Friday, August 8, 2014

PAS PENGACAU PAKATAN RAKYAT KATA PENYOKONG



Pas dah mula nak mengacau pemerintahan di selangor dan Pulau Pinang. Mengapa Pas terlalu sombong sekarang. Dah mula nak berbaik dengan UMNO dan tendang rakan2 dlm PR. 

Pernah ke PKR atau DAP kacau PAS dalam pemilihan MB di kelantan dan kedah dulu. Walaupun dalam pemilihan MB kelantan yang lepas, ramai dikalangan ahli PR yang lain lebih setuju jika Husam musa Jadi MB. Tapi PKR DAP tak pernah kacau, demi nak jaga hati PAS. 

Khalid dari PKR. PKR ada sebab mengapa khalid mesti ditukar. Biarlah PKR yang tentukan,..mengapa PAS pulak yang sibuk.. Atau PAS tak setuju dengan calon MB Baru tu,..Sepatutnya Kalau PAS tak setuju dengan calon dari PKR,..PAS cadangkan lah calon MB dari PAS. Kemudian bawa ke mesyuarat pimpinan PR, dan biarkan DAP jadi penentu. Apa saja keputusan majoriti kena akur. segalanya boleh selesai dengan baik. tak lah kecoh macam sekarang ni. 

Tapi sekarang, dalam pada buat kecoh di selangor, sempat lagi nak usik penang pulak. PAS kena sedar, tanpa PKR dan bukan islam, PAS akan tetap macam dulu. Kelantan je lah....Memang lah kemenangan itu ditangan allah, tapi kita kena ada usaha dan strategi untuk menuju kemenangan. 

Pas kena ingat, jawatan MB bukan jawatan Presiden atau PM. MB tak ada kuasa apa2 sedangkan PMnya masih BN. MB hanya ada kuasa terhadap tanah, kutip cukai premis, kerajaan tempatan...itu je. Tukar MB macam tukar pengurus syarikat je....apa nak heran sangat,..Pengurus banyak buat tindakan yang tak menguntungkan syarikat sebaliknya menguntungkan syarikat lain,..tukar je la...takkan nak tunggu ada kes rasuah pulak baru nak tukar. 

Yang peliknya mengapa yang PAS sayang sangat kat Khalid tu. Beriya-iya pertahankan MB ni. PAS dah siasat ke khalid tu. kalau malas nak siasat jangan nak pertahankan sangat. Khalid tu anak orang, anak PKR, Dia ada bapak...biar bapak dia yang tentukan........ 

Soal Hudud di kelantan pun PAS tak tahu nak tangani. Baru kena cucuk sikit dgn UMNO pun dah melatah gopoh tak tentu pasal. Dan terkena dalam perangkap UMNO. PAS kena paham, Di kelantan tu sapa yang berkuasa sebenarnya. PR ke, PAS ke, sapa yang berkuasa ke atas polis, tentera, mahkamah, dan sebagainya. Apa kuasa PAS sebenarnya di kelantan. PAS cuma jaga tanah dan lain2 yang saya sebut di atas tu. Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan hudud setelah ada kuasa. PAS kuasa pun tak cukup,...akhirnya dengan rakan DAP pulak bertekak. 

Sepatutnya bila UMNO cabar PAS laksanakan hudud, PAS kena jawab kita akan laksanakan hudud bila PAS pegang kerajaan pusat. Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan undang2 hudud. Tapi kalau kerajaan pusat itu dipegang oleh PR, ia masih memerlukan persetujuan dari parti komponen PR. Strategi PAS, apabila PR berjaya menguasai putrajaya, kita mempunyai aset yang cukup untuk berkempen dan memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada org bukan islam. Walaupun memerlukan masa, tetapi PAS akan memulakannya dengan bersungguh-sungguh. Dan DAP tak perlu risau, selagi kerajaan itu PR, PAS tidak akan melaksanakan hudud selagi tidak dapat sokongan majoriti org bukan islam. Kita yakin dengan usaha serta kempen bersungguh -sungguh dan disaluti dengan doa, allah akan menolong untuk kita merealisasikan pelaksanaan hukum hudud ini. Tapi lain lah ceritanya kalau PAS sendiri dapat majoriti di parlimen....tapi logik ke buat masa ini.....