Tuesday, July 17, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN DAP PULAU PINANG HALAU MELAYU KG LIMA KONGSI SG BAKAP

dipetik dari utusanonline : keadaan padang lima kongsi hari ini selepas di bajak oleh pihak pemaju
padang kampung lima kongsi sebelum di bajak oleh pihak pemaju menjadi tempat urama anak anak muda kampung untuk bermain bola. kampung ini telah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu.


isu perkampungan lima kongsi sememangnya telah didedahkan oleh media massa terutamanya utusan malaysia lebih sebulan yang lalu. namun, pendedahan demi pendedahan yang dibuat, tidak sama seperti nasib penduduk kg buah pala yang lebih diutamakan oleh kerajaan dap. mungkin kg buiah pala penduduknya terdiri daripada kaum india dan kampung lima kongsi pula ialah penduduk melayu.

Rasis dan sial sungguh kerajaan dap pulau pinang. hanya kerana penduduk melayu yang bakal di halau keluar dari kampung halaman yg telah mereka huni sejak lebih dari 100 tahun, maka hak mereka di nafikan. kes penduduk kg lima kongsi hampir sama dengan kes kg buah pala. tanah yang mereka duduki sekarang telah pun dibeli oleh pihak pemaju dengan kadar Rm 11 kaki persegi . mengikut kadar penilaian sebenar kadarnya hanyalah rm 7 kaki persegi.

seramai 8 buah keluarga wajib berpindah keluar dari tapak rumah mereka yang melibatkan keluasan tanah hampir 5 ke 8 ekar. september 2012 selepas sambutan hari  raya idulfitri , kelapan lapan keluarga ini bakal meninggalkan kampung halaman yang telah mereka duduki sejak zaman nenek moyang lagi. inilah kesan pemerintahan DAP.

baiklah, isunya sekarang yang BK nak persoalkan mengapakah kerajaan negeri tidak membantu kelapan lapan keluarga ini seperti penduduk kg buah pala yang boleh mendapat rumah lebih dari nilai Rm 300000. ohhh cuma kerana berbeza bangsa sahaja hak melayu dinafikan dan dihalau secara terhormat?

YB Makhtar adun sg bakap menyepi dalam hal ini dan tidak mahu bertanggung jawab langsung. bagi ustaz makhtar mungkin apalah sangat undi 8 keluarga yang bakal dihalau keluar. kelapan lapan keluarga ini telah pun menandatangani  surat menerima pampasan sebanyak rm 25 000 daripada pihak pemaju. rm 25 000 berbanding dengan nilai keamanan dan nilai rumah yang sedia ada mereka bina melebihi daripada rm 100 000. BK pelik mengapakah tindakan dendam secara rasis di lakukan oleh guan eng dan p ramasamy. BK tak terkejut kalau mansor dan makhatr tak bantu sebab mereka berdua ialah lembu pakatan dap. semuanya di cucuk hidung. dijerkah sikit, mengecut segalanya.

Wahai yb makhtar, ini bukan soal sokong , soal umno, soal pas atau soal pkr. hang pikiaq la sendiri mengapa penduduk kg buah pala dapat pampasan dan kerajaan negeri begitu bersungguh sungguh nak bantu . mengapa kerajaan negeri tak mau bantu ke lapan lapan keluarga ini. Yang amat menyedihkan BK ialah setiap kali umat islam di pulau pinang nak sambut puasa dan raya akan ada sebuah kg melayu akan hilang.

sebelum ini kg pertamang damar laut. kemudian pokok assam dan akhirnya kg lima kongsi.. ini belum kira kampung di sebelah balik pulau. jelaslah sekarang slogan perkayakan rakyat yang diungkapkan oleh kerajaan rasis dap penang ini ialah sebenarnya teruskan memberi kekayanaan kepada orang kaya sahaja,. orang melayu, cina dan india yang miskin teruskan menindas mereka.

takpalah wahai guan eng. masa dan ketika akan menanti kau. Allah itu maha berkuasa. kau ingat , doa umat Islam di kala menjelang ramadhan ini makbul. moga Allah SWT hancurkan pakatan dap di pulau pinang. Takbir Allahuakbar.