Monday, December 15, 2014

PATUT LA TAK MAU LETAK JAWATAN BAGI ANAK TEMPATAN



 Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang menerima elaun berjumlah RM13, 500 setahun sebagai Pengerusi PBA Holdings Berhad, PBAPP Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Ini tidak termasuk elaun RM500 untuk setiap kali Mesyuarat Lembaga Pengarah PDC, RM300 untuk setiap Mesyuarat Jawatankuasa PDC; RM300 setiap Mesyuarat Lembaga Pengarah PBAPP dan elaun mesyuarat Lembaga Pengarah PBAHB berjumlah RM300 setiap mesyuarat.

Beliau juga adalah Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera dan menikmati elaun mesyuarat sebanyak RM350 untuk satu mesyuarat.

PDC juga membayar elaun baju sejumlah RM500 setahun.Jumlah ini tidak termasuk elaun sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua Menteri.