Thursday, December 4, 2014

BEKAS KAKITANGAN KONTRAK PKNS MAHU SEMULA JAWATAN

 




Kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) gesa Menteri Besar Selangor Mohammed Azmin Ali membela nasib mereka selepas dipecat tanpa alasan munasabah daripada anak syarikat kerajaan negeri itu Februari lalu.
 
 Wakil mereka Dr Alif Aiman berkata, semua 23 kakitangan PHSB menuntut jawatan mereka dikembalikan selepas masih belum ada jawapan daripada kerajaan negeri Selangor berhubung status jawatan mereka. 

“Kami harap beliau meneliti masalah ini selain mengemukakan satu penyelesaian yang adil kepada kami. 

 
“Setakat ini kerajaan negeri masih belum memberikan apa-apa jawapan atau penyelesaian terhadap masalah itu meskipun 3 surat rasmi sudah dikemukakan kepada Azmin pada November,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

Azmin pada Oktober meminta tempoh 3 bulan untuk meneliti hasil siasatan pemecatan 23 bekas pekerja PHSB semasa era pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid sebelum ini berjanji mendedahkan hasil siasatan terhadap bekas pekerja itu dalam masa 3 bulan, namun gagal berbuat demikian. 

Alif berkata Azmin sebelum menjadi menteri besar mengecam tindakan pemecatan mereka dan menyifatkan langkah itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Sekarang, beliau adalah menteri besar Selangor. Sehubungan itu, kita mahu beliau memberikan komitmen penuh dalam menyelesaikan masalah kami ini," katanya yang juga merupakan bekas ketua bahagian pemasaran PHSB kepada akhbar itu. 

HUKUMAN SEBAT BUAT KAKITANGAN IMIGRESEN YANG TIDAK AMANAH




PUTRAJAYA: Selepas mencadangkan hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen yang didapati bersalah membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mahu hukuman sama turut dikenakan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen yang bersekongkol dengan ejen berkenaan. 

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbincangan ke arah pelaksanaan hukuman itu akan dimulakan minggu ini melibatkan penasihat undang-undang KDN, Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara. 

“Kita ingin cadangkannya kepada kerajaan setelah perbincangan ini selesai kerana saya berpandangan hukuman penjara dan denda tidak memadai untuk memastikan perbuatan itu daripada berulang. 

“Jika ia membabitkan pindaan Akta Imigresen, kita akan bawa ke Parlimen. Namun jika sebaliknya, kita hanya akan pinda atau masukkan klausa berkenaan hukuman itu pada peraturan Imigresen sedia ada,” katanya. 

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen di sini, Ahmad Zahid berkata walaupun kakitangan Imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing hanya kes terpencil, cadangan hukuman itu perlu dibuat bagi memastikan nama baik jabatan itu terpelihara. 

“Saya tidak malu untuk menyatakan perkara ini sebab lebih baik kita malu sedikit sekarang daripada dimalukan kemudian dalam hal pembenterasan dan pembersihan pekerja asing tanpa izin (PATI),” katanya. 

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman itu akan membantu usaha kementerian untuk membersihkan 100 peratus anasir jahat yang merosakkan imej dan membangkitkan persepsi negatif orang ramai terhadap Jabatan Imigresen, sekali gus mengurangkan kebarangkalian berlakunya insiden seperti kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini. 

“Saya tumpu kepada jabatan Imigresen kerana mengikut laporan anti rasuah yang dibentangkan Suruhanhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet baru-baru ini, jabatan ini berada di tempat teratas daripada 10 agensi dan jabatan,” katanya. 

Menurutnya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga disenaraikan dalam laporan SPRM itu. 

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata di sebalik tanggapan negatif, Jabatan Imigresen melalui bahagian penguatkuasaan sebenarnya berjaya mengurangkan nisbah pekerja asing sah dan tidak sah iaitu daripada 30 pekerja yang sah, hanya 10 adalah PATI. 

Ini berbeza daripada nisbah sebelum Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) dilaksanakan, iaitu 10 pekerja asing yang sah manakala 30 adalah PATI, katanya. 

Pada majlis itu, Ahmad Zahid melancarkan buku Pas Sempadan bagi memasuki Malaysia/Thailand. 

Pemohon hanya perlu membayar RM10 untuk buku itu yang tempoh sah lakunya selama setahun. 

Buku Pas Sempadan itu menggantikan dokumen cetakan biasa bersaiz A4 yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bermaustautin melebihi satu tahun di Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak. 

— BERNAMA

Wednesday, December 3, 2014

DELIMA PELACURAN DI PULAU PINANG. SALAH SIAPA ?



KHABARNYA YANG PALING GLAMOUR VIETNAM DAN CHINA. BETUI KA?

