Monday, February 3, 2014

ANWAR AKUI MASALAH PR DI SELANGOR SERIUS


Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis penerangan kepada penduduk Permatang Pauh berhubung keputusannya bertanding di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2014. 

Pakatan Rakyat tidak perlu bercakap untuk memembentuk kerajaan alternatif jika gagal menangani "ribut" yang berlaku di Selangor sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata, sejak beberapa bulan ini negeri itu diserang beberapa isu yang menguji kepimpinannya. 

Ribut yang dimaksudkan Anwar adalah isu Allah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Selangor dan merampas lebih 300 naskah Bible berbahasa Melayu dan Iban serta isu air. 

"Walaupun kerajaan Selangor diuruskan dengan baik daripada segi ekonomi tetapi masalah gereja dan Bible isu besar di Selangor, jadi saya perlu membantunya," katanya pada sidang media di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, malam tadi. 

Terdahulu, Anwar memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 penduduk tempatan di kawasan Parlimennya itu mengenai keputusannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. 

"Kita bercakap soal pentadbiran yang baik dan pengurusan ekonomi tetapi tidak mengambil berat kekuatan politik untuk Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan. 

"Kita tidak boleh bercakap soal kerajaan alternatif tanpa kemampuan untuk menunjuk dan membuktikan kita boleh kawal ribut ini," katanya. 

Anwar berkata, parti sedang melalui strategi yang kritikal pada tahap ini kerana Selangor bergerak melangkaui sekadar menjadi negeri yang efisyen dengan pertumbuhan ekonomi membanggakan. 

Katanya, Selangor perlu menjadi negeri model Pakatan Rakyat yang mampu bertahan dengan pelbagai propaganda dan tekanan berterusan daripada Putrajaya. 

“Ada banyak program ditangguhkan atau dilengahkan. Seperti isu air, Khalid sudah melakukan sebaik mungkin di bawah kuasanya tetapi masih belum berjaya. Sama juga dengan beberapa perkara yang berada di bawah kuasa persekutuan. 

“Khalid sudah menunjukkan kemampuannya dan keberkesanannya dalam beberapa bidang tetapi masih ada perkara yang berada di luar keupayaannya,” katanya. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili baru-baru ini mengumumkan bahawa Putrajaya sedang menghalusi butir untuk pengambilalihan bersama empat konsesi air di Selangor dan perjanjian akan dimuktamadkan tidak lama lagi, yang mungkin menjadi petanda berakhirnya masalah air di Selangor. 

Menteri itu berkata, Selangor juga menyatakan sokongan kepada idea kerajaan persekutuan untuk loji rawatan air yang baru, Langat 2. 

Khalid berkata, kerajaan negeri dan persekutuan akan bekerjasama mengambil alih pengurusan empat syarikat di bawah Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. 

Malam tadi, Anwar sekali lagi menutup isu itu ketika ditanya sama ada beliau akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar dengan berkata, apa yang penting ialah kerajaan negeri perlu menang dahulu. 

Beliau berkata, tidak elok jika perkara itu dikaitkan dengan sultan. 

“Tidak adil untuk menghakimi sultan terlalu awal dalam perkara seperti ini. Tidak adil untuk rakyat bercakap. Undang-undang sudah jelas,” katanya. 

Ketika ditanya bagaimana beliau akan mengendalikan tugasnya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang dan Adun di Selangor jika menang di Kajang, Anwar berkata, perkara itu sengaja dijadikan isu hanya kerana beliau ialah Anwar. 

“Setakat ini, tidak ada masalah jika anda adalah ahli Parlimen daripada Sarawak atau Sabah. 

“Ia jadi masalah hanya kerana saya Anwar. Ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah bukan Anwar,” katanya dan menambah Pulau Pinang hanya sejauh 40 minit dari Kuala Lumpur jika naik kapal terbang. 

Anwar turut menyentuh mengenai pendapat negatif awam berhubung pilihan raya kecil di Kajang dan pencalonannya dengan berkata, adalah perkara biasa jika rakyat membangkitkan soalan dan bimbang kerana tidak menerima penjelasan mengenai apa yang berlaku.

BK : ITULAH IDEALISME ANWAR.DIA PUSING KOT MANA ORANG TETAP PERCAYA

MAIN SAHAJA ISU SEKS DI KAJANG, BN MENEMPA KEKALAHAN


Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi. 

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai. 

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah. 

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka. 

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat. 

Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini , depan tiga orang hakim. 

BK : RAKYAT DAH TEPU DENGAN ISU SEKS ANWAR. ISU INI DAH BERAPA KALI BN GUNA DALAM PRK DAN PRU. SEMUA TAK MENJADI. BN PERLU FIKIRKAN KEWARASAN HUJAH