Monday, September 23, 2013

PRU 14 : DEMI CHING PENG , MAT SABU BAWA ANALOGI ABU LAHAB DAN FIRAUN.




MARI KITA BACA KENYATAAN PENCACAI DAP :

Perumpamaan yang begitu mudah dari mat Sabu, Timbalan Presiden PAS berkaitan isu abu mayat Ching Peng, SU Agung PKM.

Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh Kerajaan Malaysia kerana abu mayat Chin Peng. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci Kota Mekah.

“Mengapa kita hendak takut dengan abu mayat ini? Kubur Abu Jahal, Abu Lahab masih ada di sekitar Mekah. Tidak ada masalah sebenarnya. Kubur Firaun pun masih ada di Mesir. Tidak jadi masalah pun, dekat pula dengan Universiti Al-Azhar,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Orang Umno, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri bercakap dalam nada yang sama. Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia. Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa dan tiada undang-undang yang menghalang abu masuk, katanya.

BK : ABU JAHAL TAK LARI KELUAR KOTA MEKAH .FIRAUN TU TAK LARI KELUAR KOTA MESIR. CHIN PENG LARI KELUAR MALAYSIA SEBAB TAK IKTIRAF KERAJAAN YANG SAH DAN MEREKA MAHU TEGAKKAN KEDAULATAN KOMUNIS. 

APA PUNYA BODOH TIMBALAN PRESIDEN PAS INI. ELOKLAH AHLI PAS TOLAH MAT SABU DALAM PEMILIHAN KALI INI. TIDAK MALU PAS DAPAT TIMBALAN PRESIDEN YANG TAK CERDIK.

PRU 14 : MENJELANG MUKTAMAR PAS DAN PAU UMNO = PAS DAN UMNO BERSATU ?

BOLEH BEKERJASAMA
BOLEH ANGKAT JENAZAH BERSAMA
ISU HINA ISLAM 
DULU BOLEH. KITO ISLE....
NAZRI DAN MAHFUZ DAH LAMA BAIK....

DAN YANG TERKINI :


Pas sedia kerjasama dengan Umno: Abdul Hadi 

ALOR SETAR - Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. 

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. 

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini. 

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. 

"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya. 

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil. 

Mengenai cadangan Dewan Ulama Pas supaya tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata, Dewan Ulama Pas berhak mengemukakan usul ke muktamar Pas akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis. 

"Terpulang kepada Dewan Ulama Pas, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya. - Bernama 

KESIMPULAN BK :

PRU 14 : GEMPAQ BUNGKUSAN GULA YANG BARU ?


Menteri cadang naik harga gula elak diabetes 

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. 

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini. 

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang. 

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun. 

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

BK : SEJAUH MANAKAH KURANGKAN SUBSIDI GULA MAMPU KURANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS. APAKAH ADA KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA PENGURANGAN SUBSIDI GULA BERJAYA MENGURANGKAN KADAR KENCING MANIS DAN PUNCA PUNCA PENYAKIT INI SEBANARNYA ADALAH LUAS. MENTERI BERILAH PANDANGAN YANG TERBAIK SEBAGAI SEORANG MENTERI. JANGAN BAGI RAKYAT KATA MENTERI SUKA KELUAR KENYATAAN YANG BOLEH MELIHATKAN BN KEKURANGAN MENTERI WIBAWA