Wednesday, October 5, 2011

60 KERUSI PARLIMEN NAK TEGAKKAN HUDUD?PAS BODOHKAN UMAT ISLAM

PAS sasar 5 kerusi DUN, 2 parlimen di P Pinang
   
 
PAS mensasarkan untuk memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONENaib presidennya Datuk Husam Musa berkata dalam pilihan raya umum lalu, parti itu hanya mampu mencatat kemenangan dalam satu kerusi DUN iaitu di Permatang Pasir.

"Kami akan berusaha untuk merampas balik lima kerusi DUN yang dipertandingkan dan dua kerusi parlimen iaitu Tasek Gelugor dan Kepala Batas," katanya semasa berucap dalam Kongres Sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas hari ini.

Antara yang hadir, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Husam berkata PAS yang menang kerusi Permatang Pasir dalam pilhan raya umum lepas hanya kalah empat kerusi DUN yang lain dengan majoriti undi yang rendah.

Selain itu, beliau berkata dalam usaha untuk mengukuhkan pengaruh parti dalam Parlimen, PAS memerlukan lebih 60 kerusi parlimen di seluruh negara.

"Kita akan berusaha untuk mencapai sasaran kita, iaitu 60 kerusi parlimen dan saya percaya sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai," katanya.

Beliau berkata PAS kalah 15 kerusi parlimen dengan majoriti kurang 5,000 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi peringkat nasional, Husam berkata PAS juga berhasrat untuk memecah pengaruh Umno khususnya dalam undi-undi di kawasan peneroka Felda.

Katanya, PAS yang berpegang teguh kepada prinsip Islam, memerlukan 12 peratus undi di kawasan pengundi Felda.

"Pilihan ra umum yang lalu, PAS mendapat lebih 39 peratus pengundi Felda dan untuk memecah pengaruh Umno, kami memerlukan lagi 12 peratus," katanya


Teman nak bagitau pada PAS, kalu sasar nak menang 60 kerusi jer, jawabnya tak kan sampai bila-bila akan tertegaknya hudud. Kerja PAS la ni dok bohong orang Islam je la.

BN TRANSFORMERS


OR

TSU KOON BERUNDUR ATAU DI TOLAK SECARA TIDAK TERHORMAT


BN selepas PRU 2008 telah dilanda Tsunami - menjadi haru-biru tidak tentu arah, di Semenanjung yang memegang tampuk kepimpinan seperti UMNO, MCA dan MIC telah berubah para pemimpinnya (ada yang telah ditukar ganti sebanyak 2 kali), hanya 'bos' parti Gerakan Koh Tsu Koon sahaja walaupun kalah paling teruk yang sangat mengaibkan tidak mahu turun (takhta).

Kuasa di Pulau Pinang telah diserah kepada orang lain, keputusan PRU di seluruh negara (menyaksikan) Gerakan tewas teruk, tetapi Dr. Koh bukan sahaja tidak turun dari jawatan malah semakin naik setingkat menikmati jawatan lebih tinggi dalam kebinet di kerajaan Pusat, beliau telah naik setingkat paling gemilang secara peribadi. Apa agaknya Abdullah (Badawi), Ong Kah Ting dan Samy Vellu melihat Koh Tsu Koon - apa dalam fikiran mereka?

3 tahun lepas setiap kali Gerakan adakan AGM, Koh Tsu Koon akan menyeru supaya semua ahli Gerakan bersatu padu, setiap kali perhimpunan beliau berjanji mahu membuat perubahan, masalahnya, setiap hari mahu bersatu padu, “hapuskan Koon” “jatuhkan Ting” tidak pernah sepi juga; setiap tahun beliau laungkan perubahan, tetapi tidak nampak ada sebarang perubahan, ia sama sahaja seperti sebelum PRU 2008, yang bezanya kerusi semakin berkurangan.

Saling Mempercayai Bukan Bertambah Sebaliknya Berkurangan
Ikut pintu belakang mengharapkan belas ihsan dari Najib, Koh Tsu Koon dilantik (dan) dipertanggungjawabkan (dengan) tugas-tugas berat seperti “menjaga perpaduan dan prestasi menteri-menteri”.

3 tahun lepas, adakah semua kaum di Malaysia saling berinteraksi dengan baik? Sebelum ini pengkaji dan penyelidik bebas telah membuat kaji selidik dalam laporan itu menyatakan, antara kaum di negara kita saling mempercayai antara satu sama lain tidak meningkat sebaliknya menurun. Kita jangan lihat tentang “prestasi” menteri-menteri yang lain, cuba kita lihat Koh Tsu Koon sendiri sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri, markah dan prestasi beliau teruk dan tidak lulus.

Sebelum Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, Gerakan mahu pihak kerajaan hapuskan akta ISA, selepas Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, isu itu telah dilenyapkan dan hilang begitu sahaja.

Koh Tsu Koon selain daripada mengadakan perhimpunan mesyuarat setiap minggu dengan menteri-menteri di Putrajaya, beliau akan mendampingi Najib, apa pandangan anda selepas Koh Tsu Koon memegang jawatan menteri, apakah sumbangan beliau?

Baru-baru ini di arena politik timbul lagi isu, Koh Tsu Koon tertekan apabila pihak tertentu minta serahkan pengerusi BN di Pulau Pinang, di pihak dalaman parti pula beliau tidak dapat kumpulkan semangat juang dalam kalangan ahli-ahli parti.

Adakah Gerakan mahu kekalkan “Koon” ataupun cantas terus habiskan “Koon” (Koon dalam bahasa mandarin bermaksud akar)?
Jika Gerakan buat pilihan mahu kekalkan Koon, terpaksa terus ikut gerak geri lemah lembut Koh Tsu Koon itu, dan Gerakan pasti terhenti tidak boleh maju ke hadapan. Jika mahu cabut terus akar (Koon), kita juga terpaksa fikirkan bahawa PRU sudah semakin dekat, kerana jika membuat perubahan pertukaran - risiko dalam pilihan raya agak tinggi.

Aduh! kekalkan akar (Koon) susah, cabut akar (Koon) pun lagi susah!