Wednesday, October 5, 2011

TSU KOON BERUNDUR ATAU DI TOLAK SECARA TIDAK TERHORMAT


BN selepas PRU 2008 telah dilanda Tsunami - menjadi haru-biru tidak tentu arah, di Semenanjung yang memegang tampuk kepimpinan seperti UMNO, MCA dan MIC telah berubah para pemimpinnya (ada yang telah ditukar ganti sebanyak 2 kali), hanya 'bos' parti Gerakan Koh Tsu Koon sahaja walaupun kalah paling teruk yang sangat mengaibkan tidak mahu turun (takhta).

Kuasa di Pulau Pinang telah diserah kepada orang lain, keputusan PRU di seluruh negara (menyaksikan) Gerakan tewas teruk, tetapi Dr. Koh bukan sahaja tidak turun dari jawatan malah semakin naik setingkat menikmati jawatan lebih tinggi dalam kebinet di kerajaan Pusat, beliau telah naik setingkat paling gemilang secara peribadi. Apa agaknya Abdullah (Badawi), Ong Kah Ting dan Samy Vellu melihat Koh Tsu Koon - apa dalam fikiran mereka?

3 tahun lepas setiap kali Gerakan adakan AGM, Koh Tsu Koon akan menyeru supaya semua ahli Gerakan bersatu padu, setiap kali perhimpunan beliau berjanji mahu membuat perubahan, masalahnya, setiap hari mahu bersatu padu, “hapuskan Koon” “jatuhkan Ting” tidak pernah sepi juga; setiap tahun beliau laungkan perubahan, tetapi tidak nampak ada sebarang perubahan, ia sama sahaja seperti sebelum PRU 2008, yang bezanya kerusi semakin berkurangan.

Saling Mempercayai Bukan Bertambah Sebaliknya Berkurangan
Ikut pintu belakang mengharapkan belas ihsan dari Najib, Koh Tsu Koon dilantik (dan) dipertanggungjawabkan (dengan) tugas-tugas berat seperti “menjaga perpaduan dan prestasi menteri-menteri”.

3 tahun lepas, adakah semua kaum di Malaysia saling berinteraksi dengan baik? Sebelum ini pengkaji dan penyelidik bebas telah membuat kaji selidik dalam laporan itu menyatakan, antara kaum di negara kita saling mempercayai antara satu sama lain tidak meningkat sebaliknya menurun. Kita jangan lihat tentang “prestasi” menteri-menteri yang lain, cuba kita lihat Koh Tsu Koon sendiri sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri, markah dan prestasi beliau teruk dan tidak lulus.

Sebelum Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, Gerakan mahu pihak kerajaan hapuskan akta ISA, selepas Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, isu itu telah dilenyapkan dan hilang begitu sahaja.

Koh Tsu Koon selain daripada mengadakan perhimpunan mesyuarat setiap minggu dengan menteri-menteri di Putrajaya, beliau akan mendampingi Najib, apa pandangan anda selepas Koh Tsu Koon memegang jawatan menteri, apakah sumbangan beliau?

Baru-baru ini di arena politik timbul lagi isu, Koh Tsu Koon tertekan apabila pihak tertentu minta serahkan pengerusi BN di Pulau Pinang, di pihak dalaman parti pula beliau tidak dapat kumpulkan semangat juang dalam kalangan ahli-ahli parti.

Adakah Gerakan mahu kekalkan “Koon” ataupun cantas terus habiskan “Koon” (Koon dalam bahasa mandarin bermaksud akar)?
Jika Gerakan buat pilihan mahu kekalkan Koon, terpaksa terus ikut gerak geri lemah lembut Koh Tsu Koon itu, dan Gerakan pasti terhenti tidak boleh maju ke hadapan. Jika mahu cabut terus akar (Koon), kita juga terpaksa fikirkan bahawa PRU sudah semakin dekat, kerana jika membuat perubahan pertukaran - risiko dalam pilihan raya agak tinggi.

Aduh! kekalkan akar (Koon) susah, cabut akar (Koon) pun lagi susah!