Friday, February 21, 2014

ANWAR DAN LEGASI KAJANG



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang pada 23 Mac ini penting bagi mengakhiri legasi Umno-BN.

Anwar berkata kemenangan itu kelak menjawab segala tohmahan pelbagai pihak terhadap pemilihannya sebagai calon di kawasan DUN itu dan mencerminkan sebuah kerajaan negeri ideal dan berjaya.

“Kalau Selangor ini betul-betul berjaya, maju dan khidmat baik kepada rakyat, dengan sendirinya terjawab semua serangan dan itu tanda berakhirnya sejarah Umno BN di seluruh negara.

“Lambat lagi penamaan calon, dia serang habis londeh. Belum lagi mula kempen. Hari-hari dicerca,” katanya di depan 300 penyokong parti dan penduduk setempat sempena majlis pelancaran bilik gerakan daerah mengundi Sungai Sekamat di Kajang, malam tadi.

Anwar yang selesa mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam pada malam tadi memuji pengundi di Kajang yang lebih celik internet.

“Keistimewaan di Kajang, penembusan internet cukup kuat malah orang Kajang yang mengikuti berita melalui internet itu lebih daripada yang mengikuti berita RTM, TV3 dan suratkhabar.

BK :TAK SABAQ SANGAT DAH NAK JADI PM DAN MB