Sunday, June 26, 2011

AMBIGA PENGERAK GERAKAN RIDDAH DI MALAYSIA

 Ambiga yang merupakan pengarah Perhimpunan Haram BERSIH merupakan orang yang paling kuat menentang perkara 121 ( 1A) dalam perlembagaan yang menyebut bahawa segala keputusan ang di putuskan oleh Mahkamah syariah tidak boleh di bawa ke mahkamah sivil. Ambiga juga adalah orang yang paling lantang memperjuangkan Lina Joy untuk murtad dan merupakan pejuang Suruhanjaya Antara Agama ( IFC).Umat Islam sekalian, ingin saya berpesan sesiapa yang mengikut kata Ambiga seorang pejuang mempertahankan murtad di Malaysia , maka terlubturlah akidahnya kerana ia berjuang bersama dengan kumpulan Ar Riddah. Kumpulan ini wajib diperangi di zaman khalifah Abu Bakar.

 ibu kepada Lina Joy
Dewan Pemuda PAS pernah dengan lantang berjuang dalam kes murtad Lina Joy ini Ketika itu mereka menentang Ambiga habis-habisan. Namun sekarang, mereka pula bersatu dengan pejuang yang mahukan ramai umat Islam Murtad. Apakah PAS telah bersedia untuk bersama kumpulan Ar Riddah?Sehingga kini perjuangan Ambiga dalam IFC tidak luntur.Sekarng beliau menjadi pengarah Perhimpunan Haram Bersih bersama-sama dengan PAS, PKR dan DAP.


Muslimin dan muslimat, sedarlah kita bahawa bersama-sama dengan gerakan Ar Riddah di Malaysia, bererti kita telah redho bersama mereka. Janganlah kerana terlalu mengikut semangat kebangkitan kuasa politik PAS, lalu Islam digadaikan. Sedarlah kita bahawa Islam adalah utama dari segalanya. Apakah mereka yang bersama PAS dan PKR telah mula bosan mempertahankan Allah tuhan Rabbul Jalil?Semoga Allah bukakan hati mereka yang berniat untuk pergi berhimpun dalam perhimpunan haram Bersih agar membenci perhimpunan haram tersebut dan berdakwah agar semua rakyat jangan menyokong perhimpunan Gerakan Pro Murtad ini.Menyokong Ambiga bererti menyokong MURTAD. AMBIGA= PEJUANG MEMURTADKAN UMAT ISLAM MALAYSIA.