Thursday, June 20, 2013

GADIS SYIRIA DIKAHWINI DENGAN USD40. BIAR BETUL NII?( TIADA KAITAN DENGAN PRU 14)



WAJAH GADIS SYIRIA MUSLIM. ELOKLAH KITA UMAT ISLAM BANTU. BANTU BETUL BETUL YA
BERITA PALSU

JAWAPAN :


Polis Bukit Aman menerima maklumat berhubung kegiatan menjual wanita Syria dijadikan isteri kepada rakyat Malaysia disebarkan menerusi Facebook. 

Katanya, pihaknya percaya kegiatan terbabit didalangi sindiket penipuan, tetapi akan menjalankan siasatan jika terdapat maklumat berkaitan pemerdagangan manusia menerusi laman sosial berkenaan. 

Wartawan berjaya menghubungi seorang lelaki dikenali ustaz Azizul yang dipercayai orang perantara bagi mendapatkan wanita Syria berkenaan. 

Lelaki itu kemudian menuntut deposit RM150 sebagai pendahuluan namun selepas beberapa soalan diajukan, beliau terus mematikan talian. 


Kegiatan menjual wanita Syria dengan harga serendah RM800 itu mula tersebar menerusi Facebook sejak kelmarin, dipercayai daripada pelajar Malaysia di Mesir

PRU 14 : APA SALAHNYA ZAHID MENDAKAP LGE DAN LKS?


kemesraan zahid dan lim guan eng telah lama bermula. mereka bermusuh dalam agenda politik di sebabkan idelogi parti yang di bawa. namun, kematangan politik dato zahid mencerminkan nilai keharmonian dalam beragama. zahid tidak selalu berpolitik seperti guan eng yang suka berpolemik


terbaru zahid dan guan eng sewaktu meninjau perkembangan terkini penebat yang jatuh dari menara pejabat umno ditempatkan


guan eng selaku ketua menteri memberi penerangan kepada menteri dalam negeri yg juga naib presiden umno

zahid juga nampak mesra dengan lim kit siang selaku orang tua. zahid memang menghormati orang tua

ULASAN BK

Pandangan Yusof al-Qaradhawi  jelas menunjukkan bahawa kesempurnaan dalam Islam perlu disulami dengan pengamalan yang konsisten. Kebangkitan kekuatan jiwa amat penting untuk membina sikap istiqomah dalam ibadah harian.
Dari situlah akan timbulnya keazaman untuk melakukan ibadah dengan lebih baik dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun semangat membara yang sementara akan hanya memusnahkan keseluruhan keazaman jika ianya tidak dilakukan secara berperingkat dan bersederhana.

Justeru, bersandarkan kepada pendapat yang dikutip daripada kitab Fiqh Kenegaraan itu, Kerajaan BN memilih untuk bersederhana tetapi konsisten dan istiqomah dalam siasah harian insani.

Kerajaan BN  juga menilai dengan penuh berhati-hati setiap catur politik pimpinan parti. Malah pemimpin yang peka akan memerhati dengan penuh minat gelagat beberapa penganut tegar parti politik dari jurusan dan peringkat yang berbeda.

apa yang dilakukan oleh dato zahid seperti gambar di atas  jelas mengiakan bahawa sesungguhnya bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan mengambil politik atau siasah sebagai landasan untuk bersahabat dan bermuzakarah sekalipun kekadang mereka berbeda pandangan sepertimana yang disebut oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya, Fiqh Kenegaraan.

Justeru, bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan menerima secara positif, insaf dan ikhlas penceritaan daripada gambar  Lim Guan Eng dan  Ahmad Zahid Hamidi di atas.


Saya ingin memetik kata kata Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah iaitu  Ibn Khaldun membahagikan siasah atau politik kepada dua perkara iaitu siasah akal dan siasah agama. Menurutnya, jika sesuatu peraturan itu digubal oleh ahli akal dan pembesar negara serta pakarnya maka itu adalah siasah akal.

Tetapi jika sesuatu peraturan atau undang undang itu mengikut apa yang diwajibkan oleh Allah SWT, diakui dan disyaratkan maka ia adalah siasah agama yang memberi manfaat kepada kehidupan dunia serta akhirat.

Perlu diingat, Islam tidak menyarankan politik bermusuhan sepertimana yang mungkin kamu anuti.