Wednesday, January 28, 2015

GUAN ENG MASIH NAK RATA BUKIT????


akhbar Bahasa Cina China Press 26 Jan 2015:

Pilihan hari ini... " Lim Guan Eng: Jika Bukit Jambul dan Pulau Jerejak diwartakan sebagai kawasan hutan simpan, pembangunan di masa hadapan bagi kedua-dua kawasan ini akan menjadi sukar dan rumit."

Guan Eng sudah ada rancangan untuk memajukan kedua-dua kawasan berkenaan? Apa sudah jadi kepada janji-janji DAP untuk mengekalkan kehijauan dan alam semulajadi Pulau Pinang selaras dengan slogan 'Cleaner, Greener Penang'

PEMUDA PAS NAFI HJ HADI JOIN PASMA


Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendaftar sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang juga kumpulan serpihan parti itu.

Ketuanya, Suhaizan Kayat menerusi akaun Facebook beliau berkata, Abdul Hadi berada di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat.

“Adalah tidak betul Presiden PAS mendaftar sebagai ahli PASMA. Lagipun perkara ini tidak logik.

“Kehadiran Tok Guru Presiden di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat dan bukannya Program PASMA,” tegasnya.

Suhaizan membuat kenyataan itu ekoran sekeping gambar Abdul Hadi yang sedang menjamu selera di Kuala Kedah yang dimuatnaik di akaun Facebook PASMA Malaysia.

Gambar itu diiringi kapsyen: “Syukur Alhamdulillah, akhirnya Tuan Guru menerima baik PASMA dan mendaftar sebagai ahli PASMA”.

Malah PASMA turut meminta semua ahli PAS yang ingin mendaftar sebagai ahli NGO itu bertindak menghubungi wakil PASMA.-therakyatpost 

POLEMIK TRANSGENDER DI MALAYSIA



Empat jurumekap pengantin - Muhammad Juzaili Mohamad Khamis, Syukor Jani, Wan Fairol Wan Ismail dan Adam Shazrul Mohd Yusoff - mengemukakan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Enakmen itu menghukum golongan lelaki Islam yang berpakaian atau berlagak seperti wanita.

Mereka memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua pendakwa Syarie Negeri Sembilan sebagai responden.

Bagaimanapun, Adam Shazrul tidak meneruskan rayuan itu.

Perayu yang dikatakan transeksual lelaki berpakaian wanita atau 'Mak Nyah' mendakwa mereka telah disahkan oleh pakar psikiatri Hospital Kuala Lumpur sebagai mengalami Kecelaruan Identiti Jantina (GID).

Mereka mendakwa mereka ditangkap dan diganggu oleh pihak berkuasa dan juga didakwa di bawah Seksyen 66 Enakmen berkenaan, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berikut ialah kronologi bagi semakan kehakiman: '

2 Feb 2011 -- Perayu memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Seremban.

4 Nov 2011 -- Perayu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap responden.

11 Okt 2012 -- Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman. Hakim Siti Mariah Ahmad memutuskan bahawa hak perayu di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah diabaikan kerana pada hakikatnya, mereka dilahirkan sebagai lelaki dan beragama Islam.

Beliau juga memutuskan bahawa pemohon sebagai beragama Islam tertakluk di bawah Seksyen 66 Enakmen berkenaan.

22 Mei 2014 -- Mahkamah Rayuan mendengar rayuan dan menangguhkan prosiding sehingga 17 Julai 2014. Selepas mendengar hujah daripada semua pihak, mahkamah menetapkan 7 Nov 2014 untuk menyampaikan keputusan.

7 Nov 2014 -- Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara membenarkan rayuan perayu untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Hakim Datuk Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan seksyen itu menimbulkan diskriminasi terhadap golongan lelaki Islam yang menghidap GID dan tidak memberi pengecualian bagi penghidap GID.

5 Dis 2014 -- Responden memfailkan permohonan untuk kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Mereka mengemukakan tujuh persoalan undang-undang.

6 Jan 2015 -- Pengurusan kes mengenai permohonan responden didengar di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Khainur Aleeza Ismail dalam kamar. Beliau menetapkan 27 Jan untuk mendengar permohonan responden bagi kebenaran untuk merayu.

27 Jan 2015 -- Mahkamah Persekutuan akan mendengar kes responden.

Tuesday, January 27, 2015

APABILA HARUN DIN BERCAKAP SOAL KUASA MELAYU


Melayu hilang kuasa dengan pilihan raya PBT, kata timbalah mursyidul am PAS 



Pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini, malah akan mengundang padah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar, kanan). 


Katanya, negara boleh ditimpa padah sekiranya DAP terus berdegil melaksanakan pilihan raya PBT itu, sedangkan kepemimpinan ulama di dalam PAS yakin kebimbangan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemungkinan ia mengakibatkan peristiwa 13 Mei berulang, ada asasnya. 


"Sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah. 


"Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar, kerana itulah isu pilihan raya PBT ini elok dihentikan segera," kata Haron menurut laporan Utusan Malaysia hari ini. 


