Friday, January 9, 2015

RM 800 JUTA UNTUK BANJIR. KEMANA DIBELANJAKAN?


Kami ingin mengetahui bagaimana anggaran sebanyak RM800 juta dibuat

KUALA LUMPUR:
 Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) bercadang untuk memanggil Kementerian Kewangan bagi memberi penjelasan mengenai peruntukan RM800 juta kepada mangsa banjir seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini.


Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya ingin mengetahui bagaimana anggaran sebanyak RM800 juta itu dibuat.

"Kami (PAC) bercadang untuk memanggil pihak Kementerian Kewangan selepas segala urusan membantu mangsa banjir di Pantai Timur selesai.

"Kami ingin mengetahui bagaimana anggaran sebanyak RM800 juta dibuat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Selain Kementerian Kewangan, PAC juga kata Nur Jazlan, bercadang untuk memanggil Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan maklumat mengenai bantuan terhadap mangsa banjir.

Katanya, PAC melihat persiapan yang dibuat MKN untuk menghadapi banjir kali ini agak tidak teratur sedangkan mereka mempunyai peruntukan yang disediakan kerajaan.

"PAC berhasrat untuk membantu MKN bagi memastikan usaha mereka berjalan lancar di masa hadapan. Kami tidak mahu kerajaan dilihat tidak cekap," katanya lagi.

Semalam, Ahmad dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa.-astroawani 

MAT SABU PRESIDEN PAS?


DIA BUKAN ULAMAK DAN DIA JUGA BUKAN BERKELULUSAN AGAMA 

ULASAN :"ANNAABDULLAH 

Tajuk rencana penulis kali ini adalah jawapan terhadap  satu analisis barisan kepimpinan pas selepas  selesai kemelut pelantikan menteri besar Selangor.


Penganalisis berkenaan memutuskan parti Pas akan jadi pas baru . Umno juga mengalami kes yang sama juga parti umno jadi parti umno baru.

 Pas baru meletakkan Muhammad Sabu presiden, Husam Musa timbalan presiden dan naib naib presidennya ialah  Dr Hatta Ramli, Mahfuz Omar dan Hanipa Maidin.

Inilah nama nama yang akan mengendalikan PAS baru dan masing masing boleh menilai apakah mereka ini mampu mengendalikan PAS baru.
Kedudukan Muhammad Sabu hari ini cuma satu tangga atau dengan kata lain hanya satu langkah sahaja lagi yang beliau akan jadi presiden atas sebab ditakdirkan presiden meninggal dunia.

Pada hemat penulis, disamping 70 peratus perwakilan yang dipilih kawasan kawasan seluruh Negara ke Muktamar agung tahunan memihak,memilih dan bersetuju dengan barisan nama nama tersebut diatas.

Dan tidak mustahil jika bertandingan pada muktamar agung tahunan  yang akan diadakan tahun depan mereka ini boleh menang mudah, hatta Muhamad Sabu jika mencabar Haji Abdul Hadi Awang nanti.

Lebih lebih lagi 26 ahli jawatankuasa PAS Pusat di belakang Muhammad Sabu, manakala hanya 12 orang ahli jawatankuasa pas pusat yang ada dibelakang Haji Abdul Hadi Awang.

Sejarah telah membukti kan, Muhammad Sabu dapat mengalah calon kepimpinan ulamak ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tidak mustahil beliau mengalah Haji Abdul Hadi Awang. 

Bagaimana pun pihak yang akan mempertahankan PAS lama dibawah kepimpinan ulamak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden, Timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man, naib naib presiden,Ustaz  Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Nik Abdullah dan Nasrudin Tantawi.

Dan inilah nama nama yang dikatakan akan mempertahankan kepimpinan ulamak yang jadi moto parti Islam yang sejak akhir akhirnya menjadi sedikit kabur setelah bekerjasama dengan pakatan rakyat.Apa pun itulah hakikatnya.
Kita sedia maklum bahawa pakatan rakyat  yang diketuai parti keadilan itu merupakan badan gabungan yang dasar politiknya berdasarkan fahaman pemikiran politik pelbagai.Hudud bukan dasar pakatan rakyat.
Hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukan dasar pakatan rakyat. Apatah lagi DAP yang jelas dan nyatakan merupakan sebuah parti China yang mati matian menentang pelaksanaan hukum Allah, baik di Kelantan mahu pun Malaysia.

Penulis tidak nafi bahawa pengaruh Haji Abdul Hadi Awang masih ada tetapi kecil berbanding  pengaruh Mohammad Sabu lebih besar , terutama sekali dikalangan para perwakilan yang ada hak mengundi dalam muktamar agung tahunan.

Sesetengah mengatakan Haji Abdul Hadi Awang ada harapan boleh kekal sebagai presiden selepas muktamar agung tahunan yang diadakan pada tahun ini.

Penulis pernah nyatakan bahawa Muhammad Sabu boleh menang dalam pertandingan satu lawan satu dalam muktamar agung tahunan nanti atas sebab 70 peratus mentaliti mereka menuju kearah memprofesionalkan PAS .

Kenapa penulis berani berkata demikian? Kerana Muhammad Sabu anak didik Allahyarham ustaz Fadzil Noor  mendapat sokongan padu para perwakilan.
Bayangkan siapakah sebenar para perwakilan yang dihantar oleh kawasan kawasan seluruh Negara dan akan mengundi dua calon presiden yang bertanding nanti.

Kalau di Terengganu sendiri adanya kawasan yang tidak sokong Haji Abdul Hadi Awang. Apatah lagi lain lain negeri yang nampak gayanya bahawa 70 peratus sokongan terhadap puak Muhammad Sabu akan jadi reality dalam muktamar agung tahunan kali ke 57  itu nanti.