Tuesday, July 22, 2014

DAP SARAWAK UGUT PAS KERANA HUDUD


GRAFIK : KREDIT TO WIRA KENYALANG 



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan DAP Sarawak bahawa beliau berdiam diri dalam isu hudud dalam Pakatan Rakyat. 

Menurut Anwar, beliau telahpun menyentuh isu tersebut ketika membuat ucapan di Forum Khas "Agenda Rakyat" di Kelab Diraja Selangor 9 Julai lalu. 

"Bertentangan dengan kenyataan DAP Sarawak, saya ada bercakap mengenai hal itu dua minggu lalu dalam ucapan saya di Kelab Selangor. 

"Ia berkaitan keadilan kepada semua tanpa mengira kaum dan agama. Saya membuat rujukan spesifik tentang isu hudud di Kelantan," kata beliau dalam sidang media di ibupejabat PKR tengah malam semalam. 

Kelmarin, DAP Sarawak dilaporkan membuat resolusi mengancam menarik diri daripada Pakatan negeri selagi PAS tidak menarik balik tuntutan mengadakan hudud di Kelantan. 

DAP Sarawak meluahkan kekesalan mendalam kerana mendakwa PKR berdiam diri terhadap hasrat PAS itu. 

Semalam, PAS Sarawak pula membuat kenyataan balas mereka tidak menghalang sekiranya DAP negeri mahu keluar daripada Pakatan ekoran pertikaian pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Bagaimanapun pesuruhjayanya Adam Ahid mengingatkan pemimpin DAP Sarawak berfikir secara rasional kerana tindakan tidak bijak akan membinasakan mereka. 

Menurut Anwar, cadangan membawa usul rang undang-undang persendirian Hudud oleh Kerajaan negeri Kelantan bukan merupakan inisiatif negeri itu sendiri dan bukannya dasar Pakatan. 

Oleh itu beliau berpendapat hal itu tidak perlu dirisaukan komponen Pakatan di negeri lain. 

"Rang undang-undang persendirian itu bukan rang undang-undang Pakatan Rakyat. 

"Tiada sebarang konsensus mengenai rang undang-undang itu," katanya. 

Beliau turut berkata akan mengambil kesempatan bertemu pimpinan Pakatan di Sarawak bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

BK : BILA PULA PAS NAK UGUT TARIK DIRI DARI PAKATAN JIKA HUDUD TIDAK DITERIMA. ASYIK DAP SAHAJA YANG UGUT PAS. PAS TAK BERANI ATAU BACUL DALAM PERJUANGAN?ITUPUN NAK KATA BERJUANG DAN BERJIHAD.PORAHHHH 


SAH MB SELANGOR BARU WAN AZIZAH TETAPI BELUM ADA KATA PUTUS TARIKH ?


KETERBUKAAN KHALID ANTARA FAKTOR BELIAU DISINGKIR 

Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru. 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah yang dianggap sebagai pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor. 

Menurut Anwar, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan isu air, lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu infrastruktur asas seperti sampah di negeri itu. 

"Konsensus kita akan teruskan keputusan awal dan hanya letak satu nama untuk diberikan kepada majlis pimpinan Pakatan. 

"Sudah tentu Tan Sri Khalid Ibahim diminta teruskan peranan beliau untuk bantu pentadbiran Selangor," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Petaling Jaya sebentar tadi. 

Anwar menyatakan majlis pimpinan tertinggi Pakatan akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi mendapatkan konsensus mereka. 

Beliau menyatakan PAS dan DAP sebelum ini telah pun bersetuju perubahan kepimpinan di Selangor tetapi nama pengganti Khalid masih belum dibincangkan. 

"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini. 

"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon (menteri besar) belum diputuskan walaupun ada dibicarakan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini. 

"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbirna yang baik dan tersusun," kata beliau. 

