Tuesday, November 6, 2012

PASCA E 13 :BAJET AES KERAJAAN PENANG , BAJET PUTAQ BELIT DAN BAJET BELI UNDI

 
sejumlah RM970,561,310 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus Tujuh Puluh Juta, Lima Ratus Enam Puluh Satu Ribu, Tiga Ratus Sepuluh) diperuntukkan bagi bajet Mengurus tahun 2013. Ini merupakan peningkatan sejumlah RM370,965,987 bersamaan 61.87 peratus berbanding bajet mengurus sebanyak RM599.60 juta bagi tahun 2012.
 
KALAU BK KATA INI BAJET GULA GULA , PUAK PAKATAN DAP KATA BN DENGKI. TAPI BILA BN BAGI BANYAK PADA RAKYAT, PAKATAN KATA PANCING UNDI. TAK KE NAMANYA GILER PUNYA KENYATAAN. DOK MAIN KONG KALI KONG. PENINGKATAN SEBANYAK RM RM370,965,987 KENAPA TIDAK DIBELANJAKAN PADA TAHUN 2009 HINGGA 2011. KENAPA PERLU DIKUMPUL MENJELANG SAAT PRU KE 13.
 
RM1,133,946,841 (Ringgit Malaysia: Satu Bilion, Satu Ratus Tiga Puluh Tiga Juta, Sembilan Ratus Empat Puluh Enam Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Satu) yang mencakupi peruntukan Mengurus dan peruntukan Pembangunan dicadangkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2013
 
KESELURUHAN PERBELANJAAN MELEBIHI ANGKA RM 1 BILLION TETAPI NIKMAT YANG RAKYAT DAPAT TIDAK ADIL DALAM KONTEKS KESEJAHTERAAN. BANJIR TETAP BERLAKU SEPERTI JUGA DI ZAMAN BN. PAKATAN TIDAK BANGUNKAN NEGERI, TETAPI JUAL NEGERI BAGI MEREKA YANG KAYA SAHAJA.
 
 
Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan pembangunan secara langsung berjumlah RM363.39 juta pada tahun 2013
 
JUMLAH INI MANA MENCUKUPI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK SEBUAH NEGERI YANG MAJU MACAM PULAU PINANG. APAKAH DENGAN JUMLAH PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SEBANYAK INI BOLEH SELESAIKAN MASALAH RAKYAT YANG DIBEBANKAN DENGAN SURCAJ, TEMPOH MASA PARKING YANG BERTAMBAH, HARGA RUMAH MAHAL DI KAWASAN PULAU DAN SELURUH PULAU PUNANG.APA GUNA PEMBANGUNAN KALAU HARGA RUMAH MELAMBUNG SEDANGKAN SAIZ RUMAH SEPERTI BIASA.
 
Komposisi hasil tahun 2013 terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM134.72 juta atau 19.01%, hasil bukan cukai RM158.0 juta atau 22.30 peratus dan terimaan bukan hasil sebanyak RM415.80 juta atau 58.69 peratus.
 
Bajet 2013 mengalami defisit sebanyak RM262.04 juta. Defisit sebanyak RM262.04 juta ini adalah RM48.33 juta lebih besar daripada anggaran defisit tahun 2012 iaitu RM213.71 juta. Anggaran defisit atau kekurangan RM262.04 juta yang dijangka dalam Bajet 2013 dapat dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM710.81 juta
 
BILA BN DEFISIT DEPA BISING. BILA BAJET DEPA DEFISIT DEPA DIAM. PERINGKAT NEGERI YG KECIL PUN BOLEH DEFISIT . KATA PANDAI MENTADBIR. KUTUK BN DULU BUAT DEFISIT. ALIH ALIH DEPA PUN DEFISITI
 
Kerajaan Negeri PR akan membina jambatan Kampung Tanjung Berembang di KADUN Sungai Acheh sebanyak RM50 juta sekiranya memperolehi keyakinan rakyat yang tidak berbelah-bagi dalam kawasan itu. Sekarang kami memohon peruntukan ini daripada Kerajaan Persekutuan dan harap ia akan disokong oleh Adun-Adun pembangkang.
 
DALAM BUKU PENYATA SIDANG DUN TIADA KUPASAN BERKAITAN PEMBINAAN JAMBATAN INI. TIADA PERINCIAN YANG DIBUAT. DAN YANG PALING PELIK MENGAPA PERLU MINTA DUIT DARI BN. KALAU MINTA DARI BN. BAIK BN BUAT. KEMUDIAN APAKAH PEMBINAAN JAMBATAN NI SALAH SATU CARA NAK HALAU PENDUDUK DI KAWASAN TELUK IPIL DAN SEPANJANG KAMPUNG MENUJU KE PEKAN NIBONG TEBAL. KESESAKAN JALAN BERTAMBAH.
 
projek subterranean Penang International Convention and Exhibition (sPICE) di PISA bernilai RM300 juta yang dijangka siap pada 2015
 
PROJEK MEGA YANG MEMBAZIR.
 