Kelmarin, Hadi mendakwa pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan jurang dalam masyarakat kerana ia menguntungkan penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina dan menimbulkan kebimbangan berulangnya peristiwa berdarah pada 1969 itu. 


Haron turut memberi peringatan kepada DAP, pandangan Hadi tersebut bukan bersifat peribadi kerana ia turut tidak dipersetujui semua ahli PAS. 


Katanya, DAP sewajarnya bersikap prihatin sebelum melakukan sebarang tindakan yang melibatkan umum, terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. 

HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN. SO TUNGGU APA LAGI

Kajiselidik: Melayu rasa M'sia tak bersedia untuk hudud 


Satu kaji selidik menunjukkan bahawa 58 peratus responden Melayu berasakan negara ini tidak bersedia untuk pelaksanaan hudud, walaupun 71 peratus daripada mereka menyatakan sokongan terhadap undang-undang jenayah Islam itu. 


 



Bagi orang Cina dan India pula, peratusannya ialah masing-masing 59 peratus dan 61 peratus. 

Kaji selidik yang dijalankan pada bulan April oleh Merdeka Center itu, membabitkan penyertaan 1,009 pengundi daripada semua kaum. 

Berhubung sokongan kepada hudud, kaji selidik itu mendapati majoriti kecil (53 peratus) daripada responden menyatakan mereka menyokong hudud. 

Bilangan itu, menurut Merdeka Center, terdiri daripada 71 peratus 
responden Melayu dan masing-masing 26 peratus responden Cina dan India. 

Menurutnya, 20 peratus responden Melayu tidak menyokong pelaksanaan hudud, dengan masing-masing 65 peratus dan 69 peratus responden Cina dan India. 

Kaji selidik itu menunjukkan pengundi Melayu di bawah umur 30 tahun paling ramai menyokong hudud, iaitu 83 peratus, berbanding golongan umur yang lebih tua, konsisten dengan penemuan Merdeka Center sebelum ini dalam satu kajian pada 2011 mengenai sentimen belia Islam. 

Kaji selidik itu juga mendapati hanya 25 peratus daripada jumlah responden dan 30 peratus daripada responden Melayu percaya bahawa negara ini sudah bersedia untuk hudud dilaksanakan pada masa ini. 

Ia juga menunjukkan bahawa berdasarkan apa yang responden anggap sebagai "keupayaan institusi kehakiman dan keupayaan agensi-agensi penguatkuasa", hanya 32 peratus percaya bahawa hudud boleh dilaksanakan dengan adil pada masa ini. 

Thursday, January 22, 2015

ANALOGI SEORANG PENULIS BERKAITAN NAJIB BERSAMA ANWAR





"DS Anwar akan berdamai dan bersama PMNajib. PMNajib amat memerlukan DS Anwar dalam menghadapi krisis ekonomi dan serangan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Timbalan PM Muhyidin sedang memerhatikan "peperangan" ini. Tunggu untuk bersiap sedia menangguk untung kemelut ini.

Besar kemungkinan Muhyidin buat kem sendiri bersama Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.

Jika Muhyiddin berbuat demikian, bermakna Anwar semakin rapat dan rapat dengan PMNajib. PMNajib sedang kelemasan. Anwar memberikan pelampung untuk beliau untuk selamat dari lemas politik.

Kesempatan ini Anwar rebut dengan kemas dan licik.Peluang Anwar untuk "hendak sangat"jadi PM semakin cerah dengan mendekati PMNajib.

Hasilnya, DAP akan bertambah musuh. Dulu dengan PAS kini dengan Anwar dan PKR.

Politik 2015 bakal menyaksikan, Anwar dan PKR bergabung dengan Najib. PAS berjuang sendirian begitu juga DAP

Wednesday, January 21, 2015

CUCU DATO ISMAIL KAMUS YANG MENINGGAL...FAHAM KER???


 Desas desus mengatakan pendakwah terkenal  Datuk Ismail Kamus meninggal dunia adalah tidak benar sebaliknya yang meninggal dunia adalah cucu beliau yang berusia 13 tahun.

Pengerusi Pusat Perubatan Darussalam, Ustaz Manaf Jusof, memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa yang meninggal dunia ialah cucu kepada Datuk Ismail Kamus.

Cucunya meninggal dunia jam 8.30 pagi tadi kerana sesak nafas dan telah dikebumikan di Bukit Teratai Ampang selepas zohor tadi. Ismail Kamus ialah penasihat Pusat Perubatan Darussalam.

Sebelum itu jenazah cucunya disembahyangkan di Masjid Hidayah Kampung Pandan.

Terdahulu, maklumat mengatakan Ustaz Ismail Kamus yang meninggal dunia dan telah menjadi viral di laman sosial.

Desas sesus ini merupakan  kali ke empat mengatakan pengamal perubatan yang terkenal ini meninggal dunia.

Sebelum ini, sudah tiga kali mati jika berdasarkan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

Kali pertama khabar angin seperti itu bertiup di tengah masyarakat berlaku sekitar 16 tahun lalu, manakala yang kedua sekitar sembilan tahun lalu.

Dan desas desus kali ketiga pada tahun 2010 ketika beliau mengerjakan ibadat haji