Thursday, October 25, 2012

PASCA E 13 : RM 600 JUTA HUTANG KERAJAAN DAP PENANG KERANA MIGRASI AIR


Bayaran Air Mentah

Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah mengenakan caj Bayaran Air Mentah (Raw Water Fee) kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berdasarkan kadar 3 sen semeter/padu dan jumlah yang dikenakan bagi tempoh 3 tahun pertama iaitu bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah sebanyak RM33.85 juta. Pada akhir tahun 2011, baki Bayaran Air Mentah yang perlu dibayar oleh PBAPP adalah sebanyak RM22.95 juta

( TENGOK TU KERAJAAN NEGERI KENAKAN CAJ PADA PBAPP. MANA DIA KEBAJIKAN. SUDAHLAH KENAKAH SURCAJ PADA RAKYAT)

Pada akhir tahun 2011, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM36.72 juta berbanding sejumlah RM687.79 juta pada tahun 2010, iaitu menurun sejumlah RM651.07 juta atau 94.7%.

Penurunan hutang ini adalah disebabkan pada tahun 2011 pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Pada tahun 2011, proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara telah dilaksanakan yang melibatkan 4 pihak, iaituKerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

( KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN RM 600 JUTA PUN DARI AKAUN NEGERI . APA YANG BERLAKU CUMA PENGAMBILALIHAN ASET SAHAJA. SENANG CARA BERNIAGA. ESOK NAK KURANGKAN HUTANG RM 456 BILLION KERAJAAN MALAYSIA , KALAU PAKATAN MENANG ALIHKAN HUTANG INI PADA IMF. KEMUDIAN CLAIM KATA DAH SETTLEKAN HUTANG.INI MUJUR BAWAH KERAJAAN PUSAT YANG SELAMATKAN)

Pada tahun 2011, pinjaman baru yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM6 juta bagi membiayai Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) dan sebanyak RM0.59 juta untuk Projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bagi membina Indoor Arcade and Seafood Centre di Batu Kawan.

( KENAPA KERAJAAN NEGERI TAK GUNA DUIT UNTUNG SURCAJ YANG MELEBIH RM 7 JUTA PADA PERTENGAHAN TAHUN 2012 . KENAPA PERLU PINJAM DARI KERAJAAN BN PUSAT.

KEMANAKAH WANG SURCAJ DIBELANJAKAN? UNTUK APA? TIADA APA APA PERUBAHAN PUN KERANA SEMUA URUSAN AIR DI PULAU PINANG ASET AIR DAN AMBIL ALIH.)


LAMPIRAN BERITA HARIAN HARIAN 3/6/2011 BERKAITAN ISU MIGRASI AIR DAN  BUKANNYA KERANA GUAN ENG BIJAK URUS HUTANG

Perjanjian dengan Pusat babit pindah milik pajakan RM655.2j kepada PAAB
PUTRAJAYA: Kerajaan Pulau Pinang semalam memeterai perjanjian penstrukturan semula bekalan air dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan pemindahmilikan secara pajakan aset air kerajaan negeri itu bernilai RM655.2 juta kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).
Perjanjian itu menjadikan Pulau Pinang negeri kelima selepas Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis berbuat demikian dan negeri pertama di bawah pentadbiran pembangkang memeterai perjanjian berkenaan dengan PAAB, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap penyertaan Pulau Pinang dalam perjanjian itu akan menjadi pemangkin kepada negeri lain untuk turut serta.

Beliau berkata, PAAB memperuntukkan bajet bagi menjalankan kerja pembangunan atau perbelanjaan modal (capex) lebih RM1 bilion sepanjang 2010 sehingga April 2011 bagi negeri yang terlebih dulu menandatangani perjanjian itu.

“Perkembangan positif dalam penstrukturan semula kali ini menunjukkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih semua aspek perkhidmatan bekalan air negeri seperti keperluan permintaan air, operasi, kewangan dan lain-lain bagi mewujudkan industri air yang berdaya maju, holistik dan cekap,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini, semalam.

Najib juga menganggap kejayaan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang itu sebagai kejayaan kepada rakyat Pulau Pinang.
Majlis menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Pulau Pinang, PAAB dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu disaksikan Najib; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Penstrukturan semula itu membabitkan pemindah milikan secara pajakan aset air kerajaan Pulau Pinang bernilai RM655.2 juta kepada PAAB milik Kementerian Kewangan, manakala PAAB pula akan mengambil alih liabiliti air kerajaan Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan bekalan air pada nilai sama.

PAAB akan menyewa pajak aset air kepada PBAPP pada kadar sewaan tahunan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, tarif air di negeri berkenaan akan ditentukan sendiri oleh kerajaan Pulau Pinang.

"Sememangnya kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi kerajaan. Saya berharap negeri lain di Semenanjung akan segera turut serta dalam pelaksanaan inisiatif penstrukturan semua industri perkhidmatan air oleh Kerajaan Persekutuan supaya dapat meraih faedah yang saya bagi negeri masing-masing.