Pembinaan Escape Theme Park di Teluk Bahang sebanyak RM200 juta
 
APAKAH ADA PENGLIBATAN PEMIMPIN PKR DI DALAM NYA YANG BERKUASA DALAM SIDANG DUN ?
 
Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) telah menerima 10 pelaburan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa dengan nilai pelaburan bernilai RM484 juta
 
DARI DULU DUK CANANG PERKARA YANG SAMA
 
 
Request for Proposal (RFP) bagi projek infrastruktur jalan raya dan terowong bawah laut sebagai “bypass” dan “ring road” yang dianggarkan melibatkan kos antara RM5 bilion hingga RM8 bilion.Pelaksanaan projek-projek mega ini mampu menyelesaikan kesesakan lalulintas di Bandar George Town dan dalam masa yang sama memacu pembangunan ekonomi negeri.
 
BN BINA MONORAIL TAK SAMPAH RM 2 BILLION. DEPA MAU HABISKAN WANG RAKYAT RM 8 BILLION DAN LANGKAH INI MENAMBAHKAN KESESAKAN DAN BUKAN KURANGKAN KESESAKAN.KALAU TAK KALAH TAHUN 2008 , BN DAH LAMA BINA MONORAIL. DEPA JANJI DALAM MANIFESTO. SAMPAI LA NI TAK SELESAIKAN LAGI KESESAKAN
 
tahun 2013, sebanyak RM41.60 juta diperuntukkan kepada JKR untuk menaiktaraf dan membaharumuka jalan-jalan kerajaan negeri, dan menambahbaik kemudahan-kemudahan infrastuktur lain di negeri.
 
WANG KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG DISALURKAN KE PEMBANGUNAN NEGERI
 
Projek Menaiktaraf Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM250 juta boleh siap pada 24 November 2012 ( PROJEK BN ... JANGAN DOK CLAIM )
 
Rapid Penang telah dijanjikan tambahan 200 buah bas yang memberi perkhidmatan di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Malangnya tambahan 200 buah bas yang diumumkan ini masih belum tiba. Ia difahamkan akan tiba secara berperingkat sehingga tahun 2015 di mana 80 buah bas dijangka akan tiba di Pulau Pinang mulai Disember 2012.
 
Kajian Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan masih dibincangkan dengan pakar perunding pada bulan Oktober.( KERAJAAN DAP KELUARKAN RM 2 JUTA UNTUK BUAT KAJIAN JER. HABUK PUN TARAK)
 
Panjang laluan berbasikal  yang telah disediakan ialah 81 kilometer ( LALUAN BASIKAL . INI AKU SETUJU. TAMBAH SYARAT LAGI MASUK JE PENANG JANGAN GUNA KERETA. KERETA PARK DI SEBERANG PERAI)
 
Projek Pembesaran Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dengan kos sebanyak RM1.2 bilion adalah kini dalam pelaksanaan. Sehingga 26 Ogos 2012, kemajuan pelaksanaan projek adalah 9.06 peratus dan dijangka siap pada 31 Julai 2016.( WANG BN...JGN NAK DOK PANDAI CLAIM )
 
Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang. Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 ( KENAPA TAK AMBIL AIR KEDAH ?)
 
Bagi memastikan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK Negeri meningkat, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM7.18 juta bagi tahun 2013.( MANA CUKUP. KENAPA SIKIT ? OOOOO SEBAB PETANI RAMAI MELAYU KAN?OPPSSS NANTI KATA RASIS. BAGILAH PERTANIAN RM 30 JUTA. BARU BETUI)
 
Penang Learning Centre dan Penang Badminton Academy bernilai RM4 juta akan dibangunkan di Kampung Buah Pala hasil sumbangan Yayasan ECM Libra ( YANG NI LAGI BK PELIK. DULU PAKATAN SERANG ECM LIBRA DAN DIKAITKAN DENGAN KAHIRY JAMALUDIN. KENAPA BOLEH TERIMA PLAK SUMBANGAN INI? )
 
memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk Sekolah-sekolah Bantuan Modal termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Mubaligh. ( TAK CUKUP. PERLU TAMBAH RM 100 JUTA UNTUK SEMUA KATEGORI. BUKTI GUAN ENG TAK UTAMAKAN PENDIDIKAN. HANYA TAHU SALAHKAN BN. SMK JIT SIN CAW SPS PUN BAGI DALAM RM 100000. MCA DAH BAGI RM 10 JUTAKAN?)
 
