Friday, August 8, 2014

PKR BUKA RAHSIA TENGKU RAZALEIGH CALON PM PAKATAN



Dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah portal pembangkang, PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. 

"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Mustapa kepada portal The Malaysian Insider. 

Mustafa mengulas kenyataan Rafizi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada UMNO itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. 

"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. 

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. 

"Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya. 

Untuk rekod, Mustapa antara pemimpin paling senior PAS dalam barisan kepimpinan yang ada selain Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Selain itu, Mustapa dianggap pencatur sebenar disebalik langkah-langkah politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun PAS secara keseluruhannya. 

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap UMNO. 

"Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya. 

Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan."

BK : RAFIZI MOHON STOPA INGAT SKANDAL SEKS NYER. LA BETUI LA SELAMA NI STOPA ADA SKANDAL SEKS.