Friday, April 17, 2015

KE ARAH PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM 100%



"Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)(Akta 355) membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri. 

"Negeri Kelantan contohnya, tidak boleh laksanakan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid (Perlembagaan Malaysia). Jikalau Kelantan mulakan hudud tanpa persetujuan kerajaan pusat, pihak kerajaan pusat boleh mengambil tindakan tindakan daripada segi perlembagaan. 

"Selagi pindaan perlembagaan bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)(Akta 355) yang memerlukan 2/3 persetujuan ahli parlimen tidak dibuat selama itulah semua negeri dalam Malaysia tidak boleh melaksanakan hudud yang perbicaraan mengenainya oleh mahkamah syariah.".