Tuesday, January 27, 2015

HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN. SO TUNGGU APA LAGI

Kajiselidik: Melayu rasa M'sia tak bersedia untuk hudud 


Satu kaji selidik menunjukkan bahawa 58 peratus responden Melayu berasakan negara ini tidak bersedia untuk pelaksanaan hudud, walaupun 71 peratus daripada mereka menyatakan sokongan terhadap undang-undang jenayah Islam itu. 


 



Bagi orang Cina dan India pula, peratusannya ialah masing-masing 59 peratus dan 61 peratus. 

Kaji selidik yang dijalankan pada bulan April oleh Merdeka Center itu, membabitkan penyertaan 1,009 pengundi daripada semua kaum. 

Berhubung sokongan kepada hudud, kaji selidik itu mendapati majoriti kecil (53 peratus) daripada responden menyatakan mereka menyokong hudud. 

Bilangan itu, menurut Merdeka Center, terdiri daripada 71 peratus 
responden Melayu dan masing-masing 26 peratus responden Cina dan India. 

Menurutnya, 20 peratus responden Melayu tidak menyokong pelaksanaan hudud, dengan masing-masing 65 peratus dan 69 peratus responden Cina dan India. 

Kaji selidik itu menunjukkan pengundi Melayu di bawah umur 30 tahun paling ramai menyokong hudud, iaitu 83 peratus, berbanding golongan umur yang lebih tua, konsisten dengan penemuan Merdeka Center sebelum ini dalam satu kajian pada 2011 mengenai sentimen belia Islam. 

Kaji selidik itu juga mendapati hanya 25 peratus daripada jumlah responden dan 30 peratus daripada responden Melayu percaya bahawa negara ini sudah bersedia untuk hudud dilaksanakan pada masa ini. 

Ia juga menunjukkan bahawa berdasarkan apa yang responden anggap sebagai "keupayaan institusi kehakiman dan keupayaan agensi-agensi penguatkuasa", hanya 32 peratus percaya bahawa hudud boleh dilaksanakan dengan adil pada masa ini.