Wednesday, December 3, 2014

DELIMA PELACURAN DI PULAU PINANG. SALAH SIAPA ?



KHABARNYA YANG PALING GLAMOUR VIETNAM DAN CHINA. BETUI KA?

Sebelum ini  Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai respon kepada ucapan Dato Mohd Zaidi Mohd Said di Perhimpunan Agong UMNO dengan angkuh mencabar Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh itu untuk membuktikan dakwaan beliau terdapatnya pusat-pusat perjudian dan khidmat pelacuran di Pulau Pinang.

Berlainan pula kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2 hari lepas  yang menyatakan kerajaan negeri tidak berkuasa untuk membanteras atau mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti maksiat, perjudian dan pelacuran di negeri itu. Menurut beliau, kuasa penguatkuasaan undang-undang terletak pada pihak Polis dan Polis pula berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Kuasa menutup, mensita premis-premis perniagaan adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. PBT berkuasa untuk mengawal pengwujudan premis-premis yang menawarkan khidmat pelacuran dan perjudian.

Awal tahun lalu, sebuah NGO antarabangsa dalam laporannya menyatakan terdapat "200 hotspots" yang menawarkan khidmat seks di Pulau Pinang dan laporan tersebut telah disiarkan oleh satu akhbar tempatan. GuanEng seperti biasa menafikan laporan NGO berkenaan.

Kewujudan pusat-pusat perjudian tidak berlesen dan premis-premis yang menawarkan khidmat pelacuran di Pulau Pinang bukan suatu mitos. Ia adalah "real".

Adalah tidak menghairankan sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan beliau TIDAK tahu mengenai perkara ini kerana sudah terbukti Ketua Menteri Pulau Pinang tidak tahu banyak perkara yang berlaku di Pulau Pinang; termasuk apa yang berlaku di dalam syarikat milik kerajaan negeri dan Perbadanan kerajaan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri.