Monday, October 28, 2013

PRK SG LIMAU : TANDA NAK KALAH.MAHFUZ FITNAH UMNO LAGI.





Naib Presiden PAS merangkap Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN dikatakan akan membuat tawaran habuan berupa wang tunai kepada pengundi yang telah mengundi BN.

"BN menawarkan kepada pengundi untuk menunjukkan gambar kertas undi yang telah dipangkah BN sebagai bukti bagi mendapatkan habuan.

"Tindakan ini bukan sahaja melanggar hak asasi pengundi untuk memilih atas kebebasan malah secara terang melanggar prinsip-prinsip asas demokrasi," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Markas Induk PAS di Batu 17, Sungai Limau, hari ini.

Mahfuz menjelaskan, beliau memandang serius terhadap perkara ini yang telah dimaklumkan kepada pihaknya dan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"PAS memandang serius terhadap strategi terdesak BN pada PRK Sg Limau ini, yang telah dimaklumkan kepada kami (PAS).

"SPR sebagai badan pengurus pilihanraya dan PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang hendaklah segera bertindak atas budaya politik kotor ini.

"PAS bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses pilihanraya berjalan dengan adil dan saksama," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya wartawan adakah PAS mempunyai bukti mengenai salah laku tersebut, beliau menjawab strategi itu sebenarnya telah digunakan semasa PRK yang terdahulu.

"Ini merupakan maklumat daripada pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui pada pilihanraya sebelum ini dan kita tunggu pada hari mengundi untuk mengetahui kesahihan maklumat tersebut," katanya-
rakyatnews.my 



BK : HANYA PEROMPAK SAHAJA YANG TAHU CARA MEROMPAK. BEGITU JUGALAH DENGAN HAL PAS INI . HANYA MAHFUZ YANG TAHU CARA NAK SOGOK WANG PADA PENGUNDI. MACAM DAH BIASA BUAT JER.

PRK SG LIMAU : PAKATAN HARUS MALU APABILA ANUAR SENDIRI SETUJU GST

PRK SG LIMAU : PAS MENGGUNAKAN TEKTIKAL PEMBOHONG SEPERTI ABDULLAH UBAI .PAS KANTOI SELAMANYA


SIRI PEMBOHONGAN  1: MENGAITKAN AYAH DATO JAMIL KHIR KONONNYA MENYOKONG CALON PAS DAN MENDOAKAN AGAR BELIAU MENANG. LALU MEREKA TELAH MENGELUARKAN GAMBAR INI DAN DIMASUKKAN DALAM HARAKAH


SIRI PEMBOHONGAN 2 : PAS KANTOI MENGGUNAKAN KERATAN AKHBAR SINAR 

AKHBAR SINAR BERTARIKH 28 OKTOBER 2013 MEMBUKTIKAN PAS SELAMANYA BERBOHONG DAN UNTUK PRK SG LIMAU INI PAS DAH TERKANTOI 2 KALI. APA PUNYA SENGAL LA PUAK PAS NI MENGGUNAKAN NAMA ISLAM TAPI MEMALUKAN UMMAT .PERINGATAN ALLAH KEPADA SEMUA UMAT :

Firman ALLAH didalam Al-Qur’an
”Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. al-Hujurat: 6)

PAS MEMBAWA BERITA BOHONG MELALUI PENGEDARAN RISALAH KEMPEN. ADUHAI PAS