Tuesday, February 25, 2014

TANPA TAULIAH PUN ANWAR BOLEH BAGI KULIAH



 


JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan. 

MAIS dan JAIS menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah. 

Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan. 

MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen. 

Bagaimanapun keligatan Anwar untuk menemui penduduk Kajang dalam suasana masjid atau surau tidak boleh dihalang kerana beliau sedar itu merupakan antara satu lokasi yang hati pengundi terutamanya warga Melayu dan beragama Islam. 

Anwar pasti mahu memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh versatile yang mampu memberikan ucapan, ceramah serta tazkirah tidak kira atas apa isu dalam apa bidang sekalipun termasuk bidang agama. 

Anwar dalam laman Facebooknya memuatnaik gambar beliau sedang memberikan tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras. 

Menurut jurucakap Jais, jika terdapat ada pelanggaran peraturan atau Anwar memberikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah, pihak Jais akan mengambil tindakan.

BK : ANWAR MANA TAHU NAK HORMAT UNDANG UNDANG. KALU TAHU TAK KAN LAH DIA DI TUDUH LALU PINTU BELAKANG DALAM SEGALA HAL