![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgdjiajv8aFV539ZUj7iwUu95HUEoiPBYl5OeWzmc_bkaiTczOohyGT1RDXEbpvyp94ahCyFGmIMd3bplc7JInwa7tzBJbTqpPWS_Iqay5mPlAk943brrtXGoLaPGO_ECERqwcG8A1xZL5/s400/foto+(3).jpg)
Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri itu supaya
kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada
alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat
kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah
menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.
"Saya megesyorkan
supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak
adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di
mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA,"
katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di
kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
Katanya beliau mahu memastikan bahawa setiap syarat yang dikenakan
kepada mana-mana konsesi pembalakan dipatuhi oleh pihak-pihak terlibat.
"Sekiranya ada sebarang aduan yang berasaskan bukti menyatakan bahawa
syarat-syarat tersebut walaupun sedikit yang tidak dipatuhi, saya tidak akan
teragak-agak mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan segera. Saya nak
semak semula konsesi-konsesi ini. Kita bukan nak kacau rezeki orang. Saya nak
pastikan kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan.