Thursday, December 13, 2012

PASCA E 13 : WUDHUK NIK AZIZ TERBATAL? KANTOI LAGI WALAUPUN SIKIT


HANYA DENGAN SEKEPING GAMBAR

PASCA E 13 : HIT !!! TOK NON TUMBANG. 10 000 !!! HADIR CERAMAH PAKATAN 18/12/12 DI HADAPAN PEJABAT PKR NIBONG TEBAL

 
TU DIAAAA 10 RIBU ORANG MEMBANJIRI HADAPAN PEJABAT PKR NIBONG TEBAL BERSEBELAHAN D BELLA JAWI
 
 
 
PENUH ORANG NIBONG TEBAI WEHHHH.... HABISLAH TOK NON
 
 
TARIKH : 18/12/12
MASA : 9.30 MALAM HINGGA 11.45 MALAM
LOKASI : HADAPAN PEJABAT PKR NIBONG TEBAL SEBELAHAN D BELLA JAWI
ANJURAN : PKR
PENCERAMAH : CHE GU BAD , SIVAKUMAR  BEKAS SPEAKER PERAK, WAKIL PAS
 
ULASAN : SEMUA CITA DAN LAGU SAMA SHJ YANG CHEGU  BAD DENDANGKAN
SIVAKUMAR DOK MERAPU PASAL KES PERAK. HANG TU DAH KENA BOHONG DENGAN AHLI DAP SENDIRI. TAK PEMALU
UNIT AMAL PAS LANGSUNG TAK MEMBANTU
RIZAL HAMID MEMBER BK NAMPAK TENGOK DARI JAUH . KEMUDIAN BALIK SEBAB BUKAN PROKSI DIA PUNYA ANJURAN
 
KEHADIRAN : 100 HINGGA 130 ORANG
PENGANJUR SASAR : MAU PENUH KAWASAN DAN SEPANJANG JALAN JAWI
 ( 5000 KE 10000 )
 

PASCA E 13 : DENGAN INDIA PUN PKR MEMBOHONG

 
 
 
PUTRAJAYA : An Indian national has alleged that someone claiming to be a PKR leader promised to help him get Malaysian citizenship provided he join today’s protest at the National Registration Department (NRD) here.

Vengadeshwaran Subramaniam, who hails from Tamil Nadu and now resides in Kampung Kayu Ara, Damansara, told FMT that three days ago he received a text message with the promise from a person identifying himself as PKR Bala.

He said he called the number from which the message was sent. “The phone was picked-up by an Indian man who introduced himself as PKR Bala. He told me he got my number through my friends.”

The SMS, which was forwarded to FMT, reads: “To all Indian National from India. Don’t miss this opportunity. U can get Malaysian citizenship. Malaysian government giving u a chance now. Please go and register at Jabatan Pendaftaran Negara (NRD), Putrajaya on 12-12-12 at 10am. Please pass a word to all our Indians friends.”

Subramaniam said several of his friends received the same message.
He said that in the phone conversation, he asked PKR Bala to explain his message. “He told me he will help me get a MyKad. In return I have to participate in the rally.”

Subramaniam said he took along several friends to Putrajaya today.
“I reached here early in the morning,” he said. “When I called PKR Bala, he said that he would not come to the protest. He also told me that Indian nationals would only get the MyKad if Pakatan takes over Putrajaya
 
ULASAN AKU : SAMPAI BILA LA PKR NAK PERBODOHKAN KAUM INDIA YANG DAH SEMAKIN CERDIK . KASIHAN AKU TENGOK NUAR DAN HINDRAF NI. BERLAKON NAK TAKLUK HATI KAUM INDIA TAPI MEMBOHONG.. KAUM INDIA LADANG DI PULAU PINANG NI PUN HANGPA BIAQKAN.

PASCA E 13 : BUKAN UMNO TAPI PAS DI PALESTIN. TAPI HAMAS TERIMA UMNO

 
MANA BENDERA PAS NI ?
 
Malaysia patut jadi contoh negara Islam sedunia, kata Hamas
11 Disember 2012

GAZA CITY - Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati.

Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.

Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.

Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai "saudara seagama rakyat Palestin" dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.

Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.

Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.

"Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan," katanya.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi kemanusiaan KP1M pula berkata pasukan itu telah menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira AS$150,000 (RM450,000) kepada Kementerian Kesihatan Hamas.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.

Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya hari ini. - Bernama

PASCA E 13 : UNISEX MENANG , ISLAM KALAH DI KELANTAN

 
Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan secara terbuka pendirian PAS mengenai isu pengasingan gender, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada exco Kelantan.

Karpal, yang merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Baharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Pemimpin-pemimpin PAS perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Karpal berkata kenyataan mengenai penguatkuasaan pengasingan gender oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan.

"Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuatkuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan PAS Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.

Karpal berkata kenyataan itu pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Islam bahawa cubaan sedang dibuat untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam yang akhirnya bermakna pengenalan hudud kepada bukan Islam.

"Rasional dalam melaksanakan undang-undang itu kepada bukan Islam ialah, seperti diakui Takiyuddin, sejajar dengan slogan membangun bersama Islam yang bermakna melibatkan pengenalan nilai-nilai Islam terhadap bukan Islam," katanya.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan segera mengenai isu itu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
 
KES SELESAI. UNISEX MENANG.
 
KOTA BHARU: PAS buktikan toleransi beragama di Kelantan. Semua penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula. Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang telah diguna pakai sejak tahun 1991 itu ditangguhkan serta merta hari ini selepas mesyuarat exco bersetuju untuk berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pemimpin organisasi yang dianggotai masyarakat bukan Islam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tengahari tadi. Katanya, kerajaan negeri sebelum inipun membuat dasar berhubung perkara itu pada tahun 1991 selepas diadakan perbindangan, perbincangan dan pandangan umum.


Peraturan dibuat ketika itu ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.


“Hasil perbincangan akhirnya penguatkuasaan syarat-syarat kedai gunting rambut misalnya dibuat setelah ianya dipersetujui.
“Bagaimanapun, pada tahun ini selepas 21 tahun ianya berjalan, isu yang melibatkan perkara yang sama timbul semula, maka cara yang kita buat sama juga, iaitu perundingan,”ujarnya.
HANYA DENGAN PAS HARAM BOLEH JADI HALAL.