Sunday, March 4, 2012

PASCA E 13 : PKR TERENGGANU MAU SEPAK/TERAJANG JAUH JAUH PAS


PKR Terengganu mahu tanding 11 kerusi DUN, 3 Parlimen
Sinar harian -4 Mac 2012

KUALA TERENGGANU – PKR Terengganu berhasrat untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Hasrat tersebut sekali gus bakal memperlihatkan kesepakatan yang baik dalam politik pembangkang di Terengganu apabila PKR bakal mengambil alih beberapa kerusi Pas dalam jumlah agak besar berbanding beberapa pilihan raya sebelumnya.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, hasrat tersebut yang telah disepakati di peringkat negeri telah pun disuarakan ke peringkat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijangka ‘memurnikan’ keputusan muktamad sebelum 15 Mac ini.

“Kami merasakan bahawa keperluan untuk membawa hasrat ini lebih menggambarkan persediaan PR di Terengganu untuk bekerja keras ke arah kemenangan seterusnya insya-Allah menerajui atau mengambil alih pentadbiran Terengganu.

“Kita juga telah menyatakan hasrat untuk memberi kerjasama dan menjadi rakan kongsi yang terbaik,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat PKR Terengganu di Gong Kapas, di sini, hari ini.

KESIMPULAN :

TERNYATA PAS LEMAH RUPANYA WALAUPUN PAS KUAT DI TERENGGANU. SECARA HALUS, PAS TELAH MENJUAL PRINSIP PERJUANGAN DENGAN MEMPERTARUHKAN PKR MENGAMBIL TEMPAT ASALNYA. JELAS JUGA BAHAWA PAS SEBENARNYA TAKUT PADA ANWARINAS. TERANG TERANG PKR MAU SEPAK PAS. PAS HULUQ PUNGKUQ BAGI PKR SEPAK. KASIHAN PAS DAN AHLI PAS YANG BIUL SERTA TAK TAHU HUJUNG PANGKAL NASIB PARTINYA.

PASCA E 13 : DEWAN ULAMAK SAHKAN PAS KEDAH BERPECAH.JANGAN DOK DALIH LAGI


Kenyataan  Tuan Guru Awang Lanai dalam kes menjatuhkan ustaz azizan seperti berikut :
"Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saya ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yg sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan 'Bughah' (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam"

( kepada siapakah tuan guru tujukan penderhaka? bukankah ini khas buat mahfus dan pahrolrazi.bukankah segelintir mereka yang bersekongkol dengan anwarinas adaah golongan bughah?)hukum mereka yang bughah ialah di hukum bunuh oleh pemerintah. Mujur malaysia tak amal hudud, kalau tak mahfus, mat sabu dan pahrolrazi jatuh hukum bunuh la...)

"kenyataan beliau lagi" sikap yang bermotifkan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan yang ada sehingga menatijahkan tumpuan dan sokongan rakyat menghadapi PRU 13 amatlah dikesali.... "
( kenyataan ini memang sah ditujukan kepada kumpulan anwarinas dalam pas yang kemaruk nak tuju putrajaya. jadi jelaslah yang perlu dijatuhkan hukuman bughah ini ialah puak-puak anwarinas)

Sebagai makluman semua Tuan Guru Awang Lanai merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kedah yang tidak bersetuju dengan tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan parti PAS  walau apa pun alasannya, tindakan sedia ada kini sebenarnya tidak membantu menyelesaikan sebarang permasalahan,tetapi sebenarnya lebih kepada membinasakan
* TIADA JALAN PENYELESAIAN WALAUPUN MESYUARAT DAH BERLALU HAMPIR SEHARI