Saturday, March 3, 2012

PASCA E 13 : KEDAH DAPAT MB BARU.UST AZIZAN DALAM KENANGAN

"Kasihan ust azizan " ...itulah  bait kata yang boleh BK lakarkan pada ketika ini. Sebelum ini BK ada menjelaskan bahawa agen anwarinas sedang membuang satu persatu pro ulamak dalam pas. bermula dengan hassan ali, kemudian dalam masa sehari dua ini ust azizan dan terakhir ialah salleh man. Anwarinas berjaya dalam serangan tektikal ini dengan menggunakan orang dalam pas untuk membunuh karier politik golongan ulamak. antara yang dikenal pasti terlibat dalam permainan ini ialah mat sabu dan mahfuz.Pada tanggal 27 februari 2012  dr pahrolrasi dan seorang lagi rakan exconya telah membuat perjumpaan dengan mat sabu di hotel lagend kuala lumpur. sekarang nama hotel berkenaan ialah hotel sunway  putra kuala lumpur berhadapan dengan pwtc. pahrolrazi telah berjumpa dengan mat sabu di sini dan banyak agenda yang dibincangkan.antaranya ialah keputusan di ambil dengan menggunakan nama dan kuasa pas pusat untuk menentukan hala tuju pas kedah. idea campur tangan pas pusat adalah datangnya dari mat sabu.

kehadiran pimpinan pas pusat hari ini ke kedah adalah hasil daripada perbincangan mat sabu dengan pahrol razi.dikhabarkan juga jawatan mb hanya akan diberi kepada proksi pahrol razi . permainan ini menyamai cara di selangor. jawatan exco tidak diberi kepada pesuruhjaya dr rani tetapi diberikan kepada proksi dr gani.Ramai yang BK temui di alor setar semalam menyatakan jawatan exco yg menjadi isu sekarang adalah jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya jawatan politik jadi biarlah MB sendiri buat keputusan tentang kedudukan mereka dan Pas pusat dimintak jangan masuk campur


Tindakan AJK Pas Pusat dan Pesuruhjaya Pas negeri-negeri  datang berkampung ke Seri Mentaloon malam ini untuk selesaikan masalah exco  menggambarkan yang MB gagal  menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dan  akan memalukan dan menjatuhkan maruah Ustaz Azizan sebagai MB Kedah.
Apa pun keputusan malam ini menjangkakan Ustaz Azizan mungkin terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB kerana Pas pusat sudah lagi tak percaya kebolehan beliau untuk mentadbir kerajaan negeri sedangkan paksaan meletakkan jawatan ini adalah hasil dari desakan mat sabu dan mahfuz. 

anwar ibrahim selepas diselidiki secara mendalam rupa rupanya menentang ustaz azizan. beliau marah kerana ust azizan mempunyai hubungan baik dengan saf pimpinan umno. anwar kalau boleh mahukan semua pimpinan PR memutuskan hubungan dengan umno.sebelum ini anwar telah menghantar balaci suruhannya iaitu  aziz bari untuk menghentam ustaz azizan. tindakan aziz bari sebenarnya adalah atas suruhan anwar . dengan kata lain aziz bari dilihat sebagai seorang yang berani memperlekehkan  MB PAS.aziz bari terus menerus mencabar azizan meletakkan jawatan dan terus menerus mempertikaikan kredibiliti azizan. tangan ghaib ini dipimpin kuat oleh mat sabu demi mendapatkan bantuan kewangan dari anwar. anwar adalah pelabur terkuat dalam PR.

apapun angin kencang dan awan mendung di utara hari ini bakal menyaksikan satu perkara yang berada di luar dugaan.