awam, gilakah dia? Saya masih siuman," kata Idris kepada The Malaysia Insider. 

MyWatch sebelum itu mendakwa pejabat Ketua Menteri Melaka menggunakan RM200,000 bagi tujuan membeli tujuh nombor pendaftaran kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister). 

Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11. 

Antara nombor plat lain yang dibida adalah termasuk MCM 2 hingga MCM 11. 

Ketika diminta mengulas perkara itu, Idris tidak mengiyakan mahupun menafikan pembelian berkenaan. 

"Seperti terpamer oleh JPJ," katanya merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Malah, ketika ditanya dakwaan MyWatch sama ada setiausaha sulit, setiausaha politik dan isterinya turut membuat bidaan nombor plat kenderaan, Idris hanya berkata:”Seperti terpamer bukan dakwaan." 

Sanjeevan mendakwa, nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. 

Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. 

Nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris

BK : SIKIT PUN TAK BOLEH PERCAYA PROVOKASI MY WATCH PRO PR 

ANWAR BELUM BERI KATA PUTUS BOLEH MENJADI "MB ' ATAU TIDAK


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak memberikan jawapan langsung berhubung persoalan sama ada beliau mahu menjadi menteri Besar Selangor jika memang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dalam lawatannya di sebuah gereja di Kajang hari ini, seorang pengundi membangkitkan bahawa beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.

Anwar kemudian menjawab: “Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:

"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.”

Sebelum itu, Anwar menyampai ucapan di dewan Holy Family Church yang dianjurkan bersama oleh gereja itu dan Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives

BK : APAPUN ANWAR SEDANG MERAK BUIH NAK JADI MB DAN NAK CALONKAN DIRI SEBAGAI TOKOH POPULAR ISLAM LIBERAL. 

ANWAR INGIN MENYAKINKAN PELOBI BARAT BAHAWA DIA TELAH MEMBUKTIKAN DIRINYA SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM LIBERAL SEPERTI APA YANG BERLAKU DI INDONESIA