Bagaimanapun Anwar gagal memberitahu bilakan peralihan kuasa ini berlaku dan hanya berkata ia "secepat yang boleh." 

PAKATAN RAKYAT PULA TUDUH RUSIA



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Rusia yang membantu puak pemisah sebagai punca tragedi malang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikatakan ditembak kumpulan pemisah di Ukraine.
Ketua pembangkang itu berkata kumpulan itu mendapat bantuan senjata canggih yang digunakan untuk menembak MH17."Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.
"Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Penerbangan MH17 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ‎terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Khamis lepas.Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di bahagian timur Ukraine.
Media barat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia terlibat dalam tembakan itu.

Kumpulan pencari dan bantuan penyelamat juga pada mulanya tidak diberikan kerjasama di lokasi terhempas, malah kawasan tersebut dikawal oleh kumpulan pemisah di situ.Anwar bagaimanapun menggesa ketegasan Putrajaya, khususnya dalam isu melibatkan kepentingan negara dalam tragedi MH17."Tentunya kita perlu ambil sikap tegas bukan sahaja kerana menyebabkan nyawa terkorban, tetapi juga selepas itu tidak ada langsung mengawal tempat menjaga kepentingan di kalangan yang terkorban.
"Jadi harus ada sikap lebih tegas," katanya.
Akhbar The New York Times (NYT) semalam melaporkan Malaysia masih keberatan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyerang pesawat MH17.
Akhbar itu berkata, Putrajaya berhati-hati dalam hubungan diplomasinya, menjaga hubungan baik dengan Rusia dan pada masa yang sama menjauhi polisi Amerika Syarikat (AS).

Presiden AS Barack Obama dan pemimpin negara barat lain berkata peluru berpandu darat ke udara yang terkena MH17 dibuat di Rusia serta menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin bersekongkol dalam peperangan di Ukraine.Kerajaan Malaysia bagaimanapun, hingga hari ini, masih tidak menyalahkan pemerintah Rusia."Kami perlu sahkannya, kami perlu siasat dengan mendalam," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein seperti dipetik NYT.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menunding jari atau membuat tuduhan melulu sehingga semua fakta disahkan tentang punca pesawat tersebut ditembak.

RUSIA ADA BUKTI UKARINE TEMBAK MH17?


Moscow, July 21 (IANS) A Ukrainian Su-25 fighter jet was flying close to Malaysia Airlines flight MH17 before it crashed in eastern Ukraine, a Russian military official said on Monday.
The Ukrainian fighter jet flew within 3-5 km of the ill-fated Malaysian airliner before it was downed, Xinhua cited Andrei Kartopolov, chief of the main operative department of the General Staff, as telling reporters.
Moscow would ask for an explanation from Kiev about this, he added.
The Malaysian passenger jet strayed 14 km north from its planned route after passing Ukraine's eastern city of Donetsk, according to the official.
"The crew was attempting to return to the planned aerial corridor, but the flight was terminated at that moment," he said.
Flight MH17, while flying from Amsterdam to Kuala Lumpur, crashed Thursday afternoon in the conflict-hit Donetsk region in eastern Ukraine killing all 283 passengers and 15 crew on board.
According to reports, the indications are that the Boeing 777 crashed after being hit by a missile. US President Barack Obama said that initial investigations showed that the missile was fired from an area in Ukraine controlled by anti-Kiev militants.
Kartopolov also claimed that a group of Ukrainian Buk-M1 anti-aircraft batteries were redeployed near Donetsk Thursday when flight MH17 crashed in the area.
These surface-to-air systems are capable of hitting targets at a distance of up to 35 km at an altitude of 22 km. For what purpose and against whom were these missile systems deployed? As is known, the militia has no aviation," he said

BK : TUNGGU DAN LIHAT HASIL SIASATAN SERTA APA YANG BAKAL DIPEROLEHI DARI KOTAL HITAM. SAMA ADA UKARINE ATAU RUSSIA ATAU PEMBERONTAK