Thursday, April 23, 2015

PRK 044: PAS TUNJANG PERMATANG PAUH



SEBERANG JAYA: PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Ia berikutan kedua-dua pemimpin terbabit didakwa tidak membawa suara akar umbi, sebaliknya hanya memainkan peranan politik popular dalam pakatan pembangkang. 

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata pihaknya hanya akan mendengar sebarang pendapat, nasihat atau desakan diketengahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang dan Dewan Muslimat negeri itu.

Selain itu, beliau mendakwa, kedua-dua pemimpin berkenaan tidak pernah berjumpa dengan akar umbi, selain hanya mengeluarkan kenyataan balas terhadap sebarang tindakan PAS Permatang Pauh berdasarkan laporan media. "Buat apa kita nak dengar kata Mujahid. PAS (Kawasan) Bukit Gelugor pun hanya ditubuhkan untuk memberi laluan kepada dia untuk menjadi Yang Dipertua kawasan. "Kami hanya akan mendengar nasihat daripada Presiden, DPP negeri dan Dewan Muslimat negeri kerana mereka faham isi hati akar umbi," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Permatang Pauh, di sini, malam tadi.


BK : PERINGATAN BUAT MUJAHID DAN MAT SABU YANG JARANG TURUN JUMPA AKARAN