Sebelum ini  Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai respon kepada ucapan Dato Mohd Zaidi Mohd Said di Perhimpunan Agong UMNO dengan angkuh mencabar Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh itu untuk membuktikan dakwaan beliau terdapatnya pusat-pusat perjudian dan khidmat pelacuran di Pulau Pinang.

Berlainan pula kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2 hari lepas  yang menyatakan kerajaan negeri tidak berkuasa untuk membanteras atau mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti maksiat, perjudian dan pelacuran di negeri itu. Menurut beliau, kuasa penguatkuasaan undang-undang terletak pada pihak Polis dan Polis pula berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Kuasa menutup, mensita premis-premis perniagaan adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. PBT berkuasa untuk mengawal pengwujudan premis-premis yang menawarkan khidmat pelacuran dan perjudian.

Awal tahun lalu, sebuah NGO antarabangsa dalam laporannya menyatakan terdapat "200 hotspots" yang menawarkan khidmat seks di Pulau Pinang dan laporan tersebut telah disiarkan oleh satu akhbar tempatan. GuanEng seperti biasa menafikan laporan NGO berkenaan.

Kewujudan pusat-pusat perjudian tidak berlesen dan premis-premis yang menawarkan khidmat pelacuran di Pulau Pinang bukan suatu mitos. Ia adalah "real".

Adalah tidak menghairankan sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan beliau TIDAK tahu mengenai perkara ini kerana sudah terbukti Ketua Menteri Pulau Pinang tidak tahu banyak perkara yang berlaku di Pulau Pinang; termasuk apa yang berlaku di dalam syarikat milik kerajaan negeri dan Perbadanan kerajaan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri.

KERAJAAN DAP PANDAI JUAI TANAH SAHAJA




Jawapan bertulis Ketua Menteri Pulau Pinang memgenai penjualan tanah kerajaan negeri sejak 2008 hingga 2014. Jumlah penjualan atau diberimilikan tanah kerajaan negeri bernilai RM1,002,566,089.

Tanah yang diberimilikan untuk pegangan bebas adalah seluas 1140.629 ekar manakala tanah yang diberimilikan pajakan adalah seluas 2868.499 ekar menjadikan jumlah tanah kerajaan yang dijual/diberimilikan sejak DAP menjadi kerajaan adalah seluas 4,009.128 ekar.

PEKERJA SEKS MENINGKAT DI PULAU PINANG ?


The sex trade in Penang is booming, with a significant increase of foreign sex workers compared to last year.
Penang Immigration Department Chief Basri Othman said that the number of prostitutes who entered the island has risen to 536 this year.
“Most foreigners who enter Malaysia with social visit or student passes end up working in places like night clubs, karaoke lounges, hotels and massage parlors,” Mr Othman said.
“Many illegal gangs are involved in this sex trade,” he said.
According to Mr Othman, a lot of shops are built with secret passage ways to avoid prostitutes getting caught and to allow patrons to come in and out discreetly.
A prostitute dressed in a short dress along Upper Penang Road when it gets dark
A prostitute dressed in a short dress along Upper Penang Road when it gets dark
There are at least 200 hot spots offering sex services in Penang and many are found in Upper Penang Road, Chulia Street, Muntri Street, Love Lane and Batu Feringgi.
Recent trend has also shown that there is a high demand for prostitutes particularly from Vietnam, the Philippines, Thailand and China.
Dung, one of the pimps who looks after a group of prostitutes, said that she brings a few Vietnamese girls into Penang every six months.
Girls loitering around Chulia Street
Girls loitering around Chulia Street
“To satisfy my customers’ needs, I also put the girls through language courses so that they can communicate better before they arrive,” Ms Dung said.
Because Vietnamese girls are popular, Dung charges between RM200 to RM1,600 for one session.
Mr Othman added that those caught prostituting or pimping will be charged under Section 372(B) of the Penal Code, which carries a maximum jail term of one year or a fine, or both.

Tuesday, December 2, 2014

RUMAH PDC RM 3 JUTA. CONTOH NEGERI KEBAJIKAN PAKATAN



Jawapan Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa menjawab soalan bertulis Adun BN Permatang Berangan menanya projek-projek perumahan yang dibina oleh Perbadanan Pembanguan Pulau Pinang (PDC) sejak 2008 hingga 2014.

Amat mengejutkan apabila terbukti PDC turut membina rumah-rumah banglo mewah berharga RM3 juta di Bayan Mutiara (kawasan Pulau) dan di Batu Kawan (kawasan Seberang) berharga RM 730,000 seunit. Rumah-rumah ini ditawarkan melebihi harga siling rumah-rumah Mampu Milik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada RM250k di kawasan Seberang dan RM400k di kawasan Pulau.

Monday, December 1, 2014

MAI TENGOK UNTUNG JUAI TANAH OLEH SUKU SAKAT GUAN ENG



Pemberian Hakmilik/ Penjualan tanah kerajaan negeri dan bayaran yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tempoh 2008-2014.