Melalui program Hari Tanpa Beg Plastik Percuma, sebanyak 33 juta beg plastik telah dapat dijimatkan oleh pengusaha pasaraya ( KEMANA PERGI PLASTIK INI? DI BAKAR ATAU DIMUSNAHKAN DENGAN CARA BAGAIMANA. TETAP JUGA MENCEMARKAN)
 
PENGURUSAN SAMPAH
 
Perlu diingatkan bahawa kos tawaran tender terbuka yang dianggarkan sebanyak RM294 juta untuk tempoh 20 tahun adalah jauh lebih rendah daripada kos pembayaran di bawah sistem pemerintahan BN bersifat kroni. Sekiranya kadar BN digunakan maka kos akan melambung ke RM536 juta iaitu RM242 juta lebih tinggi daripada kos tender terbuka sebanyak RM294 juta.( MEMANG LA RENDAH. KONTRAKTOR ASAL KENA BELI SEMUA PERALATAN DAN BARU MAJUKAN PULAU BURUNG. KONTRAKTOR KEDUA INI DAH TENTU MASUK DALAM KEADAAN SELESA . IBARAT BINA RUMAH BARU DENGAN BAIKI RUMAH SECOND HAND. KAN JAUH BEZANYA. TAPI GUAN ENG PANDAI PUTAQ BELIT)
 
Kejayaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan
 
Menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan
 
Kerajaan Negeri akan menaikkan pendapatan minima bulanan bagi setiap isi rumah di Pulau Pinang daripada RM600 sekarang kepada RM770, iaitu pada kadar yang melebihi garis kemiskinan.Ini bermaksud bahawa sekiranya terdapat mana-mana isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan, maka Kerajaan Negeri akan menambah nilai atau “top-up” bakinya untuk mencukupi RM770. Program ini dijangka akan membabitkan sebanyak RM20 juta setahun( YANG INI AKU SERU SEMUA PETANI , SEMUA TUKANG RUMAH, PEKEBUN SAYUR, YANG KERJA SENDIRI PI AMBIL BERAMAI RAMAI HAK TOP UP INI. )KALAU GAJI HANGPA RM 400 TANAM SAYUR SEBULAN, MINTA PADA DAP STATE LAGI RM 360 SEBULAN. SETIAP BULAN PI AMBIL HAK HANGPA)
 
Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran Sifar dan pada suatu hari nanti Hutang Sifar.
 
Memartabatkan Agama Islam
 
Selaras dengan hasrat untuk menjadikan masjid sebagai sebuah institusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, peruntukan sebanyak RM13.84 juta telah disediakan untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).( BERTINDAN DENGAN JUMLAH PERUNTUKAN BAGI SEKOLAH TADI. KAN GUAN ENG PANDAI PUTAQ)
 
Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Pembinaan masjid yang mengambilkira prasarana seumpama ini telahpun dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut.( SEMUA MASJID INI DI BINA SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN. SURAU PUN GUAN ENG BARU NAK BINA DALAM BAJET 2013. GUAN ENG CUMA BAGI PERUNTUKAN BAIK PULIH MASJID SAHAJA DAN BUKAN BINA MASJID. INI AYAT KASI TUKAR)
 
Keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta.
 
sebanyak RM500 juta untuk tempoh lima (5) tahun bagi merealisasikan Skim Perumahan Mampu Milik tersebut. Di bawah Fasa 1, PDC memperuntukkan kawasan seluas 200 ekar di Batu Kawan yang melibatkan pembinaan 11,800 unit apartmen.
 
 Kerajaan Negeri telah melantik HDB Singapura, iaitu pembina rumah mampu milik yang terbaik, bagi memastikan rumah mampu milik di Batu Kawan adalah yang paling berkualiti di Malaysia. Di bawah Fasa 2, Kerajaan Negeri, MPPP dan MPSP memperuntukkan tanah MPPP dan tanah MPSP seluas 49 ekar di 4 daerah, iaitu 29 ekar di Seberang Perai Utara, 3 ekar di Seberang Perai Tengah, 11 ekar di Daerah Timur Laut dan 6 ekar di Daerah Barat Daya. Keempat-empat tapak ini akan melibatkan pembinaan 6,000 unit rumah mampu milik.( BARU NAK BINA. BERCAKAP DARI BAJET 2012 SELEPAS BN BALUN. TAK BINA LAGI RUPANYA)
 
 
Susulan daripada bonus raya Kerajaan Negeri ingin mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan minima RM700 pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013 nanti. Guru-guru dan penyelia KAFA akan menerima RM400 kali ini iaitu RM700 untuk tahun ini berbanding RM600 tahun lalu. Sejumlah RM7.466 juta akan dibelanjakan bagi maksud pemberian bonus ini. Pemberian bonus ini turut dipanjangkan kepada kedua-dua PBT dan Badan-badan Berkanun Negeri.
( GUAN ENG SEPATUTNYA BAGI BONUS KEPADA PENJWAT AWAM NEGERI 3 BULAN GAJI SBB GUAN ENG SELALU CAKAP DAP SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN PRIHATIN. NEGERI UNTUNG BANYAK. SIMPANAN BANYAK. BAGILAH INSENTIF PADA PENJAWAT AWAM NEGERI )
 
SAYANGNYA PENJAWAT AWAM NEGERI YANG DAH BERPENCEN DINAFIKAN HAK MEREKA. GUAN ENG TAK PERLU ORANG PENCEN