Thursday, December 29, 2011

KETUA PEMUDA MCA PULAU PINANG KELUAR PARTI :BUKAN SATU KEJUTAN


APA SUDAH JADI DENGAN CHUAH SOI LEK?


UMUM KELUAR PARTI MCA.




BK tidak terkejut dengan keputusan rasmi yang dibuat oleh ketua pemuda MCA Pulau Pinang saudara eng hiap boon yang mengumumkan keluar parti petang tadi. Beliau keluar bersama lebih kurang hampir 400 orang ahli parti MCA yang lain yang tidak lagi percaya kepada MCA. Berita dan ura-ura eng mahu keluar parti sebenarnya telah tersebar sejak 3 bulan lalu selepas Ong Tee Kiat kalah di tangan Chua Soi Lek.

Sebenarnya eng hiap merupakan anak buah dan penyokong setia ong tee kiat. Sebelum ini bosnya iaitu ong tee keat telah berulang kali menyatakan MCA tidak relevan.  BK akan paparkan kenyataan Ong Tee Kiat sebelum ini yang jelas menyatakan MCA tidak relevan lagi selepas kalah di tangan Chua. Bagi Ong Tee Kiat MCA hanya relevan sekiranya beliau yang memerintah. Selepas kalah di tangan chua, ong tee kiat telah di intai oleh puak-puak cina dalam PKR.

Biasalah, tugas PKR meminang pemimpin komponen BN yang kecewa atau kalah . Tugas PKR nampak berjaya iaitu memujuk dan berusaha membawa masuk ong ke dalam PKR. Permulaan nya sekarang ialah bermula dengan ketua pemuda MCA Pulau Pinang dahulu. Mengapakah pilih Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang?

Jawapan BK mudah sahaja iaitu kerana ingin memastikan isu 901 tidak disensasikan. selepas ini banyak yang akan dilakukan oleh nuar juburi untuk meredakan geledak 901. Dengan keluarnya ketua pemuda mca penang ini, bermakna pkr seolah-olah nampak kuat dan anwar tidak bersalah.

KENYATAAN ONG TEE KIAT SELEPAS KALAH DI TANGAN CHUA.

1) Parti itu sedang berubah menjadi sebuah parti yang tidak relevan.Ong memberitahu, gabungan BN itu tidak memperlihatkan pelaksanaan pembaharuan selepas ia hilang 25 daripada 40 kerusi Parlimen dan 59 daripada 80 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ia tandingi pada pilihan raya umum 2008.Katanya, MCA masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.


2)“Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan,” kata Ong yang ditewaskan oleh Dr Chua ketika krisis kepimpinan parti itu 18 bulan yang lalu.


3 )Ong, Ahli Parlimen Pandan, memberikan contoh kenyataan-kenyataan kosong dibuat oleh penggantinya, mahu keluar BN jika Umno melaksanakan hukum hudud dan tidak menyertai Kabinet ataupun menerima jawatan kerajaan jika parti tidak memperbaiki kedudukan dalam pilihan raya umum ke-13.

SEJARAH DAHULU :
 

Eng Hiap Boon 翁协文
@
after LGE slap by old malay man, this few days a lot of problem in Penang
 
KEMANAKAH ARAH HIAP BOON SELEPAS INI?BK TIDAK BERMINAT MENGULAS PANJANG TENTANG HAL MCA KERANA YAKIN INI ADALAH PERMAINAN ANWAR.