Thursday, February 9, 2012

PASCA E 13 : PENGANUT AGAMA HINDHU PULAU PINANG DIBOHONGI


BK baru menerima khabar dari rakan rakan yang menganut agama Hindhu menyatakan bahawa penganut agama Hindhu telah dibohongi oleh kerajaan dap, pkr dan pas. sebelum pilihanraya ke 12, dap dan kuncu kuncunya telah berjanji ingin menukarkan status tanah kuil kepada tanah milik kuil sendiri. Buat masa sekarang kebanyakkan tanah kuil adalah milik persendirian dan pemaju. Sebelum pilihanraya pimimpin india dari dap dan pkr telah menggunakan isu ini untuk menarik sokongan pengundi. Isu kuil dan isu SJKT adalah senjata utama dap dan pkr untuk memastikan BN terus di benam di pulau pinang.

Hampir 4 tahun pilihnaraya berlalu, kerajaan negeri GAGAL dalam menguruskan hal ini dan akhirnya sekali lagi penganut agama Hindhu menghadapi masalah status tanah rumah ibadat. Berdasarkan sumber dalaman, pihak dap dan pkr sekali lagi akan memainkan isu yang sama. Mereka akan menyatakan berilah mereka peluang untuk pilihanraya ke 13, agar isu ini dapat diselesaikan. Jika disemak , secara kasar semua kuil yang dibina di tanah ladang adalah milik tuan tanah dan pemaju perumahan yang telah membeli tanah ladang. Apabila pemaju memajukan tanah berkenaan dengan projek pembangunan, maka kuilt juga akan turut dimusnahkan. apa yang berlaku di kg buah pala adalah buktinya.

Kepada penganut agama Hindhu, BK nasihat janganlah anda terus di tipu ....................