Thursday, October 11, 2012

PASCA E 13 : PERTEMBUNGAN PAS DAN PKR DI DUN SG ACEH


Isu berkaitan perebutan kawasan DUN sg aceh antara pas dan pkr telah mula dibincangkan sejak pkr kalah di tangan yb dato mamhmud pada tahun 2008. sebelum ini calon pas juga kalah dengan majoriti besar apabila berlawan dengan tuan hj mohd foad mat isa . Sekarang tuan hj mohd foad merupakan penyelaras bn di dun sg bakap.

selepas pkr kalah tipis dengn umno, maka pas inginkan kerusi dun sungai aceh semula. maka bermulalah episod lawan dalam selimut. pada dasarnya hubungan mereka nampak baik, tetapi dalam selimut Allah sahaja yang tahu. pertembungan dan perebutan kuasa ini tidak boleh dinafikan lagi. pada 6 oktober yang lalu, pas telah menganjurkan ceramah perdana di pasti sg aceh. ternyata dalam ceramah ini pas tidak menjemput seorang pun wakil pkr. ini bermakna pas telah melancarkan pengiystiharaan perang terhadap pkr. pas hanya menjemput sharil long pelaq dan nizar komunis sahaja.

pada 6 oktober yang lalu, nizar komunis telah membuat road show bertemu rakyat di sekitar dun sg aceh bermula dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh beliau di masjid simpang tiga. kemudian nizar membuat program ziarah di DM sg udang serta berjumpa dengan kaum cina di sana.

pertembungan antara ydp pas kawasan nibong tebal dengan yb makhtar selaku ketua cabang pkr nibong tebal tidak mampu di sorokkan lagi. pas secara terbuka meletakkan kain rentang seperti di atas agar pengundi mengundi calon pas. lalu pkr baru dua hari lepas ( 9/10/12) meletakkan kain rentang mereka untuk menyeru agar rakyat mengundi mereka juga di dun sg aceh.

paparan kain rentang ini adalah muktamad kepada pertembungan antara 2 parti politik dalam pakatan pembangkang. kehadiran anwar ibrahim pada hari ahad nanti di bandar tasek mutiara juga satu tamparan hebat kepada yb makhtar kerana di situ merupakan cawangan pkr yang dipimpin oleh dr pripal singh. dr pripal pula antara nama yang bakal menggantikan yb makhtar atau mungkin juga bakal calon pkr di dun machang bubok.

apapun yang berlaku, gerak saraf pas dan pkr amat kuat seolah olah pas terlalu yakin baawa sg aceh adalah kerusi milik mereka. pas nibong tebal mengharapkan bantuan mujahid yusof rawa dalam hal ini kerana mujahid adalah ahli parlimen parit buntar yang merupakan jiran sempadan dengan dun sg aceh.

apapaun nasihat BK cuma satu, calon umno. bn perlu istiqamah dan yakin bahawa inilah ruang dan peluang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada umno/bn.

psss.... nantikan pendedahan BK tentang pergolakan pakatan di nibong tebal