Monday, May 19, 2014

PRK51 : BN BOH NAU KATA BOON POH ( KESAT BAHASANYA)


-Beliau mengimbas kembali semasa beliau menjadi pembangkang di DUN Pulau Pinang kerana beliau kena berdepan dengan 38 orang wakil rakyat BN.

-Beliau memberi semangatnya yang 'tough'dan tidak pernah lari kerana demi perjuangan rakyat untuk mempertahankan perlembagaan dan demokrasi negara.Contohnya MPSP dari bankrap tetapi selepas pimpinan PR, sekarang MPSP sudah mencatat keuntungan. Ini menunjukkan perbezaan pimpinan PR dengan BN.

-Beliau memberi penjelasan tentang karpalism dalam kamus terkini kerana ia adalah satu ideologi yang perjuangan dan semangat. 

-Beliau mengkritik BN adalah" Boh Nau " ( tidak berakal). Beliau memberi contoh isu simple majority. Beliau berkongsi satu cerita ciptaannya.

-Beliau mengkritik PM dan TPM tidak bijak selepas mengkongsikan cerita ciptaannya. 

-Beliau mengkritik banyak dasar-dasar kerajaan meniru kerajaan PR dan meniru dengan tidak betul. 

-Beliau menggesa penduduk untuk memberi 51 ribu undi majoriti untuk menafikan dasar-dasar kerajaan dalam melaksanakan GST. Tujuan memberi undi ini kepada Ramkarpal Singh adalah untuk menyelamatkan masa depan Malaysia dan generasi akan datang.

BK : BOH NAU NI SESUAI PADA DAP SEBAB BIKIN KERJA SEMUA TAK MASUK AKAI. JAMBATAN KEDUA BIKIN SESAK. TEROWONG TALAK BIKIN SESAK. AIYAAA. APA CELITA INI 

PRK51 : RM27BILLION UNTUK SELESAIKAN KESESAKAN LALULINTAS -CHOW KON YEOW




 Isu kesesakan lalulintas adalah isu yang prihatin oleh rakyat. Beliau mengatakan kerajaan negeri telah menjalankan kajian dan mengeluarkan satu masterplan khas untuk sistem pengangkutan jalan di Pulau Pinang. 

Kos yang diperlukan untuk seluruh projek adalah RM27 billion merangkumi keluasan jalan, LRT dan lain lain. Tender akan dipanggil dalam masa 2 bulan. 

Dalam isu rumah kos sederhana rendah, beliau mengatakan kerajaan memberi fokus beberapa projek terbelengkalai seperti projek  di All Season, Projek Majestic Height. Projek rumah mampu milik, kerajaan akan membina 1million buah rumah di Pulau Pinang. 

PRK 51 : KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA AMAT TERUK -DR ARIFFIN




Lokasi : Padang Jalan Gangsa

Penceramah: Dr Ariffin Omar


-Beliau menyebut kerajaan kini mempunyai krisis yang amat serius.

-Mutu dan kualiti kehidupan adalah elok pada 20 tahun dahulu. Beliau memberi contoh Ringgit Malaysia dulu bernilai 1 dengan 1 Dolar Singapura tetapi sekarang sudah jauh berbeza. Beliau mengkritik RM 1.00 satu ayam tetapi beliau bersetuju kangkung adalah murah.

-Beliau mengungkit isu pendidikan. Beliau megungkit isu adakah anda mahu menghantar anak ke sekolah kebangsaan??

-Beliau mengkritik perkhidmatan sektor awam semakin teruk. Beliau mengkritik kualiti pendidikan teruk dan akan hancur masa depan. Beliau juga memberi contoh sendiri dimana beliau diberi pendidikan di St Xavier.

-Beliau mengkritik pimpinan Tun Mahathirlah yang menjatuhkan standard dan kualiti pendidikan di Malaysia. Beliau memberi contoh isu pendidikan dalam doktor. 

-Beliau mengkritik sistem pengangkutan juga teruk berbanding dulu 

-Isu GST akan mengakibatkan harga naik dan membebankan rakyat yang miskin. Contohnya petrol dan elektrik naik.

-Isu ISMA, PERKIDA dan PERKASA dibangkitkan dimana beliau tanya kenapa NGO ini dibenarkan tubuh di Malaysia dan juga merosakkan keharmonian kaum.

-Politik yang berdasarkan kaum sudah tidak relevan dan hanya parti yang berbilang kaum sahaja relevan pada masa sekarang.

-Negara kita adalah negara sekular semasa penubuhan Malaysia. Beliau yakin Hudud tidak sesuai pada negara ini.



BK : NILAIKAN SEORANG BERTARAF DR BERHUJAH DALAM CERAMAH.

PRK51 : NO HUDUD SAY P RAMASAMY



Lokasi ceramah : Padang Jalan Gangsa
Penceramah: P. Ramasamy




-DAP dalam isu Hudud sangat jelas dimana DAP tidak sokong Hudud.

-Hak semua kaum adalah sama di bawah undang-undang dan menyuruh UMNO jangan main politik berpecah-belah.

-Beliau mengungkitkan isu beliau kena pecat sebagai profesor USM disebabkan beliau adalah seorang bangsa India dan tidak diberi naik pangkat. Oleh sebab beliau hilang kerja, beliau masuk DAP.

-UMNO racis. Beliau mengatakan UMNO cuba menyuruh PAS untuk membentangkan Hudud di Parlimen.

-Politik adalah serius dimana semua mesti ada penglibatan. 

-Beliau mengatakan banyak kuil Hindu dan Tokong Cina dicerobohi oleh kerajaan BN dan ini berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

BK : SECARA BERULANG KALI PIMPINAN DAP JELAS MENOLAK HUDUD DAN MEMAINKAN SENTIMEN AGAMA SEOLAH OLAH UMNO BERTINDAK KEJAM KEPADA AGAMA LAIN.