Monday, September 23, 2013

PRU 14 : GEMPAQ BUNGKUSAN GULA YANG BARU ?


Menteri cadang naik harga gula elak diabetes 

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. 

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini. 

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang. 

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun. 

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

BK : SEJAUH MANAKAH KURANGKAN SUBSIDI GULA MAMPU KURANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS. APAKAH ADA KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA PENGURANGAN SUBSIDI GULA BERJAYA MENGURANGKAN KADAR KENCING MANIS DAN PUNCA PUNCA PENYAKIT INI SEBANARNYA ADALAH LUAS. MENTERI BERILAH PANDANGAN YANG TERBAIK SEBAGAI SEORANG MENTERI. JANGAN BAGI RAKYAT KATA MENTERI SUKA KELUAR KENYATAAN YANG BOLEH MELIHATKAN BN KEKURANGAN MENTERI WIBAWA